Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me
Showing posts with label Usaha TTC Khtarhana. Show all posts
Showing posts with label Usaha TTC Khtarhana. Show all posts

Friday, October 9, 2015

Daun turi untuk banyakkan susu and for fibroids / cyst



Hi Assalammualaikum




Hana ade la scroll facebook, lepas tu macam bagus je untuk share dalam blog ni. Siapa tau daun turi ? DAUN TURI sejenis sayur tradisional yang sering dilupakan. Ataupun takde sape pun tau apa tu daun turi.. hehe..


Apa khasiatnya?




Menambahkan air susu. Bila kita mengalami kurang air susu untuk bayi kita korang boleh masak sayur turi dengan keledek merah secara lemak santan atau air bening. Memang berkesan meningkatkan air susu.

Campuran daun turi dengan keledek merah akan menghasilkan hormon dan bahan2 penggalak susu.

Saya ingin cadangkan ibu2 yg menyusukan makan sayur tersebut 2 -3 kali seminggu.

Juga mereka yang ada cyst fibroid endometriosis dan adenomyosis sila amalkan makan sayuran tersebut, insHAALAH berhasil.

Mmg sedap sayur geti ni.. lemak putih + ikan kembong goreng + sambal belacan+ nasi putih panas ..Kalo msk daun ni, buah or ubi yg berangin.. masukkan sedikit lada hitam.. Insyaallah takde angin..





Love, see you in next post,
Hannah Sytieh





Apa itu fibroids



Hi, Assalammualaikum






Alang2 tak de berape sangat kerja ni saje nak mengoogle pasal fibroid. Alhamdulillah hana takde pun masalah ni. Tapi terdengar seorang member tu tgh mengandung tp ade fibroid. Hana pun dah 2 kali buat medical checkup. Tapi syukur. Tak ada seberang ketumbuhan di kawasan vagina. Just want to share :



Apa itu Fibroid dalam rahim (Uterine Fibroid)





Ketumbuhan di dalam rahim atau dikenali sebagai Fibroid dalam rahim merupakan sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim terutamanya pada lapisan otot. Fibroid ini kebiasaannya bukanlah sejenis kanser dan ia tidak akan berubah menjadi kanser rahim. Ia boleh bersaizkan sekecil biji benih epal sehinggalah sebesar buah oren. Dalam kes yang lain, ia mampu membesar sehingga wanita yang mengalaminya akan kelihatan seperti mengandung.


Fibroid boleh tumbuh sebiji atau beberapa biji sekaligus. Kadar ketumbuhan juga berbeza – boleh tumbuh dengan cepat ada juga yang lambat. Terdapat fibroid yang tumbuh semasa mengandung tetapi kebiasaanya ia akan mengecut atau hilang selepas bersalin apabila rahim kembali kepada saiz yang normal.


Fibroid boleh tumbuh di ruang dalam rahim (Fibroid Submukosa), di dalam tisu rahim (Fibroid Intramural) atau di luar rahim (Fibroid Subserosa). Terdapat juga fibroid yang tumbuh keluar daripada permukaan dalam atau luar rahim. Ia kelihatan seperti cendawan yand dikenali sebagai fibroid yang bertangkai (pedunculated fibroid)


Gejala dan Tanda-Tanda




Dalam kebanyakan kes, ramai wanita yang tidak mengalami sebarang gejala. Kebiasaannya mereka akan mengetahuinya secara tidak sengaja melalui ujian pelvik atau semasa ultrasound. Bagi wanita yang mengalami simptom, berikut adalah antara tanda-tandanya;


  • ·         Pendarahan semasa haid yang sangat banyak
  • ·         Haid yang terlalu lama – darah keluar berterusan lebih 7 hari
  • ·         Tekanan pada pelvik yang sakit
  • ·         Kerap kencing atau kesukaran untuk kencing
  • ·         Sembelit
  • ·         Sakit belakang atau sakit kaki
  • ·         Golongan yang Berisiko Tinggi



Umur: Masalah ketumbuhan fibroid biasanya dialami oleh wanita berumur 30-an ke 40-an sehinggalah menopaus. Selepas tempoh menopaus, fibroid akan mengecut.


Sejarah Keluarga: Sekiranya terdapat ahli keluarga yang mengalami ketumbuhan fibroid dalam rahim, risiko mendapat masalah yang sama adalah tinggi. Risiko akan meningkat sebanyak tiga kali ganda sekiranya ibu wanita itu mendapat fibroid.


Obesiti: Wanita yang terlebih berat daripada berat sepatutnya (overweight) turut mempunyai risiko dua ke tiga kali ganda lebih tinggi daripada wanita normal


Cara pemakanan: Terlalu banyak memakan daging, makanan terlalu tinggi gula atau fast food dipercayai mempunyai kaitan dengan fibroid.



Bagaimana Fibroid boleh berlaku?


Punca bagi penyakit ini masih lagi belum diketahui secara jelas. Namun terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa ia berkaitan dengan genetik dan hormon.


Perubahan Genetik: Fibroid mempunyai genetik yang berbeza daripada tisu normal pada rahim. Terdapat juga kajian yang menunjukkan DNA ini boleh bergerak dalam keturunan.


Hormon: Estrogen dan Progesteron bertanggungjawab mengawal pertumbuhan dinding rahim semasa dalam proses kitaran haid. Hormon ini juga merangsang pertumbuhan fibroid. Tisu fibroid mengandungi kandungan hormon estrogen dan progesteron yang lebih tinggi berbanding tisu rahim yang normal. Fibroid akan berhenti membesar atau mengecut selepas menopaus kerana kandungan hormon ini akan berkurangan dengan mendadak selepas menopaus.



Rawatan untuk Fibroid dalam Rahim


Tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak mendatangkan sebarang masalah atau pun jika saiz ketumbuhan itu kecil. Bagi wanita yang hampir mendapat menopaus, fibroid akan mengecut dan akan hilang sendiri. Oleh itu, mereka tidak memerlukan pembedahan atau sebarang rawatan.


Terdapat beberapa ubatan yang boleh diberikan oleh doktor untuk mengawal pertumbuhan fibroid. Dapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah untuk memastikan anda tidak mengambil ubat yang salah. Rawatan menggunakan ubatan akan digunakan sekiranya anda mengalami gejala-gejala ringan dan tidak terlalu teruk.


Sebaliknya, jika anda mengalami gejala yang teruk seperti gangguan haid, anemia, ketidaksuburan (sukar mengandung), gangguan membuang air kecil atau rahim turun ke bawah (prolapse), pembedahan mungkin alternatif yang lebih baik untuk merawat ketumbuhan fibroid ini. Terdapat dua jenis pembedahan yang sering dilakukan di Malaysia.


1. Myomektomi


Pembedahan ini melibatkan pembuangan fibroid tanpa membuang tisu sihat rahim. Ini adalah pilihan terbaik bagi sesiapa yang masih ingin mengandung tetapi mengalami masalah kesuburan. Anda masih boleh mengandung selepas menjalani pembedahan ini.


Namun begitu, pembedahan ini menimbulkan masalah dalam jangka masa panjang. Fibroid mungkin akan tumbuh semula dan menimbulkan gejala yang lebih teruk yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut sekaligus bersama rahim.


2. Histerektomi


Pembedahan ini melibatkan pembuangan fibroid dan rahim sekaligus. Ini merupakan langkah yang paling berkesan untuk memulihkan pesakit daripada ketumbuhan fibroid. Pembedahan ini dilakukan sekiranya;



Saiz fibroid terlalu besar


  • Mengalami pendarahan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan anemia
  • Menjangkau umur 40 tahun
  • Tidak ingin mengandung lagi kerana mempunyai bilangan anak yang sudah cukup
  • Fibroid menyebabkan banyak masalah kesihatan yang lain
  • Pembedahan ini dianggap sebagai pembedahan yang besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pesakit memerlukan lebih kurang 45 hari untuk pulih sepenuhnya.



6 Tips Mencegah Ketumbuhan Fibroid dalam Rahim


Menurut Dr. Hamid Arshat seorang pakar sakit puan, terdapat beberapa tips untuk mencegah penyakit ini seperti ;

  • Minum teh hijau, cina atau teh charmomile.
  • Jauhkan minum minuman bergas, jus dan kordial dalam botol atau kotak. Sebaiknya buat jus segar sendiri daripada buah-buahan atau air kelapa muda.
  • Kurangkan gula dan karbohidrat (cth: nasi, donut, roti putih) dalam minuman dan makanan.
  • Lebihkan memakan ikan dan jauhkan daging.
  • Kurangkan penggunaan plastik dan penyembur racun serangga.
  • Memakan lebih sayur-sayuran hijau dan buah-buahan – Makan buah dahulu kemudian sayuran (cth: sup sayur, salad, rojak atau pecal). Selepas itu barulah makan nasi dan lauk.









Hana dah pergi cek, and result negative. Alhamdulillah. Nanti hana share kat mana korang boleh cek ok.. tehhe


Love, see you in next post,
Hannah Sytieh







Monday, July 27, 2015

ASID FOLIC, KITARAN HAID, WAKTU SUBUR


Hi Assalamualaikum


Hari ini hana ingin berkongsi maklumat dengan korang mengenai Acid Folik, kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Hana kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.



Apa itu ASID FOLIK?

-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.


Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).

2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi
-Sumbing lelangit (cleft palate)
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Asid folik ni hanya memberi kesan after 3 bulan, bukan hari ni makan, esok berkesan :)

Secara ringkas untuk kuatkan rahim kita lah..nanti mengandung, rahim dah bersedia.. Selesa dan selamat lah baby dalam perut..begitu.. Bukan untuk kesuburan atau pil perancang ye.. just persediaan je.. So kalau ditakdirkan hana mengandung pada bila bila masa, rahim hana dah bersedia dan baby hana berada dalam keadaan yang selamat.

Bahaya la zaman sekarang makan merapu rapu.. pewarna lah, perisa tambahan lah, bahan pengawet lah.. Tapi kepada yang merancang untuk tidak mendapatkan bayi dalam waktu yang terdekat, tak perlu lah makan asid folik lagi.

CARA MAKAN FOLIK ASID

Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing.

Now, kita sambung part subur pula ok.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.





MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Hana cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payahsikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 adakitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui keranaia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, iaperlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknyaditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung.Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogenmeningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dindingrahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula,telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatanmendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telurini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio kerahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telurdikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dindingrahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang keranatiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimanaruntuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari1.




BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari suburialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah harisubur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = harike 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar bolehberubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama periodyang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadimasalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period andaberubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. DiAmerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur. (TAPI SEKARANG ADE KIT OVULATION TU, BOLEH TRY PAKAI)

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untukmendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta spermadengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seoranglelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Inibermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur,atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur ituberjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada harike 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalamrahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyairisiko yang tersendiri.

Hana harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama



Ramai yang syorkan appeton folic acid. Harap berkesan :)




Thanks reading,
Hannah Stytieh, toodless











Tuesday, April 7, 2015

Usaha TTC : Produk Himalaya Speman dan Kapikachhu


Assalammualaikum
 

Semalam husband call. Dia cakap petang ni nak teman tak pergi wangsa walk.. Nak pergi himalaya. Dah kenapa nak pergi himalaya kan. Haha... Rupa-rupanya nak carik speman and kapikachu.. Siapa tak tau apa produk ni nanti hana terangkan ok..
 
Actually kita org ok je.. tak ada masalah pape pun.. tapi usaha tu kan lagi baik. Dah pergi check doctor dah kat louders hospital sentul. Alhamdulillah the result semua baik2 je... Siapa2 nak cek korang punya peranakan ke apa ke pasal masalah puan atau tuan boleh try pergi louders hospital sentul.. For check just kena charge RM1OO+ something macam tu... And korang boleh tanya kat doctor mcm2... Servis cepat pulak tu. Tak sampai sejam... and die boleh scan kita punya bahagian dalam.
 
Kawan2 office cakap lexla baru 6 bulan kahwin.. haha... tapi i ni da cuak pulak kan... 6 months already kot... lepas chemical pregnancy haritu terus cik p datg mcm biase every months.. muehehehe... chemical pregnancy after 2 months kawen.. kira cepat jugak la positive kan.. tapi tak ada rezeki pulak.. So, tak pela.. kita try usaha dengan ambik supplement..
 


My side ambik supplement.. my husband pun ambik jugak.. Untuk aku, aku try zinc complex shaklee, alfafa shaklee, vitamin e shaklee, gla shaklee, pati delima ghulsan and kapikachu himalaya... huwaaa.. banyak kotttt... My husband pulak try mkn zinx complex shaklee, vit e shaklee, speman and kapikachu himalaya. Usaha kan tangga kejayaan... baru sebulan ambik semua supplement ni.
 
Cerita balik pasal produk himalaya ni. Mula-mula kita org ingat nak beli Speman sahaja dahulu, tapi staf farmasi galakkan encik husbnd ambil Speman bersama Kapikachhu. Kapikachhu ni orang perempuan pun boleh makan jugak utk hasilkan telur yg berkualiti.. Tapi elok jugak if husband ambik both sebb ada kaitan antara kualiti sperma yang rendah dengan persekitaran tempat kerja yang melibatkan bahan kimia dan haba panas. Lagi2 orang yg bekerja di kawasan yg berhabuk berhaba and panas. Perlu take this supplement tau.


Harga sebotol Speman di Farmasi Himalaya wangsawalk adalah sebanyak RM45.90 (100 biji) dan Kapikachhu RM47.00 (60 biji). Bentuk pil Speman tu macam Smarties, menggoda sungguh, rasa nak masukkan dalam mulut je, dah la warna pink...hahaha! tapi sekarang ade gst so harga lain sikit ye... agak mahal sikit. Take noted. Usaha, usaha dan usaha... Usaha tu penting kan..
 
Kat mana ada Himalaya Outlet nih? Meh sini saya list untuk korang. Antara outlet yang ada produk himalaya :

  • Suria KLCC

  • Sunway Pyramid

  • Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju

  • 1 Utama, Damansara

  • Mid Valley

Orang cakap kalau tak mampu beli shaklee boleh try produk himalaya. Murah sikit... And benefit die pun lebih kurang.


Speman
Speman from Himalaya herbals is a premier Herbal formulation which helps to improve the problems associated with the male reproductive system. The herbs present in this medicine has manifold functions. It not only helps to promote a healthy LH-FSH hormone level but also helps to support the normal basophil cells in the pituitary gland. This is a rejuvenating tonic which has provided hope to several couples. Along with boosting vitality, it also helps in maintaining healthy sperm production and tones up the male reproductive system.

Himalaya Speman - Natural herbal remedy to maintain healthy sperm health

Speman from Himalaya is a certified Ayurvedic herbal formulation which has been proved beneficial in improving the male reproductive health. It helps to maintain healthy sperm health, improve the sperm count as well as sperm motility. It has clinically been tested and has shown to have no side effects. Himalaya Speman bears the reputation of being a supplement that helps in improving the condition of oligospermia. It is effective in augmenting the general vitality and is also considered as a restorative and nervine tonic.

Key Ingredients of Speman from Himalaya:
• Salabmisri (Orchis mascula), 130mg
• Kokilaksha (Hygrophila auriculata Syn. Asteracantha longifolia), 64mg
• Vanya kahu (Lactuca scariola Syn. L.serriola), 32mg
• Kapikachchhu (Mucuna pruriens), 32mg
• Suvarnavang (Mosaic gold), 32mg
• Vriddadaru (Argyreia speciosa Syn. A.nervosa), 64mg
• Gokshura (Tribulus terrestris), 64mg
• Jeevanti (Leptadenia reticulata), 64mg
• Shaileyam (Parmelia perlata), 32mg


Dosage:
1 capsule two times daily before meals


Side Effects:
As per medical journals, Speman has no side effects.


Benefits of Speman from Himalaya:
• Speman from Himalaya helps to promote the male reproductive health
• Speman from Himalaya is an herbal cure to increase sperm count
• Speman from Himalaya boosts libido and tones up the male reproductive organs
• Speman from Himalaya helps to improve sperm quality for better progeny
• Speman from Himalaya has proven effective in reducing BPH (prostate enlargement) and allied problems
• Speman from Himalaya effectively rectifies the problem of Oligospermia
• Speman from Himalaya functions as an aphrodisiac
• Speman from Himalaya helps in rejuvenation and also enhances vitality
• Himalaya Speman helps to maintain healthy sperm motility, sperm production and sperm health.

Kapikachhu

Kapikachhu or Mucuna pruriens is a well-known aphrodisiac. The seeds are useful in increasing sperm count. Kapikachhu acts as a nervine tonic, helpful in Parkinson's disease.


Action :
The herb's prophylactic action against oligospermia is useful in increasing sperm count. Kapikachhu also regularizes ovulation in women and helps prevent male and female sterility. In addition, the herb acts as a nervine tonic. Its seeds contain L-DOPA which is a neurotransmitter precursor useful in relieving Parkinson's disease. The seeds also have well-known aphrodisiac properties.


Indications:
  • Oligospermia (low sperm count).
  • As an aphrodisiac.
  • As an adjuvant in Parkinson's disease.


Dosage
  • One capsule, twice a day, after meals.

Selain itu ada jugak benda2 lain kita kena belajar and amalkan .. Here the list :

Amalan pemakanan lelaki :-
1. Jangan makan bersulam air
2. Kurangkan minuman sejuk & bergas
3. Kurangkan merokok & lebih baik berhenti merokok
4. Kurangkan makanan bergoreng & fast food
5. Banyakkan minum air suam
6. Makan vitamin setiap hari(mulitivitamin + mineral)
7. Cari vitamin lelaki seperti ini (terdapat di farmasi2. Produk Himalaya-Speman@Kapikachu)


Amalan pemakanan wanita :-
1. Kurangkan minuman sejuk & bergas
2. Jangan merokok
3. Kurangkan makanan bergoreng & fast food
4. Minum air susu (susu Anmum disyorkan)
5. Elak makan nenas
6. Makan vitamin setiap hari (multivitamin + mineral)
7. Cari minuman berkhasiat wanita seperti ini(Bidadari)


Amalan pemakanan bersama :-
Cari dan makan setengah sudu kecil(plastik)madu ini(Madu SIDIR dr Yaman) setiap awal pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Sebelum makan,berdoa terlebih dahulu.


Doa
1. Mengucap 2 kalimah syahadah
2. Selawat ke atas nabi (3x)
3. Bismillah
4. Ya Kholiku Ya Bari U Ya Mussawar  
(“Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan,Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta & Yang Maha Membentuk”)
5. Ya Allah, Janganlah Engkau Biarkan Aku Bersendirian Tanpa Zuriat & Keturunan,Sesungguhnya Engkau Sebaik2 Yang Mewarisi.
6. Al Waris(3x)

Siapa yang berusaha TTC tu.. boleh la try mana2 yang kat atas ni, InshaAllah dengan izin Allah... Sharing is caring... Tak lupa thanks yg comment post kat bawah ni. Sayang sheila and nadia radzif... muehehehe.. penguat semangat...



Love, see you in next post,
Hannah Sytieh





© Hannah Sytieh | Design By MH