Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Wednesday, February 10, 2016

SURAH YANG ELOK DIAMALKAN KETIKA PREGNANT



Hi Assalammualaikum. 




Happy chinese new year. Alang2 xde kerje ni meh update blog. Lagi 2 minggu je kerje lepas tu boleh active and tumpukan kat business 100 percent. Yahoooo.... semoga dipermudahkan.. ameennnn..

Mood harini letih.. sebab berkampung kat kuala kubu 4 hari . letih yg amat masuk office harini.. tapi jomla bace surah yg elok diamalkan time pregnant.

Time pregnant, selain daripada pemakanan yang sihat untuk si kecil tersayang...kita juga perlu mengamalkan pemakanan rohaniah...apa itu pemakanan rohaniah. Mcm utk dalaman kite la.

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian. Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.


Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.


Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)


Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung :

Mengamalkan solat wajib dan sunat
Mengamalkan zikir
Membaca al-Quran
Mendengar muzik yang tenang
Membaca buku-buku ilmiah
Berbual dengan anak dalam kandungan
Menjaga adab dan emosi
Tidak tertekan atau stress
Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)
Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar



IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR


  1. Negatif Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran
  2. Positif Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut
  3. Negatif Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak
  4. Positif Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah
  5. Negatif Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat
  6. Positif Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak
  7. Positif Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan



So, apa yang kite buat time pregnant serbe sedikit akan tempias kat anak kita. Doa wanita hamil antara doa yang mustajab & inshaaAllah akan diperkenankan oleh Allah swt. Jadi sebagai wanita, kita sepatutnya rasa sangat bangga kerana Allah meletakkan martabat wanita sangat tinggi. Itu menunjukkan Allah sangat sayangkan kita kan.


Jadi, seharusnya kita mengambil peluang sebanyak yang mungkin untuk berdoa, memohon ampun ketika kita hamil. Mintalah apa sahaja yang baik-baik kerana Allah Maha Penyayang. Dia sangat suka mendengar hamba-hambaNya merayu, merintih memohon doa daripadaNya. Jika manusia, tentu bosan kerana kita asyik meminta. Namun Allah swt, nikmat yang diberikan kepada kita terlalu luas.


Oleh itu, letaklah matlamat sepanjang sembilan bulan kita hamil, janganlah kita asyik melayan emosi malas, penat dan moody. Sebaliknya syukuri nikmat Allah dengan sentiasa bermunajat padanya, dan mengaji Al Quran setiap hari. Dengan harapan, anak yang bakal akan mengikut setiap perkara baik yang sentiasa kita amalkan. Noted to myself J


Thanks singgah,
Hannah sytieh



No comments:

Post a Comment

© Hannah Sytieh | Design By MH