Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Friday, October 9, 2015

Apa itu fibroids



Hi, Assalammualaikum






Alang2 tak de berape sangat kerja ni saje nak mengoogle pasal fibroid. Alhamdulillah hana takde pun masalah ni. Tapi terdengar seorang member tu tgh mengandung tp ade fibroid. Hana pun dah 2 kali buat medical checkup. Tapi syukur. Tak ada seberang ketumbuhan di kawasan vagina. Just want to share :



Apa itu Fibroid dalam rahim (Uterine Fibroid)





Ketumbuhan di dalam rahim atau dikenali sebagai Fibroid dalam rahim merupakan sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim terutamanya pada lapisan otot. Fibroid ini kebiasaannya bukanlah sejenis kanser dan ia tidak akan berubah menjadi kanser rahim. Ia boleh bersaizkan sekecil biji benih epal sehinggalah sebesar buah oren. Dalam kes yang lain, ia mampu membesar sehingga wanita yang mengalaminya akan kelihatan seperti mengandung.


Fibroid boleh tumbuh sebiji atau beberapa biji sekaligus. Kadar ketumbuhan juga berbeza – boleh tumbuh dengan cepat ada juga yang lambat. Terdapat fibroid yang tumbuh semasa mengandung tetapi kebiasaanya ia akan mengecut atau hilang selepas bersalin apabila rahim kembali kepada saiz yang normal.


Fibroid boleh tumbuh di ruang dalam rahim (Fibroid Submukosa), di dalam tisu rahim (Fibroid Intramural) atau di luar rahim (Fibroid Subserosa). Terdapat juga fibroid yang tumbuh keluar daripada permukaan dalam atau luar rahim. Ia kelihatan seperti cendawan yand dikenali sebagai fibroid yang bertangkai (pedunculated fibroid)


Gejala dan Tanda-Tanda




Dalam kebanyakan kes, ramai wanita yang tidak mengalami sebarang gejala. Kebiasaannya mereka akan mengetahuinya secara tidak sengaja melalui ujian pelvik atau semasa ultrasound. Bagi wanita yang mengalami simptom, berikut adalah antara tanda-tandanya;


  • ·         Pendarahan semasa haid yang sangat banyak
  • ·         Haid yang terlalu lama – darah keluar berterusan lebih 7 hari
  • ·         Tekanan pada pelvik yang sakit
  • ·         Kerap kencing atau kesukaran untuk kencing
  • ·         Sembelit
  • ·         Sakit belakang atau sakit kaki
  • ·         Golongan yang Berisiko Tinggi



Umur: Masalah ketumbuhan fibroid biasanya dialami oleh wanita berumur 30-an ke 40-an sehinggalah menopaus. Selepas tempoh menopaus, fibroid akan mengecut.


Sejarah Keluarga: Sekiranya terdapat ahli keluarga yang mengalami ketumbuhan fibroid dalam rahim, risiko mendapat masalah yang sama adalah tinggi. Risiko akan meningkat sebanyak tiga kali ganda sekiranya ibu wanita itu mendapat fibroid.


Obesiti: Wanita yang terlebih berat daripada berat sepatutnya (overweight) turut mempunyai risiko dua ke tiga kali ganda lebih tinggi daripada wanita normal


Cara pemakanan: Terlalu banyak memakan daging, makanan terlalu tinggi gula atau fast food dipercayai mempunyai kaitan dengan fibroid.



Bagaimana Fibroid boleh berlaku?


Punca bagi penyakit ini masih lagi belum diketahui secara jelas. Namun terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa ia berkaitan dengan genetik dan hormon.


Perubahan Genetik: Fibroid mempunyai genetik yang berbeza daripada tisu normal pada rahim. Terdapat juga kajian yang menunjukkan DNA ini boleh bergerak dalam keturunan.


Hormon: Estrogen dan Progesteron bertanggungjawab mengawal pertumbuhan dinding rahim semasa dalam proses kitaran haid. Hormon ini juga merangsang pertumbuhan fibroid. Tisu fibroid mengandungi kandungan hormon estrogen dan progesteron yang lebih tinggi berbanding tisu rahim yang normal. Fibroid akan berhenti membesar atau mengecut selepas menopaus kerana kandungan hormon ini akan berkurangan dengan mendadak selepas menopaus.



Rawatan untuk Fibroid dalam Rahim


Tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak mendatangkan sebarang masalah atau pun jika saiz ketumbuhan itu kecil. Bagi wanita yang hampir mendapat menopaus, fibroid akan mengecut dan akan hilang sendiri. Oleh itu, mereka tidak memerlukan pembedahan atau sebarang rawatan.


Terdapat beberapa ubatan yang boleh diberikan oleh doktor untuk mengawal pertumbuhan fibroid. Dapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah untuk memastikan anda tidak mengambil ubat yang salah. Rawatan menggunakan ubatan akan digunakan sekiranya anda mengalami gejala-gejala ringan dan tidak terlalu teruk.


Sebaliknya, jika anda mengalami gejala yang teruk seperti gangguan haid, anemia, ketidaksuburan (sukar mengandung), gangguan membuang air kecil atau rahim turun ke bawah (prolapse), pembedahan mungkin alternatif yang lebih baik untuk merawat ketumbuhan fibroid ini. Terdapat dua jenis pembedahan yang sering dilakukan di Malaysia.


1. Myomektomi


Pembedahan ini melibatkan pembuangan fibroid tanpa membuang tisu sihat rahim. Ini adalah pilihan terbaik bagi sesiapa yang masih ingin mengandung tetapi mengalami masalah kesuburan. Anda masih boleh mengandung selepas menjalani pembedahan ini.


Namun begitu, pembedahan ini menimbulkan masalah dalam jangka masa panjang. Fibroid mungkin akan tumbuh semula dan menimbulkan gejala yang lebih teruk yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut sekaligus bersama rahim.


2. Histerektomi


Pembedahan ini melibatkan pembuangan fibroid dan rahim sekaligus. Ini merupakan langkah yang paling berkesan untuk memulihkan pesakit daripada ketumbuhan fibroid. Pembedahan ini dilakukan sekiranya;



Saiz fibroid terlalu besar


  • Mengalami pendarahan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan anemia
  • Menjangkau umur 40 tahun
  • Tidak ingin mengandung lagi kerana mempunyai bilangan anak yang sudah cukup
  • Fibroid menyebabkan banyak masalah kesihatan yang lain
  • Pembedahan ini dianggap sebagai pembedahan yang besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pesakit memerlukan lebih kurang 45 hari untuk pulih sepenuhnya.



6 Tips Mencegah Ketumbuhan Fibroid dalam Rahim


Menurut Dr. Hamid Arshat seorang pakar sakit puan, terdapat beberapa tips untuk mencegah penyakit ini seperti ;

  • Minum teh hijau, cina atau teh charmomile.
  • Jauhkan minum minuman bergas, jus dan kordial dalam botol atau kotak. Sebaiknya buat jus segar sendiri daripada buah-buahan atau air kelapa muda.
  • Kurangkan gula dan karbohidrat (cth: nasi, donut, roti putih) dalam minuman dan makanan.
  • Lebihkan memakan ikan dan jauhkan daging.
  • Kurangkan penggunaan plastik dan penyembur racun serangga.
  • Memakan lebih sayur-sayuran hijau dan buah-buahan – Makan buah dahulu kemudian sayuran (cth: sup sayur, salad, rojak atau pecal). Selepas itu barulah makan nasi dan lauk.









Hana dah pergi cek, and result negative. Alhamdulillah. Nanti hana share kat mana korang boleh cek ok.. tehhe


Love, see you in next post,
Hannah Sytieh







Thursday, October 8, 2015

New Chiffon Wide Shawl - Bella Premium ;)


Assalammualaikum






Hi, nak update perkembangan wide shawl from vrhijab. Sekarang vrhijab ade keluarkan shawl terbaru. Handmade. Sebab nak more quality and tak transparent sgt. Happy sebab dapat keluarkan product sendiri. Just label tag la tak siap2 lagi. InshaAllh lepas ni ade label tag sendiri. Amin. Jum sekodeng gambar.








Details

Type - Long straightcut shawl
Material – Chiffon
Product care - Hand wash, cold. Iron or steam with low heat .
Vrhijab_ DOES NOT accept return of this product.









Bella Wide Shawl done update. Material that is chosen for our signature plain scarves is Chiffon Italiano. Sounds sophisticated, right? Well it is, you'll know the material is so rich in quality by just looking at it. Not too transparent, or thin, this will be your favorite scarf ever! 😀 More opaque tak payah pakai inner, slightly stretchable, heavier than the usual and super soft. Available scarves visit instagram @vrhijabscarves. Untuk more teaser boleh tengok dekat instagram @vrhijab_ .









More opaque tak payah pakai inner, slightly stretchable, heavier than the usual and super soft. For more available scarves visit @vrhijabscarves. Whatsapp 011-21203431 .


ITALINO CHIFFON
High Quality Chiffon
Code Name is On Photo
Design : (straightcut)
Material : Shawl Chiffon Plain
Size : 2m x 0.7m approximately
Finishing: Baby Seam

1pcs : RM25 exclude postage
2pcs : RM50 exclude postage
3pcs : RM72 exclude postage
5pcs : RM120 exclude postage
6pcs : RM144 exclude postage
10pcs : RM230 exclude postage
15pcs : RM330 exclude postage
20pcs : RM400 exclude postage
Payment 24 hours after booking First come first serve.


HQ SHAWL : @VRHIJAB_
PEMBELIAN SECARA RETAILS : @vrhijabscarves
PEMBELIAN SECARA BORONG : @borongbyvrhijab


- Wide Shawl borong
- Wide shawl murah
-Wide Shawl Terkini
- Tudung keknis


Regards,Hana







Tuesday, October 6, 2015

Outing sarjan kuala kubu bharu



Hi Assalammualaikum

Lame tak update. Lattop rosak. Okla after ni janji nak update rajin2. Haha.. yeye je ko hana.  Sejak dok jauh2 ngn husband ni banyak pula benda nak difikirkan. Sebab tahun depan nak resign. Tapi sendu2 je betul ke nak resign. Takuttt. Boleh ke hidup tanpa kerja. Tapi ade business sikit ni kire ok la.  Alhamdulillah.. teringin sgt nak ikut husband, and process baby. Haha.. ok, shut up you .
Harap pintu rezeki tu ade. New life ? how? Happy, happy jugak ade kawan2 bini sarjan. Bakal bini sarjan. Boleh huhahuha. Lagi2 ade 7 budak hitam. Lagi happy. Always together and gile2. Hiks.. Dalam sebulan ni dah boleh da jumpe husband. Pergi melawat pergi outing. Selain tu boleh jumpe dengan bakal bini sarjan yg lain. Kepale masuk air. Ok la. Happy.. Sempat la die org singgah datang umah. Hana masakkan simple lunch. Udang masak lemak kuning, udang goreng kunyit, ayam masak kicap, telur mata boh bawang campak kicap sikit. Kasi hilang lapar sebelum bershopping.

Cantik juga percaturan Allah bagi, bersyukur ... Aktivity sepanjang minggu ni dengan minggu lepas. Haha T.t’ ulang alik KL – KKB . 











Sempat la ajak kuar makan, ajak tengok wayang. Yang tak best after jumpe meroyan. ekekekekeke. ni gambar time melawat kkb, outing and outing. dah 3 kali outing. View dekat kuala kubu bharu mcm cameron u'olss.. 







Kesian orang kkb teringin makan . Naseb baik sedap. Harap ada outing lagi dalam bulan ni. Kasi la can outing 38 jam . huhu. Rindu ~ Aminnn. Cepat la habes rekruit 9 bulan ni. Terasa lama sangat dah masa berlalu. tapi lagi 5 bulan je... Gambar2 dlm blog ni akan jadi memory untuk masa akan datang. ;)



Thank you gais.. love u’alll so much
Love, see you in next post,
Hannah Sytieh








© Hannah Sytieh | Design By MH