Assalamualaikum
Mungkin bagi ibu-ibu
yang baru hamil anak pertama tertanya-tanya dan confuse bila sepatutnya nak
bukak buku pink atau buku kesihatan ibu mengandung tu. Ada sesetengah pendapat
yang kata tak payah terlalu awal nanti kena berulang ke klinik banyak kali
sangat dan jadi remeh bila nurse pantau setiap kali kita terlewat ke klinik.
Nasihat dan
pendapat aku nak bukak buku pink jangan lewat sangat. Dalam usia kandungan dua
bulan pun dah boleh buat buku. Macam aku ni ingatkan dah 10 minggu nak pegi
buat tapi 3 bulan baru dapat buat sebab kekangan masa plus pergi sorang2 pun.
Actly time nak buat
buku pink terfikir fikir nak pergi swasta ke kerajaan. Tapi swasta mana ada
buku pink. Kerajaan je yg ade. So, fikir2.. Ambik la dulu numbe kilinik
terdekat. Walau macam mane sekalipun korang kene kol dulu klinik utk buat buku
pink. Hari ape yg tak penuh and bg tau alamat rumah korang siap2. Takut luar
kawasan. Macam aku duduk au3 keramat so bolehla datang buat buku pink and
checkup kat klnik au2. Plus die siap bg tau tarikh and pukul berape. Aku kene
datang 26/12/2015, 2pm. Senang keje sikit. Xdela melangok dtg pagi2 beratur.
Huhu.
Kenapa
tak boleh lewat sangat bukak buku pink?
Sebab setiap orang
punya sejarah kesihatan yang berbeza. Semua orang tak sama kondisi
kandungannya. Bagi yang takde masalah takpe la kan. Tapi kita sendiri tak tau
dan tak boleh menilai dengan mata kasar macam mana kondisi kesihatan kita.
Benda dalam perut dan dalam badan nie boleh ke nak tau keadaan dia macam mana
kalau bukan pihak klinik sendiri yang buat ujian?
Contoh kalau buat
ujian darah tetibe baru korang tau kekurangan darah. Yang kalau tak dipantau
akan bahayakan baby dalam kandungan. Cuba kalau lagi lambat bukak buku mesti
lagi lambat tau dan lagi lambat la masalah nie nak settel dan macam mana dengan
keadaan anak kat dalam tu? Doktar pakar tu sendiri sahkan kena scan awal untuk
tau keadaan rahim dan kantung bayi selamat atau tidak untuk bayi. Kalau ada
masalah boleh la masalah tu diselesaikan seawalnya kan.
Waktu
yang sesuai untuk bukak buku pink
Puas tanye kat
group2 whatssap waktu sesuai bukak buku pink. Rate2 jawab 10 minggu. Tapi aku
bukak time 12 minggu. Dah 3 bulan baru pergi bukak buku pink. Boleh je kalau
korang nak pergi swasta dulu confirm pregnancy. Tak pergi pun takpe kalau
korang yakin korang mengandung.
Aku pergi swasta
dulu. Doc akan tanye hari pertama period terakhir korang. Jangan pernah lupe
tarik 1st day period korang k. Sebab tarikh tu penting untuk kire berape weeks
korang pregnant.
Macam mana nak kire
berape weeks. Ala senang je nak kira. Macam ni. Amik hari pertama period
terakhir korang. Lepas tu kira lah.
Contohnya;
Tarikh check upt: 14/12/2015
Hari pertama period
terakhir korang : 03/11/2015
So, kira dari hari
pertama period terakhir korang tu sampai lah tarikh harini. Bermakna kandungan
korang dah 6 minggu. Paham tak?
Sebab apa suggest
pergi klinik time kandungan dah 10 minggu. Sebab memang nurse cakap macam tu
pun haritu. Kalau pergi awal sangat jenuh korang nak kena ulang-alik pergi
klinik. Bukan apa, leceh sikit. Setiap kali pergi kena amik darah, air kencing.
Tunggu orang ramai. Ada baca pengalaman blogger-blogger lain, siap kena marah
pergi klinik awal sangat. Gittew. Melainkan korang pergi klinik swasta dulu
untuk check dan sahkan yang korang betul-betul mengandung.
Apa
yang perlu dibawa untuk bukak buku pink/buku rekod ibu mengandung
Benda pertama untuk
first mommy yang nak bukak buku pink ni. Bawak ic je kot. tak perlu bagi
salinan ic atau salinan sijil nikah pun.Sebab die just mintak ic je kat aku. Sebelum
aku buat aku pun ada la google, macam-macam yang dia senarai. Tapi masa aku
buat. Tak perlu pun soft copy ic ke kad kawen ke. No need. Then bila dipanggil nurse tu akan tulis kan
semua tempat kosong kat buku pink tu. Naseb la bawak kad kawen. Tunjuk kat dia
and die je akan tuliskan ikut ape yg tentera kat kawen tu.
Prosedur lain
yang biasanya akan dibuat untuk ibu-ibu
yang pertama kali nak bukak buku pink ni antara lainnya.
- Ujian air kencing
- Ujian darah
- Interview dengan
nurse sikit. Ini nurse akan tanya banyak jugak. Sebab dia nak kena isi details
kat buku kita. Amik masa sikit sebab dia kena isi details di dua buku satu buku
untuk simpanan ibu, satu untuk simpanan dan rekod klinik. Nurse juga akan tanya
pasal latar belakang kita dan suami. Sejarah penyakit dalam keluarga macam
kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Macam-macam jugak lah soalannya.
- check breast. Ini
check sungguh ok! Sila tunjuk payudara kepada nurse anda. Hehe. Dia akan check
sebab nak pastikan adakah breast kita sesuai untuk penyusuan bayi atau tak.
Nipple timbul ke tenggelam camtu. Nurse aku tu just ckp, kite nak cek sikit je,
jgn la malu. Hahahaha.
- nurse akan suruh
masuk dalam satu bilik kain, dia akan tekan-tekan perot nak ukur besar janin.
Time 12 minggu, nurse cakap tak rasa lagi. Rasa macam ketul je. Sebab kecik
kan.
Apa
nak buat dengan buku pink tu?
Ok ibu-ibu, buku
pink tu korang kena simpan bebaik taw. Setiap kali checkup kena bawak. Sebab
kat situ lah semua rekod kesihatan ibu dan anak akan direkodkan. Macam berat
ibu, panjang anak, keputusan ujian darah, keputusan ujian air kencing, risiko
ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor dan macam-macam lagi.
Kalau ikutkan, checkup
akan diadakan setiap bulan. Maksudnya sebulan sekali. Tapi kalau korang ada
masalah macam hb rendah, diebetis gestasi (kencing manis ketika hamil), darah
tinggi. Checkup akan jadi 2 minggu sekali. Letih kan! Hihi.
Kalau boleh, korang
nak pergi travel jauh-jauh pun bawak lah buku tu. Supaya kalau ada apa-apa
terjadi, korang boleh refer ke klinik/hospital berdekatan dengan buku pink tu.
Kenapa
pilih checkup di klinik kerajaan
Kadang-kadang, ada
orang suka pandang rendah checkup kat klinik kerajaan. Entah kenapa. Bagi aku,
checkup kat klinik kerajaan sangat detail. Orang selalu komplen cakap nurse di
klinik kerajaan garang lah, suka marah-marah lah. Itu lah inilah. Biasa lah tu.
Cuba bayangkan dalam sehari berapa ratus orang dia nak kena entertain dengan
peel yang berbagai. Tapi setakat ni semua nurse di klinik kesihatan au2 ni, tak
pernah marah-marah, buat muka dan sebagainya. Semua baik dan murah dengan
senyuman. Cakap pun lembut saje. Nasihat memang banyak dorang bagi. Macam aku
pergi kat au2 tu semua nurse ok2. Boleh bawak gurau lagi.
Cumanya, di klinik
kerajaan ni. Korang cuma dapat scan 2d baby dalam 3-4 kali saja sepanjang 9
bulan tu. Sebab bukan setiap kali checkup doktor akan scan baby. Doktor cuma
akan scan pada kali pertama kita buat buku pink, pada minggu ke 18 dan minggu
ke 28. Kalau nak selalu tengok baby boleh lah scan di klinik swasta. Buat 4d
scan kan.
Ubat
apa yang klinik akan bekalkan
Biasanya, bila
pergi klinik kerajaan, farmasi akan bekalkan ibu mengandung dengan ubat yang
perlu mcm folic acid, iron tablet, obimin. Tapi aku dapat obimin je. Die kate
semua cantik, test darah hb semua cantik. Ermm, ok nurse.
Done
and next appointment
Next
appointment, sebab tak sempat buat pada hari yg same. Seminggu kemudian. Ini
part paling best! Bila dah setel semua diatas kan, kita kan jumpa doktor.
Doktor akan scan perot. Dan buat kali pertama nya, kita akan nampak seketul
daging/fetus! Allahuakbar. Perasaan yang sangat indah bila kita taw dalam badan
kita ada satu nyawa lain. SubhanaAllah. Next appoitment pun done! Dah tgok da
baby dalam perut. Jelas da semua anggota badn die. Omel angat. Next appointment
3 mggu lg. Yuhhuuuuuuuuuuu ..
Thanks singgah,
Hannah sytieh
salam hye sis.. sgt membntu sy yg tgh pkir2 pasal bku pink ni.. sy dduk kelompok nawar sari au3.. tp call kk au2 die ckp xleh buat kt situ.. huhu.. pening
ReplyDeleteAbis awat buat kt mana saya pon dduk mawarsari die xbg buat situ
DeleteAbis awat buat kt mana saya pon dduk mawarsari die xbg buat situ
DeleteTq sis. Sgt membantu
ReplyDeletesis..camne nak set appointment dgn klinik kesihatan au2? kol byk kali xjwb..
DeleteThank you sis share pengalaman. Sy ni masih berfikir nak check up Di mana. Tapi masalahnya nak confirmkan dulu sungguh ke pregnant ni..rasa nak ke klinik swasta dulu la request buat scan dulu. Dah confirm baru nak ke klinik kesihatan..
ReplyDelete