Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Thursday, February 11, 2016

Kisah Kuala Kubu bharu



Hi, Assalammuailakum




Sekarang setiap pagi mesti liat nak bangun. Penat sangat. Lagi2 lepas berkampung kat kuala kubu 4 hari. Letih la mak aih. Kl-kualakubu-Kl-kualakubu.. penat sangat. Bydeway lagi 31 hari lagi. Sebulan lagi. Lepastu habesla kisah sarjan di kuala kubu. Haha. Tak sabar... Penat PJJ 9 bulan hampir berakhir. Yahoooo... Kisah pga die orang pun dah sudah..


Bila korang dah masuk rekruit polis ni. Kena la tahan bersabar duduk berjauhan dgn org tersayg k. For 1st 3month mmg tak boleh jmpe. Handphone pun xdpat.. utk seminggu tu memang meroyan la nanges kat bucu katil. Ahaks. Gaji dorg pun kene hold for 3moths, so sesiapa yg jadi isteri tu pandai2 la simpan duet. After 3 months segeduk dapat. Contoh sebulan gaji RM2000. Dapat la dalam rm5800 mcm tu tolak segale brg polis yg die org bagi dulu. Baju taekwando ke ape ke.


Pejam celik pejam celik kejap je, tapi sebenarnye ku rase lame jugak. Mcm setahun da aku rase. Berkorban duit bekorban hati perasaan semua ada. Haha.. harap time POP nanti bahagia je rase. Dapat bawak laki balik kerumah. Allah. Tak sabar ok.


Sesiapa nak jadi polis ni kene kental mental fizikal. Pandai jage diri. Pandai bawak diri kat tempat org. Kene pandai jage maruah sendiri and family. Jgn terjerumus dengan bende bukan2. Yg dah kawen pun bile masuk dalam tu ade je yg curang. Nauzubillah, tak kire laki ke perempuan. Same je perangai. Ni bukan buat cerita ni kenyataan. Baru latihan tapi perangai da mcm ape. Ingat la org yg berkorban utk korang kat dlm tu. Jangan nak ikut seronok sendiri je akk abg oi.


Kalau nak cakap disiplin kat MAKTAB KUALA KUBU ni mmg tiptop.  Dari semua segi tiptop nak bandingkan dengan PULAPOL, nk outing susah, pijak rumput pun kene CB, tak turun makan kene CB, bising kene CB, hahaha. Harap sarjan2 yg keluar dr maktab ni semua berkualiti and ade disiplin yg kuat. Amin. Ni je la gambar yg ade utk describe latihan ape je dorg buat dalam tu, letsss........



























Yang ni pulak kisah isteri yg setia datang tengok suami . uhuhks









Thanks singgah,
Hannah sytieh




Ke PD la kite



Hi Assalammualaikum






Lame tak terupdate. Ntah ade blog ntah tidak aku ni. Banyak cerita nak cite tapi malas tahap gaban. Bukan malas tapi tak reti nak mula kan cerita dari mana. Boleh nak throwback je, padan la mukee kau hana cerita lepas2 baru nak cerita sini .


Tak tau la outing kali keberape haritu aku pergi PD . Pergi dengan bini2 sarjan lorh. Gigih dari kkb drive pergi pd. Bapok la jauh. Lalu tang mana tak tau. Dah berjam pun still kat sg buloh.. tibe2 masuk shah alam. Alohai. Gile bak hang.


Kul 5 ptg sampai PD pukul 9mlm. Sakit la bontot semua2.. 1st time drive jauh2, haha~ Abang kate power kak drive.. haha, op course.
















Time ni semua si lynn ni belanje, makan, hotel semua die payung. Bafok la best gile. Tapi mcm hati xsedap lak kan die blnje serba serbi . cerita pasal pd teringat ikan keli masak lomak. O mak ai. Sedap gile... lain kali kalau g pd sila makan masak lemak org pd. Gerenti tak menyesal. Terbaik.


K la, next trip kemane kite ... 


Thanks singgah,
Hannah sytieh



Panduan bukak buku pink klinik kesihatan Au2



Assalamualaikum






Mungkin bagi ibu-ibu yang baru hamil anak pertama tertanya-tanya dan confuse bila sepatutnya nak bukak buku pink atau buku kesihatan ibu mengandung tu. Ada sesetengah pendapat yang kata tak payah terlalu awal nanti kena berulang ke klinik banyak kali sangat dan jadi remeh bila nurse pantau setiap kali kita terlewat ke klinik.


Nasihat dan pendapat aku nak bukak buku pink jangan lewat sangat. Dalam usia kandungan dua bulan pun dah boleh buat buku. Macam aku ni ingatkan dah 10 minggu nak pegi buat tapi 3 bulan baru dapat buat sebab kekangan masa plus pergi sorang2 pun.


Actly time nak buat buku pink terfikir fikir nak pergi swasta ke kerajaan. Tapi swasta mana ada buku pink. Kerajaan je yg ade. So, fikir2.. Ambik la dulu numbe kilinik terdekat. Walau macam mane sekalipun korang kene kol dulu klinik utk buat buku pink. Hari ape yg tak penuh and bg tau alamat rumah korang siap2. Takut luar kawasan. Macam aku duduk au3 keramat so bolehla datang buat buku pink and checkup kat klnik au2. Plus die siap bg tau tarikh and pukul berape. Aku kene datang 26/12/2015, 2pm. Senang keje sikit. Xdela melangok dtg pagi2 beratur. Huhu.



Kenapa tak boleh lewat sangat bukak buku pink?


Sebab setiap orang punya sejarah kesihatan yang berbeza. Semua orang tak sama kondisi kandungannya. Bagi yang takde masalah takpe la kan. Tapi kita sendiri tak tau dan tak boleh menilai dengan mata kasar macam mana kondisi kesihatan kita. Benda dalam perut dan dalam badan nie boleh ke nak tau keadaan dia macam mana kalau bukan pihak klinik sendiri yang buat ujian?

Contoh kalau buat ujian darah tetibe baru korang tau kekurangan darah. Yang kalau tak dipantau akan bahayakan baby dalam kandungan. Cuba kalau lagi lambat bukak buku mesti lagi lambat tau dan lagi lambat la masalah nie nak settel dan macam mana dengan keadaan anak kat dalam tu? Doktar pakar tu sendiri sahkan kena scan awal untuk tau keadaan rahim dan kantung bayi selamat atau tidak untuk bayi. Kalau ada masalah boleh la masalah tu diselesaikan seawalnya kan.


Waktu yang sesuai untuk bukak buku pink


Puas tanye kat group2 whatssap waktu sesuai bukak buku pink. Rate2 jawab 10 minggu. Tapi aku bukak time 12 minggu. Dah 3 bulan baru pergi bukak buku pink. Boleh je kalau korang nak pergi swasta dulu confirm pregnancy. Tak pergi pun takpe kalau korang yakin korang mengandung.

Aku pergi swasta dulu. Doc akan tanye hari pertama period terakhir korang. Jangan pernah lupe tarik 1st day period korang k. Sebab tarikh tu penting untuk kire berape weeks korang pregnant.

Macam mana nak kire berape weeks. Ala senang je nak kira. Macam ni. Amik hari pertama period terakhir korang. Lepas tu kira lah.


Contohnya;

Tarikh check upt: 14/12/2015
Hari pertama period terakhir korang : 03/11/2015

So, kira dari hari pertama period terakhir korang tu sampai lah tarikh harini. Bermakna kandungan korang dah 6 minggu. Paham tak?

Sebab apa suggest pergi klinik time kandungan dah 10 minggu. Sebab memang nurse cakap macam tu pun haritu. Kalau pergi awal sangat jenuh korang nak kena ulang-alik pergi klinik. Bukan apa, leceh sikit. Setiap kali pergi kena amik darah, air kencing. Tunggu orang ramai. Ada baca pengalaman blogger-blogger lain, siap kena marah pergi klinik awal sangat. Gittew. Melainkan korang pergi klinik swasta dulu untuk check dan sahkan yang korang betul-betul mengandung.



Apa yang perlu dibawa untuk bukak buku pink/buku rekod ibu mengandung


Benda pertama untuk first mommy yang nak bukak buku pink ni. Bawak ic je kot. tak perlu bagi salinan ic atau salinan sijil nikah pun.Sebab die just mintak ic je kat aku. Sebelum aku buat aku pun ada la google, macam-macam yang dia senarai. Tapi masa aku buat. Tak perlu pun soft copy ic ke kad kawen ke. No need.  Then bila dipanggil nurse tu akan tulis kan semua tempat kosong kat buku pink tu. Naseb la bawak kad kawen. Tunjuk kat dia and die je akan tuliskan ikut ape yg tentera kat kawen tu.

Prosedur lain yang  biasanya akan dibuat untuk ibu-ibu yang pertama kali nak bukak buku pink ni antara lainnya.

- Ujian air kencing

- Ujian darah

- Interview dengan nurse sikit. Ini nurse akan tanya banyak jugak. Sebab dia nak kena isi details kat buku kita. Amik masa sikit sebab dia kena isi details di dua buku satu buku untuk simpanan ibu, satu untuk simpanan dan rekod klinik. Nurse juga akan tanya pasal latar belakang kita dan suami. Sejarah penyakit dalam keluarga macam kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Macam-macam jugak lah soalannya.

- check breast. Ini check sungguh ok! Sila tunjuk payudara kepada nurse anda. Hehe. Dia akan check sebab nak pastikan adakah breast kita sesuai untuk penyusuan bayi atau tak. Nipple timbul ke tenggelam camtu. Nurse aku tu just ckp, kite nak cek sikit je, jgn la malu. Hahahaha.

- nurse akan suruh masuk dalam satu bilik kain, dia akan tekan-tekan perot nak ukur besar janin. Time 12 minggu, nurse cakap tak rasa lagi. Rasa macam ketul je. Sebab kecik kan.


Apa nak buat dengan buku pink tu?


Ok ibu-ibu, buku pink tu korang kena simpan bebaik taw. Setiap kali checkup kena bawak. Sebab kat situ lah semua rekod kesihatan ibu dan anak akan direkodkan. Macam berat ibu, panjang anak, keputusan ujian darah, keputusan ujian air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor dan macam-macam lagi.

Kalau ikutkan, checkup akan diadakan setiap bulan. Maksudnya sebulan sekali. Tapi kalau korang ada masalah macam hb rendah, diebetis gestasi (kencing manis ketika hamil), darah tinggi. Checkup akan jadi 2 minggu sekali. Letih kan! Hihi.

Kalau boleh, korang nak pergi travel jauh-jauh pun bawak lah buku tu. Supaya kalau ada apa-apa terjadi, korang boleh refer ke klinik/hospital berdekatan dengan buku pink tu.


Kenapa pilih checkup di klinik kerajaan


Kadang-kadang, ada orang suka pandang rendah checkup kat klinik kerajaan. Entah kenapa. Bagi aku, checkup kat klinik kerajaan sangat detail. Orang selalu komplen cakap nurse di klinik kerajaan garang lah, suka marah-marah lah. Itu lah inilah. Biasa lah tu. Cuba bayangkan dalam sehari berapa ratus orang dia nak kena entertain dengan peel yang berbagai. Tapi setakat ni semua nurse di klinik kesihatan au2 ni, tak pernah marah-marah, buat muka dan sebagainya. Semua baik dan murah dengan senyuman. Cakap pun lembut saje. Nasihat memang banyak dorang bagi. Macam aku pergi kat au2 tu semua nurse ok2. Boleh bawak gurau lagi.


Cumanya, di klinik kerajaan ni. Korang cuma dapat scan 2d baby dalam 3-4 kali saja sepanjang 9 bulan tu. Sebab bukan setiap kali checkup doktor akan scan baby. Doktor cuma akan scan pada kali pertama kita buat buku pink, pada minggu ke 18 dan minggu ke 28. Kalau nak selalu tengok baby boleh lah scan di klinik swasta. Buat 4d scan kan.


Ubat apa yang klinik akan bekalkan


Biasanya, bila pergi klinik kerajaan, farmasi akan bekalkan ibu mengandung dengan ubat yang perlu mcm folic acid, iron tablet, obimin. Tapi aku dapat obimin je. Die kate semua cantik, test darah hb semua cantik. Ermm, ok nurse.


Done and next appointment

Next appointment, sebab tak sempat buat pada hari yg same. Seminggu kemudian. Ini part paling best! Bila dah setel semua diatas kan, kita kan jumpa doktor. Doktor akan scan perot. Dan buat kali pertama nya, kita akan nampak seketul daging/fetus! Allahuakbar. Perasaan yang sangat indah bila kita taw dalam badan kita ada satu nyawa lain. SubhanaAllah. Next appoitment pun done! Dah tgok da baby dalam perut. Jelas da semua anggota badn die. Omel angat. Next appointment 3 mggu lg. Yuhhuuuuuuuuuuu ..


Thanks singgah,
Hannah sytieh




Wednesday, February 10, 2016

SURAH YANG ELOK DIAMALKAN KETIKA PREGNANT



Hi Assalammualaikum. 




Happy chinese new year. Alang2 xde kerje ni meh update blog. Lagi 2 minggu je kerje lepas tu boleh active and tumpukan kat business 100 percent. Yahoooo.... semoga dipermudahkan.. ameennnn..

Mood harini letih.. sebab berkampung kat kuala kubu 4 hari . letih yg amat masuk office harini.. tapi jomla bace surah yg elok diamalkan time pregnant.

Time pregnant, selain daripada pemakanan yang sihat untuk si kecil tersayang...kita juga perlu mengamalkan pemakanan rohaniah...apa itu pemakanan rohaniah. Mcm utk dalaman kite la.

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian. Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.


Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.


Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)


Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung :

Mengamalkan solat wajib dan sunat
Mengamalkan zikir
Membaca al-Quran
Mendengar muzik yang tenang
Membaca buku-buku ilmiah
Berbual dengan anak dalam kandungan
Menjaga adab dan emosi
Tidak tertekan atau stress
Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)
Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar



IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR


  1. Negatif Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran
  2. Positif Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut
  3. Negatif Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak
  4. Positif Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah
  5. Negatif Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat
  6. Positif Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak
  7. Positif Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan



So, apa yang kite buat time pregnant serbe sedikit akan tempias kat anak kita. Doa wanita hamil antara doa yang mustajab & inshaaAllah akan diperkenankan oleh Allah swt. Jadi sebagai wanita, kita sepatutnya rasa sangat bangga kerana Allah meletakkan martabat wanita sangat tinggi. Itu menunjukkan Allah sangat sayangkan kita kan.


Jadi, seharusnya kita mengambil peluang sebanyak yang mungkin untuk berdoa, memohon ampun ketika kita hamil. Mintalah apa sahaja yang baik-baik kerana Allah Maha Penyayang. Dia sangat suka mendengar hamba-hambaNya merayu, merintih memohon doa daripadaNya. Jika manusia, tentu bosan kerana kita asyik meminta. Namun Allah swt, nikmat yang diberikan kepada kita terlalu luas.


Oleh itu, letaklah matlamat sepanjang sembilan bulan kita hamil, janganlah kita asyik melayan emosi malas, penat dan moody. Sebaliknya syukuri nikmat Allah dengan sentiasa bermunajat padanya, dan mengaji Al Quran setiap hari. Dengan harapan, anak yang bakal akan mengikut setiap perkara baik yang sentiasa kita amalkan. Noted to myself J


Thanks singgah,
Hannah sytieh



Monday, February 1, 2016

Tips-tips untuk mengurangkan simptom alahan


Hi Assalamualaikum


Happy new year. Aiceyhh! Dah masuk bulan 2 baru nak wish happy new year pebendenye yob. Kemalasan berblogging semakin ketara. Maafkan daku. Busy nak pergi outing bagai bile weekend. Nak jumpe husband tercinte. Gittewww! Alhamdulillah time aku taip entry ni da masuk 3 bulan. Syukur Alhamdulillah J  meh nak kongsi tips morning sickness.


Mengatasi masalah ketika trimester pertama mengandung.





Tip-tip untuk mengatasi kepenatan

  • Tidur awal.
  • Makan sedikit tetapi kerap sepanjang hari, pastikan makan makanan yang sihat.
  • Minum banyak air untuk elak badan kekeringan
  • Makan makanan yang boleh tingkatkan tenaga terutama waktu tengah hari. Ini termasuk protein dan karbohidrat seperti nasi, ayam panggang.
  • Makan makanan ringan sepanjang hari seperti bijirin, biskut, buah-buahan


Tips-tips untuk mengurangkan simptom alahan

  • Jauhkan dari makanan berbau kuat yang boleh menyebabkan loya
  • Pastikan dapur mempunyai pengudaraan yang baik ketika memasak atau biarkan orang lain yang memasak
  • Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan makanan kandungan tinggi lemak.
  • Kunyah makanan perlahan-lahan
  • Sebelum bangun dari katil waktu pagi, makan makanan seperti biskut kering, roti bakar atau bijirin kering
  • Bila bangun dari katil, bangun dengan perlahan-lahan. Bangun dengan tiba-tiba boleh menambah rasa pening dan loya
  • Minum antara waktu makan, jangan minum ketika sedang makan
  • Cuba minuman yang boleh melegakan perut seperti air lemon atau air teh halia, teh peppermint. Cuba panas dan sejuk. Ada wanita lebih sesuai minum ketika panas, ada yang sesuai minum sejuk.
  • Ambil kesempatan makan ketika anda rasa sihat dan makan makanan berkhasiat.
  • Pil tambahan seperti Zat Besi dan pil prenatal kadang-kadang boleh menyebabkan loya. Pastikan ambil dengan makanan. Jangan hentikan tanpa nasihat doktor.


Psst : Cek darah semua ok. HB pun cantik. Maybe sebab hana amalkan shaklee kot. Tapi nurse tu still bagi obimin.. die kate even HB cantik pun, tapi takpela die still bagi. Huhu. Acid folic die tak bagi pulak kan. Hurmm. Maybe sbb time pergi buat buku tu da ngam2 3 bulan kot. nnti sambung cerita buat buku pink ok.. :)


K la, tq sebab sudi membaca,
Hannah sytieh




© Hannah Sytieh | Design By MH