Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me
Showing posts with label Dress Review & Fashion. Show all posts
Showing posts with label Dress Review & Fashion. Show all posts

Monday, May 25, 2015

Raja Sehari bersama Yaya Rosly Couture


Assalammualaikum




Sambungan dari part 1 yaya rosly :


Tanya lagi sekali. Pernah dengar yaya rosly couture? Mesti ramai yang pernah dengar jenama yaya rosly. Yaya Rosly , a local fashion designer which specialize in petite size . Pernah mengusahakan spa kecantikan sebelum ini, bagi Yaya Rosly segala-galanya tiada yang mustahil asalkan ada kemahuan. Ini dapat dilihat apabila beliau kini bergelar perancang perkahwinan di samping memiliki butik perkahwinannya sendiri.


Jelas Yaya, spa tersebut dijual bukan kerana tidak mendapat sambutan tetapi beliau menghadapi masalah dari segi aliran pekerja. Katanya lagi, untuk mendapatkan pekerja yang mahir dalam bidang kecantikan dan juga urutan bukanlah mudah tambahan pula hari ini tiada rakyat tempatan yang ingin bekerja dan terpaksa mencari pekerja asing. Selain disebabkan terpaksa mengeluarkan pelaburan yang banyak untuk mendapatkan seorang pekerja dan kerap kali juga pekerjanya lari dan ditipu, Yaya akhirnya membuat keputusan untuk menjual spa kecantikan tersebut. Namun Yaya tidak pernah serik malah hari ini beralih arah dengan mengusahakan butik pengantin. Yang pasti bidang perniagaan merupakan bidang yang digemari Yaya dan untuk itu Yaya akan usahakan butik perkahwinan ini selagi terdaya," ujar pemilik Ijazah Pengurusan Perniagaan ini lagi.


Tidak lama lagi yaya rosly akan mengeluarkan Ready To Wear (RTW) Raya by Yaya Rosly 2015. Ramai yang tidak sabar menunggu design hari raya dari yaya rosly. Kelainan yaya rosly couture dari butik lain ialah baju yang akan dikeluarkan agak terhad. 1 design hanya ada dalam 10 helai sahaja kalau tak silap. Tapi jangan risau sebab terdapat banyak design yang akan dikeluarkan nanti. Tetapi ready To Wear (RTW) Raya by Yaya Rosly belum dilancarkan lagi . Jadi kami pergi kesana untuk berkenal-kenalan dahulu dengan Yaya Rosly ni dan melihat baju rekaan dari yaya rosly. Untuk pengetahuan anda dress yang ada dekat butik Yaya Rosly semuanya cantik-cantik . Most of them wedding dress . 




Kebetulan adik Yaya Rosly , Aishah yang merupakan salah seorang model untuk rekaan Yaya Rosly ni turut hadir pada hari tersebut. Jadi  Aishah sempat memperagakan beberapa bridal dress untuk tatapan kami . Jangan tak tahu , artis pun dah ramai yang pernah gayakan rekaan-rekaan Yaya Rosly antaranya Mawar Rashid , Elizabeth Tan , Mia Sara , Sara Ali , Nelydia Senrose , Arja Lee .  Mesti anda tertanya-tanya kan , kata untuk petite size tapi Elizabeth Tan yang tinggi lampai tu boleh pakai pula . Memang la Yaya Rosly ni specialize in petite size , but still Yaya boleh design juga untuk yang bukan petite size . Sebab yaya is professional designer .  




Untuk lelaki pun ada jugak koleksi dari Yaya Rosly ni, jahitan sangat kemas dan lain dari yang lain.




Berbicara lanjut mengenai perniagaannya itu, jelas anak ketiga daripada empat beradik ini, beliau memulakan perniagaan butik perkahwinan selepas menjual perniagaan spa kecantikannya. Bukan sahaja wedding dress yang yaya boleh buat, butiknya itu walaupun pengkhususan kepada bakal-bakal pengantin, tetapi beliau turut membuka tempahan kepada baju biasa dan juga tempahan kasut. 




Apa yang menariknya segala produk keluaran butik akan diletakkan jenama Yaya Rosly, jenama Yaya sendiri.




Jahitan dan detailing untuk dress-dress yang yaya sediakan semua sangat kemas . Kagum betul kami. Bila ditilik secara dekat , memang cantik dan susunan beads semuanya tersusun cantik . Yaya Rosly hanya menggunakan material yang berkualiti tinggi sahaja dan apabila dipakai sangat selesa. Kalau yang berkualiti , dari jauh kita dah boleh nampak betapa cantiknya dress itu, terletak cantik kat badan dan tak nampak kaku .


Apabila diselidik sedikit demi sedikit, maka tidak hairanlah sekiranya Yaya ingin terus bergerak dalam bidang perniagaan. Yaya sememangnya berasal daripada keluarga yang terlibat dalam bidang perniagaan. Bapanya seorang kontraktor manakala ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa.




Sebelum balik , sempat bergambar kenang-kenangan . Yaya Rosly juga menyediakan buah tangan untuk kami para blogger iaitu black Durrah Chaftan dan aksesori rantai leher. Terharu bila dapat tahu Durrah Chaftan tu direka dan dijahit khas untuk kami para blogger yang hadir pada hari tu. Durah Kaftan ni sangat cantik disamping kain yang sejuk dan selesa dipakai.


Jika anda berminat jangan lupa sentiasa melihat instagram yaya rosly dan laman web yaya rosly untuk koleksi Ready to wear by Yaya.


Alamat :

Yaya Rosly Couture , E - 8 - 1 , PP25 ,
Taman Pinggiran Putra , 43300 ,
Seri Kembangan , Selangor .

Whatsapp : 012 - 6460210

Website : http://www.yayarosly.com.my/

Facebook Page : Yaya Rosly

Instagram : @yayarosly


Love and hugs,
Hannah Stytieh, toodless




Sunday, May 24, 2015

Butik kahwin Yaya Rosly Couture


Assalammualaikum




Hi, Hello... Sorry a little bit busy .. Rasanya dua minggu lepas hana ada pergi event yaya rosly.. Siapa kenal  yaya rosly ? Yaya rosly ni bukan calang – calang orang tau. Designer terkenal untuk artis2 kat luar sane. Tapi bukan setakat artis je. Kita yg biasa2 ni pun boleh jugak nak design kat yaya rosly ni. Sebab apa tau.. Sebab yaya ni very the humble person. Seriously, mesti korang suka nanti. Harga pun mampu milik. Hana berpeluang untuk jumpa Yaya Rosly di butik beliau di Sri Kembangan, dan berkongsi cerita tentang pengalaman serta kejayaan beliau sebagai pereka fashion di Malaysia.


Baju kahwin cantik dari Yaya Rosly Couture



Baju kahwin cantik dari yaya rosly couture. A to Z disediakan. Memudahkan and sangat recommended untuk bakal pengantin diluar sana. Hana dah pergi try usha and testing their product, So, sekarang hana review. Senang untuk korang kat luar sana buat pemilihan.




First time masuk dalam butik ni rasa macam nak nangis bila tengok collection baju kahwin 2015. Omg, sangat cantik. Rasa macam nak beli semua collection baju 2015. Buat baju raya.. eh! Hahahhahaha.. Grand ko punya raya hana oi.  So, dari masuk butik tu tengok the materials and design I stalk dia punya insta... Eh! Baju Raya 2015 will be released soon.... Gulp... Tak sabaaarrr nye nak tunggu. Mesti meletops. Tak sabar tunggu koleksi RTW Yaya Rosly untuk Syawal tahun ni. Boleh bergaya dengan rekaan Yaya Rosly nanti. Yaya akan keluarkan banyak jenis design. Yaya nak semua orang nampak berbeza so design setiap koleksi adalah terhad. Takde la nanti pakai, eh asal sama ni. Segan pulak kan nak beraya.




Perempuan ni satu je. Baju.. Kalau part baju memang cukup suka sangat... Boleh tak tidur malam asyik fikir baju je kan. Memang perempuan ni part baju agak lebih2 sikit. Yang lain boleh letak tepi. Tak makan  sedap2 pun takpe. Janji dapat shopping kan.

Jumla usha sikit butik yaya ni.. Cantik tau, kemas je and yang penting korang akan selesa. Wangi je..





Apa kelebihan butik yaya rosly ni ?


Boleh customade baju korang sendiri . Yaya akan dengar permintaan design korang tp dalam masa yang sama yaya akan bg tau jenis-jenis design yang sesuai untuk badan korang.. Jangan main hentam je nak baju macam ni macam tu tapi alih-alih bile testing kat badan tak lawa. Nampak gemuk la, nampak pendek la... tu maknanya design yg korang nak tu tak sesuai untuk badan korang ok.

Lagi kelebihan ialah untuk orang jenis petite. Ha, tau kan ape tu petite. Sekarang rata2 susah nak cari baju yg petite. Semua jenis long je... So, kene oter.. Kalau kena oter ape maknanya baju ready to wear kan.. Kena adjust bagai. Takde makna da maksud baju ready to wear tu tau . Kalau nak tau, Yaya Rosly ni pon kecik comel, so dia arif tentang kemahuan or busana yang sesuai untuk mereka yang bertubuh kecik ni. Siap boleh nampak tinggi masa hari bahagia tu.




Kalau nak tau kat yaya rosly ni tak boleh sewa baju. Semua baju adalah cash and delivery. Bawak balik terus. So, after korang pakai bolehla buat sewa baju pulak kan. Macam hana. Dapat la modal korang tu balik. Kan senang ... Jangan risau baju yaya semua harga boleh beli.. Tak de la mahal sampai 5riban ke atas.

Semua design dia sangat modern and elegant. Boleh la korang cuci-cuci mata tengok design2 ni. Semua ni kiranya masih dalam budget tau, tapi still cantik and nice. Untuk orang-orang klpj, recommended yang mungkin cantik di hati korang jugak.














Beberapa keping gambar yang ditangkap kerana didapati bersalah sebab buat mata aku jadik julings.. Cantik semua nya.. Model yaya rosly ni adik yaya sendiri, aisyah nama dia.. Semua baju yang aishah ni pakai pun sangat la cantik and kemas je kat badan.







Cantik kan. Ni je yang sempat aisyah pakai, memang cantik2 kesemuanya. Very recommended la u'olss.




Ni la Yaya Rosly. Yaya Rosly sebenarnya dah 4 tahun dalam dunia reka fashion ni, menapak dari biasa-biasa hingga mendapat nama di dunia fashion ni. Contoh artis yang pernah memakai reka pakaian Yaya Rosly adalah Elizabeth Tan, Mawar Rashid, Emma Maembong, Arjalee, Syada Amzah (Adik Shila Amzah), Nelydia Senrose.


Boleh datang ke alamat dibawah atau check Instagram dan website Yaya Rosly :

Alamat:E-8-1, PUTRA WALK,
JALAN PP25, BANDAR PUTRA PERMAI,
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR

Will be continue... Stay tuned

Love and hugs,
Hannah Stytieh, toodless,




Friday, May 8, 2015

POPLOOK Butik Online Muslimah Paling Popular Di Malaysia


Assalammualaikum




Rasanya sekarang ramai kaum-kaum hawa kat luar sana  suka “shopping” melalui online je kan, tak perlu nak menapak dari butik ke butik. Melalui online sahaja kita dapat bandingkan design-design yang ada dan harga mengikut jenama masing-masing. Harini hana nak review satu online shop yang memang sudah lama TOP di malaysia. Rasanya base mereka melalui “online” sahaja. Tiada butik untuk kita rasa materials yang digunakan dan untuk dicuba dahulu sebelum membeli. Tapi tak perlu risau sebab materials dan design yang mereka ada semua sangat high quality and cantik bila dipakai.


Butik apa yang hana cakap kan ni ? “POPLOOK.COM” . Siapa yang tak kenal poplook.com . Pasti ramai yang kenal. Nak shopping di poplook memang mudah. Korang hanya perlu melayari http://poplook.com/. Pilih design yang korang minat, lihat ukuran yang sesuai then make a payment. Tapi kalau ada baju yang korang berkenan better cepat-cepat purchase. Sebab apa ? Sebab barang di POPLOOK cepat sangat SOLD OUT. Seriously, tak tipu. Sebab hana salah sorang peminat tegar POPLOOK. Dari Dress, Blouse, Pants, Baju Kurung, Skirt semua hana suka. Sebab design dari poplook menepati cita rasa setiap umur. Bukan untuk remaja sahaja, untuk kanak-kanak dan orang dewasa semua ada. Paling senang nak cakap. Setiap pangkat umur ada di POPLOOK. Hanya berbelanja di satu laman web sahaja, boleh dapat semua yang kita perlukan.


Apa yang best tentang poplook ni ? Delivery yang sangat laju. Harini purchase, besok barang dah sampai. Pastikan purchase sebelum pukul 3. Tapi untuk hari jumaat purchase selepas pukul 1, hari isnin baru arrived dekat customer.


Apa lagi yang best di POPLOOK ? Semestinya design, materials, warna and harga. Butik fesyen online yang menarik dan mudah, sesuai buat korang. Fesyen yang sederhana dengan gaya yang sangat menarik, berkualiti, ada 'style' dan kelas tersendiri, cantik dan yang paling penting ialah harga yang berpatutan... memang berbaloi.. Selain menampilkan warna-warna yang pastel dan warna-warna kontra. 




Tidak ketinggalan juga ramai wanita-wanita diluar sana yang sangat kreatif and bijak. Sebab apa? Sebab mereka pandai membeli barang yang cantik tapi ada sikap menjimat cermat. Sebagai contoh : Kalau korang pergi ke label wedding and celebration, banyak jenis dress yang plain and the materials of course plain chiffon high quality . Pilih any design baju yang korang minat and purchase. Siapa yang nak bertunang, bertandang or have any events or dinner. Korang boleh transform kan dress plain tu menjadi satu baju yang cantik dengan hanya menampal lace and beaded. Confirm dress yang korang transform kan tu menjadi sangat cantik dan sesuai untuk majlis yang korang nak pergi. Tak percaya? Sila cuba...


Selain tu, poplook.com juga ada menjual dress, skirt , tudung, shawl , beg , aksesori , tali pinggang , kasut , seluar , skirt dan banyak lagi . Lagipun poplook.com banyak menjual fesyen pakaian yang masih mengekalkan ciri-ciri muslimah. Bukan sahaja artis-artis popular seperti Lisa Surihani, Sazzy Falak dan Misha Omar gemar menggayakan pakaian daripada poplook.com , malah blogger fesyen dari Malaysia dan Singapura turut memilih poplook.com untuk pakaian harian mereka. Poplook.com menjadi kepercayaan selebriti-selebriti popular kerana harga yang masih berpatutan dengan kualiti fesyen-fesyen yang mengikut trend masa kini.


Setakat ni hana baru shopping 5 helai baju dari poplook. Salah satunya seperti dibawah. Memang sangat selesa. Will update OOTD yang lain soon .




Jangan lupa layari website poplook.com untuk koleksi hari raya akan datang, mesti sangat trendy and sofistikated! Tak sabar nak tunggu!


Untuk informasi lanjut mengenai koleksi POPLOOK.COM, sila layari :


Website: poplook.com
LIKE Facebook: fb.com/Poplook.com
FOLLOW Twitter: twitter.com/poplookshop
Instagram: @poplookshop


Love see you in the next post
Hannah Sytieh




Saturday, December 13, 2014

ZOLACE tempat shopping online yang terbaik !



Hi Assalammaualaikum

Dekat mana aku selalu shopping online ?




Sejak dunia teknologi and internet makin luas, makin banyak online shops yang tumbuh.. Tumbuh bak cendawan... Internet ni tapak free untuk peniaga online jual dia orang punya barang. Facebook, instagram, blogger, website etc. (tapi website berbayar k) kerja menjual membeli jadi senang sebab pengaruh internet yang luas.


Hana kat office pun selalu menghadap website2 yang jual barang best (ops, kantoi) .. Menghadap instagram, facebook and sewaktu denganya... Online 24hours pun takpa. Sebab ada je benda nak tengok.


And disebabkan tu hana dah malas nak pergi shopping malls. Dulu rajin sangat weyh pergi times square.. Sekarang sebulan sekali pun dah tak hadap times square. Malas sebab kena drive, kena cari parking, kena isi minyak kereta, kena bayar parking (bahaha) leceh and tak menjimatkan... Typical reason....


Hana paling suka online shopping yang ringkas... Interface yang menarik dan mudah.... So, selalu nya hana akan bukak www.zolace.com .... Nak tau apa yang best kat sini... Baju2 muslimah yang trendy and murah. Online fesyen butik store. And yang paling best bila hana buka kat handphone, website zolace laju je... Ye lah sesetengah website asyik loading je kan.. Lambat...


Kalau shopping kat instagram, banyak step kena buat.. Pilih item, printscreen, whatssap seller, waiting for reply, then after reply confirmkan barang harga and mintak details bayaran.. Bayar then kena tunjuk slip pembayaran, baru proceed for pos...




Tapi kalau dekat website, semua dah senang... Details item pun kita boleh zoom.. And semua barang muslimah ada dalam satu bumbung. Tapi kalau korang serius buyer, silalah create account ok. Lagi senang nak membeli and membayar nanti..



Apa yang ada dekat zolace?


  • Koleksi dress murah
  • Blouse Muslimah moden
  • Skirt labuh
  • Tudung bawal
  • Baju kurung moden terkini
  • Long palazzo pants
  • Jewerlly (neclace, rings, bracelet, belt)






Everything's Beautiful DressMuslimah In Black, made with stretchable lace to ensure you a comfortable fit : http://zol.ac/1rVIbDw
Starburst On The Scene Earrings : http://zol.ac/stun5b
Greek Goddess In Metal Belt: http://bit.ly/1AptFU4





Sleek it Out Baju Kurung Moden in Red & Blue
Sunburst Chiffon Tudung Bawal in Ivory White
A Familiar Ring Long Necklace
Positively Poised Tote Bag in Cream




 MY AIM AFTER THIS.. LOOK BEAUTIFUL & GORGEOUS!
HARAP SUAMI AKU BACA ENTRY NI AND BELIKAN UNTUK AKU. PLSSSSSS ;D

Ethereal BlouseMuslimah In Blue: http://zol.ac/stun7a
Sway With Me SkirtLabuh In Cream: http://zol.ac/stun7-b
Delve Into Dazzling Earrings: http://zol.ac/stun7-c
Fit For A Queen Ring: http://zol.ac/stun7-d



Here the link untuk barang-barang yang hana nyatakan di atas :


  

Dekat zaloce ni ada 3 kategori :

  • Bracelets
  • Blouse Muslimah
  • Bags


Nak memudahkan korang, hana letak siap2 link utk 3 kategori ni k  :






Lift up your spirits with Zolace Brighten it Up Necklace! Check out our amazing collection of statement necklaces now!




Do you know  Zolace Positively Poised tote bag comes in 3 colours? Passionate red, Mysterious Black and Demure Cream! Get your favourite colour(s) to match your ootd!





1 easy way to have a fabulous casual friday is to don Zolace Colour Me Surprise Blouse. What's even better is that It's wudhu and nursing friendly!



Pilih2 and bayar... Then tggu la abang posmen hantar barang...


Finally baju hana dah sampai.. Tak sabar ok.. Kali ni hana beli baju kurung modern and necklace... Boleh bawak g kerja or kenduri kawen.. Tak sabar nak buka..


Buka2 and try.. Ahh sukanyaaa kain nya sangat2 lembut.. Overall hana suka sangat and memang selesa bila pakai.. Tak sangka harga murah tapi kualiti sangat2 terbaik!


Meh hana tunjuk sikit my ootd :




 A girl can never have too many ... Accessories! Complete the look with this pretty necklace from@zolacemalaysia .. I love the necklace. Only RM 24.65




Sleek it Out Baju Kurung Moden in Blue.
Price Only : RM 129



Lagi best. Zolace bagi FREE shipping ke Malaysia, Singapore and Brunei, no minimum order, no end date. Best gila kan. Sebab biasanya kalau kita beli apa-apa selalu rasa ala kena bayar duit pos lah pula. Sama je, hana pun selalu rasa macam tu.




MY AIM AFTER THIS... SERONOK NYA SHOPPING DI ZOLACE. BAJU FROM TOP TO TOE SEMUA ADA. CANTIK AND SEMUA PAKAIAN MUSLIMAH ADA..


So tunggu apa lagi..jom shopping bersama hana di ZOLACE



More details :



Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 









© Hannah Sytieh | Design By MH