Merujuk kepada Pusat
Rujukan Persuratan Melayu(PRPM) DBP, lipoma bermaksud tumor benigna, yang
biasanya terdiri daripada sel-sel lemak yang matang.
Tumor ini terbentuk diantara lapisan bawah kulit dan lapisan otot.
Lipoma
selalunya terbentuk di leher, bahu, bahagian belakang badan, lengan dan peha.
Ciri-ciri lipoma ialah:
·
lembut bila disentuh
·
mudah digerakkan dengan sentuhan
· saiznya kecil, selalunya berdiameter
kurang daripada 5cm, namun adakalanya boleh membesar mencecah diameter 10cm
· kebiasaanya tidak sakit, tetapi akan
menyebabkan kesakitan sekiranya lipoma itu membesar dan menekan saraf
berdekatan atau lipoma itu mengandungi banyak salur darah
|
Suka hati dia nak tumbuh kat mane..
|
Lipoma
membesar perlahan-lahan. Oleh sebab itu, lipoma selalunya disedari
hanya selepas beberapa tahun ia terbentuk.
Punca
sebenar pembentukan lipoma adalah tidak jelas.
Pesakit
kebiasaannya bertemu doktor setelah menyedari kehadiran bonjolan di bahagian
badan mereka. Selalunya, dignosis bagi lipoma dibuat berdasarkan pemeriksaan
fizikal ke atas bonjolan yang ada. Sekiranya ada keraguan, barulah sampel
biopsi akan diambil.
Lazimnya
tiada rawatan perlu diberikan kerana lipoma tidak mendatangkan kemudaratan.
Namun, rawatan perlu diberikan sekiranya lipoma membesar sehingga mengganggu
pergerakan pesakit, menyebabkan kesakitan ataupun untuk tujuan kosmetik.
Antara
rawatan yang diberikan ialah:
·
suntikan steroid untuk mengecutkan lipoma
·
sedutan lemak (liposuction)
·
pembuangan secara pembedahan
Ada
juga bonjolan mirip seperti lipoma, tetapi sebenarnya adalah satu bentuk tumor
yang dipanggil liposarcoma.
Tumor
ini membesar dengan pantas, tidak bergerak apabila disentuh dan selalunya
menyebabkan kesakitan. Pemeriksaan lanjut seperti biopsi dan imbasan CT perlu
dilakukan untuk mengesahkan diagnosis.
Hahaha..aku
baru pas surgery menda ni... susah sikit sebab lipoma aku dah pecah.. mane tak
nye.. suke main picit2 konon nak bagi benda tu hilang..ape benda ntah! kesian
Dr tu...
|
No comments:
Post a Comment