Assalammualaikum
Pemakaian
tudung mencetus satu fenomena tersendiri apabila ramai golongan kaum hawa kini
mula menyedari akan kewajipan dituntut agama. Semenjak-dua menjak ini kesedaran
untuk memakai tudung semakin meluas dan sudah ramai golongan artis juga turut
berhijab.
Sudah
tentu ramai peminat-peminat mereka ingin mengikut jejak langkah artis yang
mereka minati.
Drama
hati perempuan bawal satin mia ahmad yuhanis
Trending
terkini akibat impak daripada Drama “Hati Perempuan” di TV3 menjadikan ramai
golongan wanita mula tercari-cari tudung bawal satin. Seperti yang kita ketahui
heroin drama Hati Perempuan iaitu watak Yuhanis yang dipegang oleh Mia Ahmad
begitu anggun dan cantik dengan menggayakan tudung bawal satin. Sama ada yang jenis
“plain” ataupun “printed”. Pasti ramai yang ingin memiliki tudung seperti
Yuhanis kan?
Makin
berlambak dipasaran sekarang para peniaga menjual bawal satin samada secara
offline mahupun online. Semakin ramai kaum-kaum hawa mencari tudung bawal satin
untuk digayakan ke pejabat, beriadah ataupun kemana-mana majlis. Tidak
ketinggalan juga untuk dipakai pada hari raya nanti. Mereka juga ingin
kelihatan anggun seperti Mia Ahmad.
Ringkas
tetapi nampak sofistikated. Kalau bukan disebabkan Mia Ahmad dan Hati
Perempuan, tudung bawal satin tak akan laku. Bisnes tudung “satin” merupakan
bisnes yang “laku keras” pada masa sekarang. Cuba la beli sehelai untuk
kelihatan seperti Mia Ahmad. Semakin nak dekat raya semakin ramai yang akan berbelanja samada melalui online ataupun mengunjungi butik2 yang tumbuh bak cendawan zaman sekarang. Bermacam-macam persiapan yang
dicari oleh kaum Hawa. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Walaupun
raya lebih kurang 3 bulan lagi.. Ya itulah hakikatnya.
Pada
pandangan hana sebenarnya, pemakaian tudung mengikut fesyen atau trend sekarang
bukanlah satu masalah sebenarnya kerana dengan fesyen tudung yang pelbagai
jenis dan gaya, sedikit-sebanyak telah membuatkan ramai kaum muslimah pada masa
kini terbuka hati untuk memakai tudung. Ini dapat dilihat dengan penumbuhan
yang positif dalam industri fesyen muslimah yang dilihat semakin ramai peniaga
yang mula berkecimpung dalam industri fesyen muslimah.
Tetapi,
suka hana ingatkan. Pemakaian tudung juga hendaklah dilengkapi dengan
berpakaian menutup aurat serta menepati kehendak syariah. Ingat! Jadilah
muslimah islam yang sebenar bukan untuk mengikut trend semata–mata.
Nak cari dull satin bawal boleh click sini : https://instagram.com/vrhijab_/
Love see you in the next post
Hannah Sytieh
Kann. Sekarang ni macam-macam style tudung. Btw, jemput singgah blog mimi :D
ReplyDelete