Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Monday, May 25, 2015

Raja Sehari bersama Yaya Rosly Couture


Assalammualaikum




Sambungan dari part 1 yaya rosly :


Tanya lagi sekali. Pernah dengar yaya rosly couture? Mesti ramai yang pernah dengar jenama yaya rosly. Yaya Rosly , a local fashion designer which specialize in petite size . Pernah mengusahakan spa kecantikan sebelum ini, bagi Yaya Rosly segala-galanya tiada yang mustahil asalkan ada kemahuan. Ini dapat dilihat apabila beliau kini bergelar perancang perkahwinan di samping memiliki butik perkahwinannya sendiri.


Jelas Yaya, spa tersebut dijual bukan kerana tidak mendapat sambutan tetapi beliau menghadapi masalah dari segi aliran pekerja. Katanya lagi, untuk mendapatkan pekerja yang mahir dalam bidang kecantikan dan juga urutan bukanlah mudah tambahan pula hari ini tiada rakyat tempatan yang ingin bekerja dan terpaksa mencari pekerja asing. Selain disebabkan terpaksa mengeluarkan pelaburan yang banyak untuk mendapatkan seorang pekerja dan kerap kali juga pekerjanya lari dan ditipu, Yaya akhirnya membuat keputusan untuk menjual spa kecantikan tersebut. Namun Yaya tidak pernah serik malah hari ini beralih arah dengan mengusahakan butik pengantin. Yang pasti bidang perniagaan merupakan bidang yang digemari Yaya dan untuk itu Yaya akan usahakan butik perkahwinan ini selagi terdaya," ujar pemilik Ijazah Pengurusan Perniagaan ini lagi.


Tidak lama lagi yaya rosly akan mengeluarkan Ready To Wear (RTW) Raya by Yaya Rosly 2015. Ramai yang tidak sabar menunggu design hari raya dari yaya rosly. Kelainan yaya rosly couture dari butik lain ialah baju yang akan dikeluarkan agak terhad. 1 design hanya ada dalam 10 helai sahaja kalau tak silap. Tapi jangan risau sebab terdapat banyak design yang akan dikeluarkan nanti. Tetapi ready To Wear (RTW) Raya by Yaya Rosly belum dilancarkan lagi . Jadi kami pergi kesana untuk berkenal-kenalan dahulu dengan Yaya Rosly ni dan melihat baju rekaan dari yaya rosly. Untuk pengetahuan anda dress yang ada dekat butik Yaya Rosly semuanya cantik-cantik . Most of them wedding dress . 




Kebetulan adik Yaya Rosly , Aishah yang merupakan salah seorang model untuk rekaan Yaya Rosly ni turut hadir pada hari tersebut. Jadi  Aishah sempat memperagakan beberapa bridal dress untuk tatapan kami . Jangan tak tahu , artis pun dah ramai yang pernah gayakan rekaan-rekaan Yaya Rosly antaranya Mawar Rashid , Elizabeth Tan , Mia Sara , Sara Ali , Nelydia Senrose , Arja Lee .  Mesti anda tertanya-tanya kan , kata untuk petite size tapi Elizabeth Tan yang tinggi lampai tu boleh pakai pula . Memang la Yaya Rosly ni specialize in petite size , but still Yaya boleh design juga untuk yang bukan petite size . Sebab yaya is professional designer .  




Untuk lelaki pun ada jugak koleksi dari Yaya Rosly ni, jahitan sangat kemas dan lain dari yang lain.




Berbicara lanjut mengenai perniagaannya itu, jelas anak ketiga daripada empat beradik ini, beliau memulakan perniagaan butik perkahwinan selepas menjual perniagaan spa kecantikannya. Bukan sahaja wedding dress yang yaya boleh buat, butiknya itu walaupun pengkhususan kepada bakal-bakal pengantin, tetapi beliau turut membuka tempahan kepada baju biasa dan juga tempahan kasut. 




Apa yang menariknya segala produk keluaran butik akan diletakkan jenama Yaya Rosly, jenama Yaya sendiri.




Jahitan dan detailing untuk dress-dress yang yaya sediakan semua sangat kemas . Kagum betul kami. Bila ditilik secara dekat , memang cantik dan susunan beads semuanya tersusun cantik . Yaya Rosly hanya menggunakan material yang berkualiti tinggi sahaja dan apabila dipakai sangat selesa. Kalau yang berkualiti , dari jauh kita dah boleh nampak betapa cantiknya dress itu, terletak cantik kat badan dan tak nampak kaku .


Apabila diselidik sedikit demi sedikit, maka tidak hairanlah sekiranya Yaya ingin terus bergerak dalam bidang perniagaan. Yaya sememangnya berasal daripada keluarga yang terlibat dalam bidang perniagaan. Bapanya seorang kontraktor manakala ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa.




Sebelum balik , sempat bergambar kenang-kenangan . Yaya Rosly juga menyediakan buah tangan untuk kami para blogger iaitu black Durrah Chaftan dan aksesori rantai leher. Terharu bila dapat tahu Durrah Chaftan tu direka dan dijahit khas untuk kami para blogger yang hadir pada hari tu. Durah Kaftan ni sangat cantik disamping kain yang sejuk dan selesa dipakai.


Jika anda berminat jangan lupa sentiasa melihat instagram yaya rosly dan laman web yaya rosly untuk koleksi Ready to wear by Yaya.


Alamat :

Yaya Rosly Couture , E - 8 - 1 , PP25 ,
Taman Pinggiran Putra , 43300 ,
Seri Kembangan , Selangor .

Whatsapp : 012 - 6460210

Website : http://www.yayarosly.com.my/

Facebook Page : Yaya Rosly

Instagram : @yayarosly


Love and hugs,
Hannah Stytieh, toodless




1 comment:

© Hannah Sytieh | Design By MH