Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Wednesday, December 30, 2015

Tips jaga kecantikan ketika hamil


Hi Assalammualaikum




Tiba2 rajin kan update blog. Alang2 akhir tahun ni tak banyak kerja so rajin la sikit nak update blog. Just nak tulis info2 first trimester and tips2 kekal cantik even pregnant. Tak nak ada stretch mark pada kulit time mengandung. Kulit nak pakai lama weyh, suami pun kadang2 tatap kan. Kalau ade stretch mark agak malu la sikit kan. Huhu~


First trimester (tiga bulan pertama)


Zaman ni orang kata dan ahli perubatan kata agak kritikal bagi org yg mula2 mengandung dan jenis badan kurang ketahanan. Risiko dan kondisi tubuh pada peringkat ni dan perkara yang perlu diambil perhatian:

* simptom seperti mual, loya dan 'kemengantukan' yang bertambah pada peringkat ini

* keguguran mudah berlaku pada peringkat ini seandainya berlaku hentakan yang kuat,dab faktor rahim kurang kuat....Hmmm..ada orang kata takleh makan nenas, ade kawan tu dia makan buah peach sekilo, pastu gugur, sebab buah peach tu kulit dia tajam..orang tua2 kata jangan makan menda2 keras..dimaksudkan makan di sini pada ijtihad hana jangan makan berlebihan, dan rasanya makan nenas seulas dua, atau durian tu takde masalah...




* perubahan fizikal tubuh tidak terlalu ketara. Cuma, elakkan dari mengangkat benda terlalu berat dan untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti mual dan muntah pada waktu pagi, elakkan 'melompat' dari katil selepas bangun tidur pagi...bangun tidur, relax2 dulu baca doa bangun tidur, buat senaman stretch sket baru bangun dari katil...

*petua doktor sebelum mengandung dan bulan2 pertama mengandung amalkan asid folic untuk pertumbuhan otak bayi dan juga untuk tubuh ibu

*sesetengah ibu juga sudah mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah , so, kerapkan gosok gigi dan JANGAN sekali2 gosok2 menggunakan berus gigi hard, lebih baik guna soft...banyakkan makan sayur, buah dan yogurt..

*keadaan bayi, ye bayi boleh di ultra scanningkan masuk minggu ke-12 dan insha Allah buleh diketahui jantinanya pada minggu ke-16, tetapi bergantung bagaimana baby itu berada, menelentang ke kanan atau ke kiri. dan adalah satu perkara normal uri berada di bawah pada peringkat ini, dan ia akan berada di atas selepas bulan2 pertama..tetapi awas!! seandainya uri berkekalan berada di bawah, pembedahan kemungkinan besar akan dilakukan kerana uri menghalang bayi untuk keluar dan menyebabkan pendarahan yang boleh membawa kematian.....




Nak kasi sedikit tips berdasarkan pengalaman kakak2 and kawan2 yg mengandung lepas2. Tips kecantikan untuk mengekalkan kecantikan kulit pada sekitar perut, breast, punggung dan sewaktunya. Eloklah diamalkan pakai minyak zaitun di anggota badan kita sejak awal lagi.. supaya kulit tak pecah & merekah kelak... Jadi jika kita amalkan sejak awal pakai minyak zaitun ni, insyaAllah kulit kita akan kembali cantik seperti sebelum pregnant (spt anak dara kot) dan biasanya ibu-ibu akan mengalami nipple pecah2 dan luka sekiranya kita amalkan pakai minyak zaitun sebelum bersalin, mengurangkan & menghindarkan perkara tersebut. Tapi selepas bersalin, jgn pula pakai minyak zaitun pada breast. Jaga breast kita dgn bersihkan menggunakan air suam sudah memadai. Sekiranya luka, sapukan gamat.




Lagi satu olive oil ni sesuai untuk rambut yang pecah2 di hujung, tapi ia panas untuk kulit kepala, merangsang keguguran rambut. Makna kata, kalau nak sapu, sapu kat hujung rambut, kat kulit kepala elok sapu minyak kelapa dan yg paling baik buat minyak kelapa sendiri..tapi baunya boleh tahan.


Dan citer2 pasal rambut ni kan kengkawan, masa kita pregnant nilah kita akan mendapat rambut yg shining, macam supermodel, hitam dan lebat Insha Allah....masalah kelemumur kebiasaannya akan menghilang.. tapi hehehe awas....rambut puan2 akan kembali seperti biasa selepas bersalin, yg lebat2 tu akan gugur slps kelahiran anak anda yg comel..tulah kan, subhanallah Allah itu Maha Adil, masa kita sakit2 mengandung, Allah beri dan tambah nikmat kecantikan, tapi bila dah dapat nikmat anak, Allah tarik balik nikmat tuh....istifadahnya kita tak bule nak riak dgn kecantikan yg kita ada, sebab ALLAH ITU MAHA ADIL.......


Hari tuh ada dengar dalam IKIM.FM. Ceramah pendek dar Dr Fadhilah Kamsah. Dia ader kata yang makan hati and benda2 darah merah ni tak elok... Nanti keras hati, degil dan kuat melawan. And I think that applies to all. Bukan untuk ibu mengandung jer...




Makan makanan yg seimbang , kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

Jaga tingkah laku,jaga amalan. Pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah.  Mengucapkan kata-kata yang baik selalu.  Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.




Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam. Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti.  Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu.  Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.


Jaga pantang larang . Berpantang makan yang berbisa dan tajam.  Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan.  Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing.  Pernah dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan. Jangan aniaya binatang.




Elakkan tekanan. Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak dengan tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban.  Sama-sama soleh dan solehah. Insya Allah.




Yang terakhir, koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan. InsyaAllah. Disini, “Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)”, “Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )”, “Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)”, “Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”, “Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”, “Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”, “Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)”, “Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)”, “ Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)”, “Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”, “Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.

Lots of love,
Hannah sytieh




Beauty with mary kay


Hi Assalammualaikum



Macam mana nak istiqamah jaga kesihatan kulit. Apa yang penting kita gunakan produk yg terjamin keselamatan dia, after godek2 bertahun tahun fikir. Haha. Tiba2 terase nak ambik set MARY KAY. BEAUTY WITH MARY KAY.







Then terasa la nak ambik Set Time Wise. Ada khusus utk 2 jenis kulit. Kulit berminyak & kering. So kena tau jenis kulit muka kita. Sbb bukan 1 produk utk semua jenis kulit. Set produk ni sesuai utk pelajar atau sesiapa yg xde masa nk jaga muka sangat. *2 botol yang kecik tu adalah tambahan. Ianya adalah Day & Night Solution. Krim tambahan yang digunakan pada waktu siang dengan pelindungan SPF25. Untuk Night Solution adalah lebih kpd rawatan (treatment) pada kulit dalam masa kita tidur atau berehat diwaktu malam.





Yela asyik terkena dengan chemical product je. Baik guna yang betul2 jamin keselamatan dia.


Hana ambik set ni . SET TIMEWISE MIRACLE.





All time favourite.
1.      Timewise 3-in-1 Cleanser
2.      Timewise Age-Fighting Moisturiser
3.      Timewise Day Solution Suncreen SPF25
4.      Timewise Night solution


Dengan 4 ni je cukup untuk kulit still nampak berseri bila tak makeup. Mineral based and sesuai untuk kulit sensitif / kering / berminyak.






Yang ade masalah kat bawah ni boleh try :

1.      Jerawat sangat banyak
2.      Kulit terlalu kering/berminyak
3.      Oily dekat T-ZONE
4.      Liang pori besar
5.      Banyak whitehead/blackhead
6.      Muka gelap kesan sunburn
7.      Pudarkan jeragat
8.      Kulit rosak salah pakai local product
9.      Nak pencerahan semulajadi


Siapa ada masalah2 di atas boleh la try pakai MARY KAY ni. Setiap satu item mary kay ada fungsi spesifik untuk masalah dan kehendak kulit korang. Penting untuk korang tau fungsi2nya ok. Jang lupe mintak consultant korang tu consult betul2 sebelum pakai J





Hana punya feedback . Memang best and kulit smooth je. No need makeup tebal2 and fresh je muke. Best! Jerawat ? memang nan hado. Tak pernah pulak tumbuh sekarang. Good effect J love marykay J







Regards, Hana





Tuesday, December 29, 2015

Apa itu Salindah ?


Hi Assalammualaikum




Lama tak berblog. Haha. Malas ke busy. Yang pasti busy. Huhu. Dari dulu suke bace blog irene nadia. And selalu bace noted2 penting bile mengandung nanti. Kikiki. Plan tu penting. Selalu terbace irene cakap dia ambik salindah. Urm. Lepastu terus google. Memang banyk point bagus2 pun kalau kita ambik salindah ni time mengandung. SALINDAH ni merupakan makanan kesihatan (supplement) dan rawatan bagi ibu hamil hingga selepas bersalin (habis pantang). Ianya dihasilkan mengikut kaedah perubatan HOMEOPATI, BIOKIMIA DAN HERBALISME. Formulanya dikeluarkan oleh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Haji Ismail dan mula diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980 lagi. So, try la search instagram, jumpa.. instagram : @salindah.examo




Year end sale untuk tahun ni only
* Set Semasa Hamil  = RM 200.00 including postage
* Set Selepas Bersalin  = RM 210.00 inclding postage
* Set Lengkap (Semasa & Selepas Bersalin) = RM 340 including postage


SALINDAH ni start makan masa kandungan berusia 3 bulan/12 weeks or can say when you reach  2nd trimester..


Kelebihan Salindah


 (1) B1 (336 biji)
- Masa Penggunaan : Mulai 12 minggu hamil
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil,mengurangkan muntah, loya , alahan , membantu tumbesaran tian , mencegah batuk , selesema , sejuk , sakit kepala , sakit gigi , dan lain lain. B1 juga akan menghindarkan kesan jatuh atau rebah disamping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah simpul biawak. Merangsang tumbesaran zigot dan mengurangkan keletihan. 







(2) B2 (120biji)
- Masa penggunaan : Mulai 24 minggu hamil
Membekalkan  zat untuk tumbesaran tian,menguatkan tulang dan membina otak tian,disamping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah  serangan sejuk dan sakit gigi osteoporosis. Mencegah osteoporosis.





(3) B3 (336biji)
-Masa penggunaan : Mulai 28 minggu hamil
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.


(4) B4 (30biji)
-Masa pengunaan : Sebulan sebelum dijangka bersalin
Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.


(5) B5 (84biji)
Masa penggunaan : 2minggu sebelum dijangka bersalin
Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.


(6) B6  (30biji)
Masa pengunaan : (Seminggu sebelum dijangka bersalin)
Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.




Catatan:
Kalau bayi dalam kandungan songsang, bolehlah minta bidan betulkan. Tapi kalau masih juga berpusing songsang, jangan diganggu lagi, takut nanti tali pusat berpintal pada leher dan anggota bayi. Insya Allah, bila sampai waktu bersalin, bayi akan berpusing betul, kesan daripada remedi item B6.



Antara testimoni salindah  :-


Puan Tini, Terengganu
Sekarang saya pregnant anak sulong dan kandungan saya 38minggu. Lagi 2minggu saya akan melahirkan anak ini. Alhamdullilah sepanjang tempoh saya mengandung ini, saya tidak mengalami sebarang masalah. saya makan salindah dari B1-B5 sekarang in.. produk ini amat bagus.


Puan Norazilah, Johor
Pada tahun 2007 saya telah melahirkan anak SALINDAH saya dan kini berusia 3 tahun lebih, anak saya sangat petah bercakap, senang faham dan yang paling menggembirakan saya dia telah menghafal kebanyakan surah-surah lazim, ayat kursi dan sebahagian surah yasin. Kecerdasan otak dan iq sungguh membanggakan. Walau bagaimanapun kita tidak boleh bergantung harap kepada SALINDAH sahaja, sewaktu hamil saya mengamalkan membaca al-quran dan setiap malam saya membaca surah yassin dan setiap ayat yang akhirnya ada perkatan 'mubin' saya akan berdoa untuk bayi dalam kandungan. Kepada ibu-ibu dan bakal ibu berdoalah dan mohonlah kepada ALLAH dengan apa cara sekalipun kerana doa ibu paling mustajab untuk anak.


Puan Faridah, Kedah
anak sulong sy x gunakan salindah..... proses bersalin teramat lama dan sakit start bukaan 3. anak kedua sy guna salindah dan ianya berbeza sgt, bukaan 6 pun blum rs sakit, bila sakit meneran ja cepat proses tu. skrang dah 7 bln ngandung anak ke tiga... sy trus gunakan salindah....insyaallah hrp dipermudahkan proses bersalin nnt.


Puan Anna, Labuan
Saya telah mencuba produk ini ketika mengandungkan anak yang ke tiga. Perbezaan yang ketara pada anak saya berbanding pertama dan kedua.. tahap iq nya sangat memberangsangkan. Malah anak saya yang ketiga ini amat petah bercakap seawal usia 2 tahun. Kini anak saya berusia lima tahun, dan dia telah mendapat keputusan yang agak baik di sekolah tadika dengan mendapat tempat ke dua di dalam kelas. Tahun ini dia bercita2 ingin mendapat tempat pertama, Insya Allah... mudahan kecerdikannya kekal hingga dewasa kelak...




Puan Salmah, Sarawak
Saya melahirkan anak sulung pada 31 Januari 2011 yang lalu, dan sekarang alhamdulilah telah selamat menempuh tempoh berpantang selama 40 hari.Hatta, pada saat menulis testimoni ini, saya masih makan L12 (produk salindah). Sepanjang tempoh mengandung, saya tidak mengalami sebarang alahan sehinggalah saat hendak melahirkan anak. Kesakitan selama setengah hari yang dilalui semasa di hospital dihadapi dengan tenang. Selepas setengah jam keluar dari bilik bersalin, saya boleh bergerak dan masih kekal cergas. Saya sendiri tidak mempercayai apa yang saya lalui ini kerana rata-rata kawan yang selalu dikunjungi di wad bersalin selalu kepenatan sehingga mereka perlu tidur 3-4 jam selepas bersalin. Saya sarankan ibu-ibu yang mengandung, ambillah salindah untuk kebaikan anda dan bayi anda. Saya sudah rasai kehebatan produk ini. Terima kasih salindah!


Mommy ayu
Kalo kak leya rase sesuai dan selesa gunekan salindah ni, y not troskan je. Ayu gune dari 1st pregnancy n Alhamdulillah, kedua2 anak ayu resultnye same mcm kak leya ckp...mata mereka ni tajam tau kak leya. bukan tu je, mata mereka cantik n bersinar, xsame dgn baby biase. tulang mereka kuat, aktif sgt.


Zihan
Salindah is good according to few friends of mine..and their kids are all active..active in a good way of course..hehe tapi i tak penah cuba lagi..mungkin on my next pregnancy kot..tapi tak guna salindah pon my kids are all very2 the hyperactive.



Atas ni set lepas bersalin :)


Pst : Saje try seach2 dulu. Mane tau tergerak hati nanti nak ambik. inshaALLAH :)


Regards Hannah Sytieh :)






Wednesday, October 21, 2015

Pertandingan Ratu Cantik Miss Korea 2013 Dipenuhi Oleh ‘Ratu Plastic Surgery’ (10 gambar)


Finalis Miss Korea 2013 yang sedang heboh diberitakan menuai kontroversi ketika semua wajah para finalis hampir kelihatan sama antara satu sama lain. Bukanlah suatu rahsia jika Korea Selatan adalah negara terbesar dunia yang mana warganya melakukan pembedahan plastik. Korea Selatan juga dinobatkan sebagai negara yang paling canggih dalam teknologi pembedahan plastik.




Obsesi untuk tampil cantik adalah impian semua wanita, di Korea Selatan, melakukan pembedahan plastik bukanlah hal yang taboo dan dilarang. Sudah sering kita dengar bahawa kebanyakan wanita melakukan pembedahan plastik pada umur paling minimum yang dibenarkan oleh kerajaan Korea Selatan.

Hal ini semakin jelas ketika pertandingan Miss Korea 2013 yang menampilkan foto wajah para finalis yang diupload ke Reddit. Semuanya terlihat sama dan ini menimbulkan pertanyaan dan perdebatan dari warganya sendiri.




Mereka kelihatan mirip bukan?

Post ini dilihat lebih dari 3000 orang dan mereka berdebat tentang apa gunanya melakukan pembedahan plastik. HotBrownie pengguna Reddit mengatakan, “Ini disebut wajah pembedahan plastik di Korea Selatanl. Jika anda pergi ke Seoul, anda seperti melihat banyak saudara kandung yang mirip. Jika mereka tidak melakukan pembedahan, wajah mereka akan sangat mudah sekali untuk dibezakan.”



Bukankah mereka kelihatan seperti adik beradik?


Bentuk muka dan warna rambut hampir sama


Warna kulit, bentuk mata dan lainnya terlihat sama
Kim Yu-Mi, pemenang Miss Korea tahun lalu pernah mengakui bahawa dia pernah melakukan pembedahan plastik dan mendedahkan dengan jelas bagaimana dia melakukannya.


Kim Yu-Mi


Khtar Amir





© Hannah Sytieh | Design By MH