Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Tuesday, December 23, 2014

Ke Pulau Pangkor La Kita ~


 
Assalamualaikum...

Tips Kat Pulau pangkor 

Hana nak bagi tips2 sikit kalau sape2 nak pergi ke pulau pangkor. Here we go : 



  • Kalau nak ke pangkor 3 hari 2 malam dah memadai untuk korang bercuti ke sini. Tak perlu lama-lama sebab nanti korang bosan. Kawasan Pulau Pangkor tu kecil je. Sehari dah habis tawaf.

  • Pasal hotel and chalet memang berlambak. Hana ambik bilik superior dengan harga rm90/day. Cari je kawasan situ mesti ada. And kalau tak reti suruh je pakcik teksi cari kan.



  • Bagi yang menginap di Lumut, korang jangan risau. Nak pergi Pulau Pangkor dan balik hari pun boleh. Lagi bagus. Feri pertama bergerak dari Lumut ke Pulau Pangkor adalah pukul 7.00 pagi dan feri terakhir adalah pukul 8.30 malam dari Pulau Pangkor ke Lumut. Jadi, sila rancang jadual korang sebaik mungkin. Nak naik dari Marina Bay pun boleh.. 10 minit je dah sampai... Tiket memang dah siap pergi-balik. Harga tiket feri hanya RM10 untuk orang dewasa (return ticket). Marina Bay tutup dalam pukul 10.30 mlm.. tapi ticket agak mahal ok. Kira ot dia org. Haha.

  • Terdapat beberapa perkhidmatan pengangkutan di Pulau Pangkor. Tak perlu risau tentang transport. Ada van sapu, kereta dan motor. Sebaik korang sampai di jeti, penuh owner-owner motor dan kereta depan tu. Dia orang akan offer korang untuk sewa kenderaan. Bagi yang datang secara berkumpulan, boleh naik Van Sapu. Kadar sewa kereta di Pulau Pangkor adalah RM80 sehari. Motor pula RM30 sehari. Kalau nak naik Scooter RM40 sehari. Kalau pusing2 naik motor tu jgn lupa bawak rayban ok... Rayban ke, cermin mata ke, sunglasses ke. Ikut la..


  • Banyak teluk di Pulau Pangkor. Memang cantik sangat. Korang boleh pusing-pusing satu Pulau Pangkor. Rasanya 1 jam dah habis.

  • Jangan ambil risiko memandu di kawasan Pulau Pangkor waktu malam. Jalan sangat bahaya dan banyak cerun. Gelap pulak tu...





  • Bagi yang ingin melakukan aktiviti scuba & mandi laut, disarankan menginap di Pulau Pangkor and tak balik hari. SNORKELING ni aktiviti wajib tau.. tak feel kalo pergi pangkor tak snorkeling ni.. Memang best gila tapi takut bila nampak banyak ikan kerumun keliling hana.. Bile bagi jari je ade certain ikan gigit jari.. perghh. Memang berlari naik atas batu balik.


  • Tempat-tempat untuk best dilawati ialah Teluk Gedung,Taman Fu Lin Kung, Kilang satay ikan and  Tukang bot.

  • Lagi satu banyak gila BURUNG ENGGANG.. hana tak tau la pulak burung enggang ni ada kat pulau pangkor ni.. dan bukan setakat ada ye banyak sangat.. sepah-sepah burung ni.. live depan mata je.  

  • Kalau datang sini jangan lupa beli ikan bilis. Sebab pangkor ni kan da sinonim ngan ikan bilis.. Asal sebut pangkor je orang ingat ikan bilis.. huhu.. Tapi memang banyak pun jual kat sini.. beli la sikit untuk bawa balik.. sambil tu boleh la round pekan dia beli souvenir yg lain kan. Satay fish, sotong, ikan kering pun boleh dibeli. Bawa balik bagi mak mertua. Haha~

  • Tak lupa kat Pekan Pangkor juga terdapat bank, pejabat pos, kedai-kedai makan, kedai runcit, mini market dan pasar basah. Di Taman Seri Pangkor (kawasan balai polis) ada farmasi, mini market, money changer, kedai foto, Internet dan perpustakaan awam. Internet Cafe juga terdapat di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Jangan terkejut jika diberitahu Pulau Pangkor ada jalur lebar broadband! So boleh selfie and masuk instagram ok..

  • Kat mana nak makan ? Kat sini ada senarai sikit..

  1. Restoran Nasi Kandar Ibrahim 'n' Brothers, Pekan Pangkor.
  2. Gerai Makan a'la Thai di Pekan Pangkor.
  3. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan di Pasir Bogak dan Teluk Nipah.
  4. Food court di Pasir Bogak. Restoran Melayu di Teluk Dalam.
  5. Restoran Makanan Laut (masakan cina) di Pekan Pangkor dan Pasir Bogak. 
  6. Kedai makan Melayu di Jeti Pangkor, Kampung Masjid, Sungai Pinang, Teluk Kecil, Teluk Gedung.


Pulau Pangkor ni kalau ada budget tak berapa banyak boleh la pergi. Sebab harga ke sana tak mahal mana pun... Boleh la kalau setakat nak release tension.. huhu.. 




Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 




Monday, December 22, 2014

Kartika Sari, Bandung Indonesia

 
Assalamualaikum...
 

 
Ya Allah, baru kali ni aku nak sambung cerita balik time pergi ke Bandung tahun lepas. Hoi. Teruk betul perangai. Berzaman punya cerita. Baru nak bercerita. Apakah ? Bila belek2 balik gambar dalam lattop, banyak cerita sebenarnya aku terlepas pandang. Hehe. Busy la katakan. Balik2 bandung je suruh bertunang. Memang busy la jawab dia.
 
Time hari ke -3 aku kat Bandung tu. Rasa macam belum puas shopping lagi.... Padan muka aku sebab aku tukar duit paling sikit.. Yang lain2 semua tukar seribu, aku sorang je tukar RM400.. HAHA!!.. Konon nya xnak shopping pape. Sekali tengok aku la yang rambang mata, huhu... Hari pertama dah pergi pasar baru da. Hari ketiga ni nak pergi lagi sekali. Haha.
 
 
 
Mula2 hari ketiga dibandung plan pergi Kartika sari. Seawal pagi selepas sarapan, kita orang ke kedai Kartika Sari yang terletak bersebelahan Unik Hotel. Kek Coklat dan Brownies yang dijual memang sedap.
 
Kalau nak tau kedai Kartika sari ni ada banyak cawangan. Kat airport pun ada… Yang pasti ada kat kawasan bandung shj. Jakarta nan hado ok..
 
 
Kuih muih, roti kering, kek, brownies segala bagai. Kacang ada.. Bollen Peuyeum Keju, Bollen Durian Keju, Brownies Keju Panggang, Brownies Pandan Kukus, Cheese Roll, Bagelan, Soes Keju Kering and Toast Breed, kesemua sekali sedap.. Ada Bahasa yg tak paham kan? Tu Bahasa dia orang le teww.
 
Harga? Serius murah. Brownies kukus tak sampai rm13/-. Kat sini ada? Takdenyaaa .. Hikss.  
 
Kan aku cakap Kartika sari banyak cawangan kan.. So mcm2 rupa kedai ada. Ada yang design ala-ala butik, ada yang macam hotel cafe, ada yang macam kedai kek. Ehhh. Hahahaha. MCM2 la..
 Tempat2 kartika sari di bandung :
 
  • Jalan H. Akbar No.4.
  •  
  • Jalan Kebon Jukut No. 3 C.
  •  
  • Jalan Kopo Sayati No.111.
  •  
  • Jalan Terusan Jakarta No. 77 E.
  •  
  • Jalan Ir. H. Djuanda No.85.
  •  
  • Jalan Buah Batu No. 165 A.
  •  
  • Jalan Cimahi No. 518.
 
Dah penat shopping brownies and lain2 kita orang terus pergi ke Pasar Baru. Shopping kain la, apa lagi.. Hehe… Then baru pergi airport… Korang jangan lupa tau sediakan airport tax sebanyak Rp75 ribu  untuk dibayar sebelum kita check in nanti. Kalau tak bayar tak boleh check in.. So shopping, shopping jugak, kalau boleh asingkan terlebih dahulu aiport tax tu...
 
Cerita pasal bandung ni, mcm nak pergi lagi sekali, tapi nak ajak sape eh. Huhu..
 
Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 
 
 
 
 
 
 

My Routine Harian Supplement and Skincare



Hi, Assalammualaikum


Harini nak update lagi result lepas pakai bvr collagen .. Hana makan benda ni bukan untuk putihkan muka.. Tapi kalau tiba2 cerah.. Memang advantage la kan... Nampak sekarang muka makin glowing.. Tak kering dah... Berminyak and glowing adalah dua perkara berbeza ok..
 
Berminyak tu muka nampak mcm comot berminyak berpeluh melekit je dan bila disentuh, lekat minyak kt tangan.. Tapi kalau kulit glowing , nmpk berkilauan dan bila disentuh, sbnrnya kulit tu kering dan x melekit.. Dan apa yg pasti bvrc boleh buat kulit anda berkilauan seperti mutiara.. Huhu~
 
Apa yg penting, kita istiqomah.. Mkn apa2 supplement dalaman, kena sbr. Mcm tu juga dengan skincare. Jgn la tepek semggu,kulit terus jd cantik..


Bvrc ni hana dah ambik berapa bulan dah.. Selain tu hana ambik b-vite sekali... Sbb sebelum ni  seller tu kata kat hana, bvrc ni kene consume berterusan baru nmpk kesan sbb benda alah ni bersifat booster. Korang kene ambik dgn suplemen lain. Dia cadangkan aku tu ari makan kcolly ke atau paling simple makan je vit c.. Especially shaklee punya vit c atau blackmores vit c..  
 
 
 
Tapi bvrc+bvite mmg nmpk kesan sikit pd hana.. Muka hana jadi lembab, jerawat xde, muka cerah.
 
 

Plus, hana pakai skincare Glamoskin.. Glamoskin just pakai pencuci muka dia and collagen krim dia... Ada dua ni je.. so, lepas ni maybe nak carik bb cream or krim siang and krim malam.. siap set yg ade toner.. sekrg tgh blur nk pakai ape.. Just nak cukupkan set harian... Mestila kena jaga kulit utk shuben tersayg.. gittew.. ahakz~
 

Summary rutin harian hana :
 

Supplement :
 
BVR COLLAGE
B-vite from legacy secret
Pati delima Ghulsan
 
Skincare :
Pencuci muka = Glamo Skin
Collagen = Glamo Skin
Krim siang = ?
Krim Malam = ?
Cream = ?
 
Makeup :
Compact Powder : Pixy / bedak arab
Eyeliner : Silkygirl
Lipstick : Maybelline
 
So, apa rutin harian korang ?
 
 Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 

 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
So, siapa nak order BVR collagen
 

Here the details order :


YEAR END SALE

RM50 with postage for semenanjung
RM 54 for Sabah Sarawak
Whatsapp for order :
+6011-21203431
 

YEAR END SALE UNTIL 31-12-2014
AFTER THAT USUAL PRICE
WHATSAPP FOR THE BEST PRICE


Jangan takut2 ok, whatsapp je, hana tak makan orang. Haha ;D
 

 - supplement terbaik
- rahsia kulit putih gebu
- bvr collagen original & termurah
- testimoni bvr collagen
- collagen halal
 

SEE YOU IN MY NEXT POST
Hannah Sytieh
 



Friday, December 19, 2014

Mandi Wajib dan Mandi Junub


Assalamualaikum...



Hai siapa dah kahwin mesti kena tau cara mandi junub yang betul tau. haha.  Alahai.. Saje nak post pasal ni kali ni. Mana tau ada yg korang terlepas pandang ke =)


Sunat Ketika Mandi Wajib

  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali



Dapat ayat ni from google : 



Cara mandi wajib yang paling baik ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidhi.

  1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar 
  2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
  3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
  4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. jangan dibasuh dahulu kaki. Ia akan dibasuh selepas mandi nanti..
  5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
  6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali cebokan air.
  7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
  8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
  9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
  10. Membasuh kaki.


 Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 




Thursday, December 18, 2014

Award 2014 for Geo Mapping Team ~


Hi Assalammualaikum

Alhamdulillah for today… Sebab apa? Nanti kita cerita kat bawah ni k. Faham tak perasaan bekerja kat company yg ramai cina and india ? Bukan melayu? Maybe sape yang kerja kat company ramai melayu tak tau apa rasa kat kerja kat company macam ni.

Tapi aku dapat rasa mcm mana kerja kat company ramai melayu. Haha… salah satu ialah korang kena pandai jage penampilan diri (means not to much sexy) , jage adab korang (jgn kurang ajar, bahasa biar sopan sikit) and untuk perempuan jangan gedik sangat (terutama depan lelaki)… Sebab2 kalau korang buat perangai mcm ni confirm free2 je dapat pahala. Sebab ramai yang akan mengumpat korang… haha~

Tapi lain kat company yg bukan ramai melayu… dia orang tak pandang ni sangat. Dia orang pandang kebijaksanaan korang. Not work hard but work smarttt… work smart and work hard tu different.

Nak kata tension agak tension jugak.. Sebab biasanya dia orang takkan pandang bangsa kita ni melainkan kita pandai membodek and kita betul2 smart and selalu tonjolkan diri kita.. Even tak smart pun janji pandai bodek. haha~

Kalau kita just work hard je tapi xselalu bergaul dengan orang lain pun tak boleh jugak. Orang takkan pandang punn.. huhu…

Nak dijadikan cerita harini ada town hall… Alhamdulillah tiba2 nama kena sebut.. huhu~ Sebenarnya susah nak dapat kalau aku ni kategori workhard tapi tak bergaul dgn orang lain sangat. Means ko tau banyak benda tapi ko guna untuk kepentingan diri sendiri. Orang lain tak tau apa kepentingan kerja korang tu. Padahal apa yg ko buat tu tak semua orang boleh buat, tak semua orang belajar. Sebab bnda tu just certain people je yg study… and sebenarnya benda tu boleh buat orang lain terkejut kalau dia orang tau apa yg ko buat… apa ilmu yg korang ada... 




My Group... Mapping. 

Apa kerja aku ? Mapping and additional work is doing database yg beribu riban.. 
Sekarang tengah pegang satu project database yg dikira penting jugak la. Satu silap memang mati aku kena jawab! Disebabkan database ni time kahwin aku serabut.. sebab project tgh ON tapi aku nak kawen ? ko rase? confirm rasa tension~

Tapi ni baru award untuk mapping. Nak tunggu award database, agak2 dapat tak? haha.. yg siang malam aku bukak lattop gara2 nak tengok kerja on ke tak on even cuti kahwin. blergghh~



Lepas ni semangat sikit nak buat kerja. Sebab da ada orang nampak apa yang kita buat. Thanks HRBABU for this! Kalau tak apa pun tak jalan. Huhu~


 Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 




© Hannah Sytieh | Design By MH