Sebelum ini
syarikat Perodua ada menyatakan yang mereka akan mengeluarkan kereta
sedan dan risalah iklan kereta sedan Perodua iaitu Perodua Jaguh terus menjadi
isu dan perbualan hangat peminat kereta terutamanya jenama Perodua ini.
Brochure Perodua Jaguh ini dikatakan belum
dikeluarkan oleh pihak Perodua dan ianya telah ‘bocor’ dan tersebar lebih awal
dari tarikh pelancaran Perodua Jaguh ini.
Tapi,
brochure atau risalah iklan Perodua Jaguh ini ternyata adalah tidak benar dan
telah direka oleh individu yang bila diperhatikan, gambar kereta tersebut adalah
keluaran Toyota memandangkan logo Toyota digantikan dengan logo
Perodua.
Jika
diperhatikan risalah ini, ianya lebih kepada risalah sebenar Perodua Alza dan
telah diubah kepada Perodua Jaguh yang kononnya kereta sedan Perodua.
Namun
harga untuk kereta Perodua Jaguh ini tidak pula dinyatakan di dalam risalah ini.
No comments:
Post a Comment