Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me
Showing posts with label Tips Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Tips Pregnant. Show all posts

Saturday, August 6, 2016

Cara taknak overdue, cepatkan bersalin, mudahkan bersalin, cepatkan bukaan rahim


Assalamualaikum





Alahai seramnye kite, hahaha. Sebab lagi 5 hari je da tarikh due. 10/8/2016. Haihh, tak beranak-ranak lagi si hana nih kan. Haa tu lah selalu orang tanya bila jumpa aku. Huwaaaarrghhh, penat mak nak jawab tau. haha. So far, sekarang ni memang monitor pergerakan baby je. Alhamdulillah baby punya pergerakan cukup yang sepatutnya and agak aktif  malam-malam.. Yang tu buat aku lega lah sikit, tau dia aktif kan. Yelahhh, bila dah sampai masanya tu, macam-macam kemungkinan boleh terjadi dan harap semua tu tak berlaku.  Penat da tau mengoggle. Sampai husband cakap, berkawan dengan goggle minah ni.










Aku try lah jugak yang natural inducer tu, pastu try lah jugak banyakkan senaman itik dan mencangkung, banyakkan berjalan tawaf shopping mall, bercakap dengan baby pujuk2, buat air milo panas-panas campur dengan 2-3 sudu marjerin . gile tak sedap rase die. Hahahaha.


Kenapa? Bahaya ke overdue pregnancy ni?

  • Tak menjadi masalah sebenarnya kalau terlebih daripada due date dalam beberapa hari. So jangan risau kalau baru terlebih sehari dua. Sebab kalau setakat few days past due date ni doktor takkan offer induce.

  • Tapi, in case kalau dah post mature beberapa minggu atau lebih daripada 42 minggu, mungkin akan bagi sedikit risiko kepada baby. Sebab kita takut baby meninggal tanpa dijangka.

  • Kematian boleh terjadi kalau lebih 42 minggu sebab plasenta kita takkan berfungsi macam biasa. Plasenta akan dianggap tua dan mungkin oksigen dan bekalan nutrisi takkan sampai pada baby dengan cukup. Placental failure la kiranya ni.

  • Mungkin jugak nanti baby akan mengalami masalah pernafasan sebab oksigen supply berkurangan. Perkembangan baby pon akan berhenti atau perlahan sebab baby dah takde ruang yg cukup untuk membesar dalam perut kita. Kadang2 jumlah air ketuban dalam sarung ketuban akan berkurangan, maka jangkitan kuman pon boleh berlaku tanpa kita sendiri sedar. Akibatnya, heartbeat baby mungkin akan kurang dan baby mungkin akan tertelan najis sendiri.


Kenapa Kehamilan Overdue Terjadi?

Takde punca spesifik yg menyebabkan terjadinya kehamilan overdue ni sebenarnya. Tapi, kehamilan overdue ni boleh terjadi kalau :

·         Pernah mengalami kehamilan overdue sebelum ini
·         Ada keturunan yg melahirkan anak lebih daripada due date
·         Kita sendiri dilahirkan lebih daripada due date
·         Kita ada mengambil pil perancang sebelum disahkan hamil
·         Kita tak ingat tarikh period
·         Period yg tak teratur


Ni antara cara2 taknak overdue

Berjalan : Berjalan masa pregnant ni boleh membantu mempercepatkan proses kelahiran. Bila kita berjalan, maka kepala baby akan turun ke pelvis kita. Bila ada tekanan pada pelvis maka ianya akan bagi tekanan pada serviks kita untuk bersiap sedia untuk melahirkan. Dengan berjalan dapat membantu mengakibatkan kontraksi berlaku dengan lebih kerap. Bila berjalan, pergerakan kita dengan adanya graviti akan membantu bayi berada di posisi pelahiran.. Tapi jangan memaksa diri berjalan hingga membuatkan badan menjadi letih. Simpan sedikit tenaga ibu. Sebab itu juga ibu-ibu yang di wad bersalin disuruh banyak berjalan sementara nak masuk labour room kan. Cuma janganlah berjalan sampai kita takde tenaga pulak nak bersalin nanti. Kena ada tenaga yg cukup untuk teran baby keluar. So jalan dan kemudian duduk bila penat ok.
Seks di akhir kehamilan : Ini kerana bila bersama, orgasma si isteri boleh merangsang labour. Cuma jangan lakukan ini jika ketuban sudah pecah kerana ia mungkin boleh mengundang jangkitan pula. Kekerapan melakukan hubungan seks di akhir-akhir kehamilan dapat membantu ibu mempercepatkan kelahiran. Katanya sperma ni mengandungi prostaglandins - hormon yg membolehkan serviks kita dilate dan terbuka dengan mudah. Lepas tu pulak, bila kita capai orgasm, hormon oxytocin akan dilepaskan. Bila hormon oxytocin dilepaskan, kita akan mula rasa contraction. Wallahu A'lam. Tapi tak salah mencuba sebab dari pembacaan, memang majoritinya kata begitu la. Hehe.


Rangsang payudara anda : Merangsang puting payudara boleh mencetuskan penghasilan hormon oksitoxin yang mana boleh mencetuskan kontraksi. Kan kita digalakkan untuk stimulate puting untuk bersiap sedia bagi sesi penyusuan nanti? So katanya massage puting boleh menyebabkan hormon oxytocin dirembeskan. Sama macam menyusukan anak la. Kan ada yg cakap menyusu anak masa mengandung tak digalakkan sebab takut jadi contraction lepas hormon oxytocin dirembeskan. Dan ada yg cakap kalau dok lama sangat massage boleh menyebabkan contraction yg kuat yg boleh menyebabkan degupan jantung baby jadi lemah. Follow your own body. Buat setiap hari sekurang-kurangnya 5 minit.
Evening Primrose Oil : Di barat, ramai midwives yg cadangkan EPO ni sebabnya EPO boleh menyebabkan bukaan serviks dan boleh induce kita bersalin secara semulajadi. Boleh ambil dalam bentuk kalpsu atau sapukan minyak tersebut pada serviks di minggu terakhir kehamilan. Ada jugak yg cakap boleh masukkan kapsul tersebut ke dalam vagina. TAPI. Tolongla consult dengan doktor dulu. Jangan pepandai je ye. Wanita hamil yg ada masalah placenta previa ataupon uri dalam keadaan rendah memang tak boleh ambil EPO ni. Take note ye. Takde kajian yg mengatakan kalau ambil EPO ni selamat. Sebab tu referla kepada yg pakar.
Castor Oil : Aku tak pasti castor oil ni dalam bahasa melayu apa. Tapi katanya minyak jarak. Sejenis minyak sayuran. Bila kita consume minyak jarak ni, akan stimulate kita punya usus dan dalam masa yg sama akan menyebabkan contraction bermula. Bagi mereka yg takde 'show' pon yg diorang nak bersalin, pengambilan minyak jarak ni boleh menyebabkan cirit birit. Hehe. Pulak. Bottom line nye tetap sama. Consult lah dengan doktor yg rawat kita. =)
Makan makanan pedas : Wow. Ni mak buyung suka. Sebab memang jenis suka makan pedas. Kih kih. Ada yg percaya kalau kita makan makanan yg pedas, sama macam minyak jarak akan menyebabkan usus kita terangsang dan akibatnya berlakulah contraction. Of coz la takde bukti yg mengatakan makanan pedas adalah inducer bersalin secara natural. Tapi kalau kita jenis boleh makan pedas, apa la salahnya mencuba kan? Dan ingat satu benda je. Jangan makan pedas banyak sangat. Nanti heartburn. Hehe.
Akupuntur : Seni perubatan dengan cara memasukkan jarum halus pada bahagian badan tertentu dikatakan boleh stimulate aktiviti di dalam rahim. Orang cina biasa la dengan akupuntur ni kan. Mengikut testimoni ramai ibu yg hamil, dikatakan akupuntur ni memang cara semulajadi untuk induce kelahiran. Tapi ada juga yg berpendapat kalau la baby tu tak bersedia nak keluar, buatlah akupuntur macam mana sekali pon, takde maknanya dia nak keluar. Hehe.
Acupressure : Pernah dengar tak? Yg ni lebih kurang macam akupuntur cuma tekanan yg diberikan pada point2 pada badan tu tak menggunakan jarum halus. Sebaliknya hanya menggunakan jari. Macam urut tapi bukan urut. Rasionalnya, dengan meletakkan tekanan pada certain points pada badan boleh stimulate aktiviti dalam rahim, sama macam akupuntur. Dan dikatakan ada 2 points yg boleh induce kelahiran secara semulajadi. Pada ruang antara ibu jari dengan jari telunjuk & pada bahagian kaki dalam 4 jari di atas pergelangan kaki. Wallahu A'lam
Urutan : Ada kajian menunjukkan massage ni boleh meningkatkan tahap hormon oxytocin dalam badan. Oxytocin lagi kan? Oxytocin ni hormon selesa dan gembira. Bila kita rasa gembira la hormon ni dirembeskan. So bila kita massage mestila kita selesa kan? Sebab tu la dikatakan banyak contraction bermula pada waktu malam, waktu kita tido dengan suami sebab kita rasa selesa. Saya takut nak berurut masa pregnant ni. Takpela. Tahan la sket. Nanti lepas bersalin boleh la berurut. Bestnya! 



VCO virgin coconut oil : vco boleh diminum seawal 32 minggu satu sudu pagi dan satu sudu malam bagi mendapatkan kulit yg lebih anjal..gunakan vco untuk membuat urutan perineum bagi mengelakkan koyakan pada perineum dan membantu pembukaan serviks dengan lebih effectif...


Makan kurma : Bahan yang mudah didapati. Kajian yang dijalankan mendapati wanita hamil yang makan 6 biji kurma sehari selama 4 minggu sebelum kelahiran mempercepatkan proses bersalin. 96% dari wanita yang makan kurma juga boleh melahirkan secara spontan berbanding  mereka yang tidak makan kurma.


Banyakkan doa : dekatkan diri dengan Allah.  Hey, nyawa di hujung tanduk tu.. Kita x tau kan, ke mana kita selepas urusan bersalin.


Air selusuh dari suami sendiri.  : Mine, husband hanya bacakan surah maryam, yassin n 40x al fatihah.



Bersenam : Senaman contoh ketuk ketampi, sbb nak bagi baby turun, n bukaan kat bawah tu cepat buka.  Sway your hip, caranya berdiri tepi katil, pegang katil, n sway ur hip.  Bounce atas bola besar.  Kalau xde bola, can bounce kat tepi katil. Jalan itik, berjalan sekeliling rumah or shopping complex, dll.



Buat kerja rumah : tunduk bangun kutip baju also can induce contractions. Tapi bukan dengan cara membongkok.. nak kutip tu buat cara duduk squat..




Jangan lupa doa Nabi Yunus..kalau boleh,dari mula rasa sakit nak bersalin sampai bersalin.. korang baca ni..







“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". 
(Surah Al-Anbiya': ayat 87)


Untuk cepatkan proses bersalin pula..berbaringlah sebelah kiri..ia boleh mempercepatkan bukaan os..amalkan teknik pernafasan yang betul semasa sakit contraction datang..

Walau apapun caranya..segalanya dalam kuasa Allah..susah ke,senang ke..semua bergantung kepadaNya. Jangan risau... kita ada bahagian masing-masing.. :)



Thanks singgah,
Hannah sytieh





Thursday, February 11, 2016

Panduan bukak buku pink klinik kesihatan Au2



Assalamualaikum






Mungkin bagi ibu-ibu yang baru hamil anak pertama tertanya-tanya dan confuse bila sepatutnya nak bukak buku pink atau buku kesihatan ibu mengandung tu. Ada sesetengah pendapat yang kata tak payah terlalu awal nanti kena berulang ke klinik banyak kali sangat dan jadi remeh bila nurse pantau setiap kali kita terlewat ke klinik.


Nasihat dan pendapat aku nak bukak buku pink jangan lewat sangat. Dalam usia kandungan dua bulan pun dah boleh buat buku. Macam aku ni ingatkan dah 10 minggu nak pegi buat tapi 3 bulan baru dapat buat sebab kekangan masa plus pergi sorang2 pun.


Actly time nak buat buku pink terfikir fikir nak pergi swasta ke kerajaan. Tapi swasta mana ada buku pink. Kerajaan je yg ade. So, fikir2.. Ambik la dulu numbe kilinik terdekat. Walau macam mane sekalipun korang kene kol dulu klinik utk buat buku pink. Hari ape yg tak penuh and bg tau alamat rumah korang siap2. Takut luar kawasan. Macam aku duduk au3 keramat so bolehla datang buat buku pink and checkup kat klnik au2. Plus die siap bg tau tarikh and pukul berape. Aku kene datang 26/12/2015, 2pm. Senang keje sikit. Xdela melangok dtg pagi2 beratur. Huhu.



Kenapa tak boleh lewat sangat bukak buku pink?


Sebab setiap orang punya sejarah kesihatan yang berbeza. Semua orang tak sama kondisi kandungannya. Bagi yang takde masalah takpe la kan. Tapi kita sendiri tak tau dan tak boleh menilai dengan mata kasar macam mana kondisi kesihatan kita. Benda dalam perut dan dalam badan nie boleh ke nak tau keadaan dia macam mana kalau bukan pihak klinik sendiri yang buat ujian?

Contoh kalau buat ujian darah tetibe baru korang tau kekurangan darah. Yang kalau tak dipantau akan bahayakan baby dalam kandungan. Cuba kalau lagi lambat bukak buku mesti lagi lambat tau dan lagi lambat la masalah nie nak settel dan macam mana dengan keadaan anak kat dalam tu? Doktar pakar tu sendiri sahkan kena scan awal untuk tau keadaan rahim dan kantung bayi selamat atau tidak untuk bayi. Kalau ada masalah boleh la masalah tu diselesaikan seawalnya kan.


Waktu yang sesuai untuk bukak buku pink


Puas tanye kat group2 whatssap waktu sesuai bukak buku pink. Rate2 jawab 10 minggu. Tapi aku bukak time 12 minggu. Dah 3 bulan baru pergi bukak buku pink. Boleh je kalau korang nak pergi swasta dulu confirm pregnancy. Tak pergi pun takpe kalau korang yakin korang mengandung.

Aku pergi swasta dulu. Doc akan tanye hari pertama period terakhir korang. Jangan pernah lupe tarik 1st day period korang k. Sebab tarikh tu penting untuk kire berape weeks korang pregnant.

Macam mana nak kire berape weeks. Ala senang je nak kira. Macam ni. Amik hari pertama period terakhir korang. Lepas tu kira lah.


Contohnya;

Tarikh check upt: 14/12/2015
Hari pertama period terakhir korang : 03/11/2015

So, kira dari hari pertama period terakhir korang tu sampai lah tarikh harini. Bermakna kandungan korang dah 6 minggu. Paham tak?

Sebab apa suggest pergi klinik time kandungan dah 10 minggu. Sebab memang nurse cakap macam tu pun haritu. Kalau pergi awal sangat jenuh korang nak kena ulang-alik pergi klinik. Bukan apa, leceh sikit. Setiap kali pergi kena amik darah, air kencing. Tunggu orang ramai. Ada baca pengalaman blogger-blogger lain, siap kena marah pergi klinik awal sangat. Gittew. Melainkan korang pergi klinik swasta dulu untuk check dan sahkan yang korang betul-betul mengandung.



Apa yang perlu dibawa untuk bukak buku pink/buku rekod ibu mengandung


Benda pertama untuk first mommy yang nak bukak buku pink ni. Bawak ic je kot. tak perlu bagi salinan ic atau salinan sijil nikah pun.Sebab die just mintak ic je kat aku. Sebelum aku buat aku pun ada la google, macam-macam yang dia senarai. Tapi masa aku buat. Tak perlu pun soft copy ic ke kad kawen ke. No need.  Then bila dipanggil nurse tu akan tulis kan semua tempat kosong kat buku pink tu. Naseb la bawak kad kawen. Tunjuk kat dia and die je akan tuliskan ikut ape yg tentera kat kawen tu.

Prosedur lain yang  biasanya akan dibuat untuk ibu-ibu yang pertama kali nak bukak buku pink ni antara lainnya.

- Ujian air kencing

- Ujian darah

- Interview dengan nurse sikit. Ini nurse akan tanya banyak jugak. Sebab dia nak kena isi details kat buku kita. Amik masa sikit sebab dia kena isi details di dua buku satu buku untuk simpanan ibu, satu untuk simpanan dan rekod klinik. Nurse juga akan tanya pasal latar belakang kita dan suami. Sejarah penyakit dalam keluarga macam kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Macam-macam jugak lah soalannya.

- check breast. Ini check sungguh ok! Sila tunjuk payudara kepada nurse anda. Hehe. Dia akan check sebab nak pastikan adakah breast kita sesuai untuk penyusuan bayi atau tak. Nipple timbul ke tenggelam camtu. Nurse aku tu just ckp, kite nak cek sikit je, jgn la malu. Hahahaha.

- nurse akan suruh masuk dalam satu bilik kain, dia akan tekan-tekan perot nak ukur besar janin. Time 12 minggu, nurse cakap tak rasa lagi. Rasa macam ketul je. Sebab kecik kan.


Apa nak buat dengan buku pink tu?


Ok ibu-ibu, buku pink tu korang kena simpan bebaik taw. Setiap kali checkup kena bawak. Sebab kat situ lah semua rekod kesihatan ibu dan anak akan direkodkan. Macam berat ibu, panjang anak, keputusan ujian darah, keputusan ujian air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor dan macam-macam lagi.

Kalau ikutkan, checkup akan diadakan setiap bulan. Maksudnya sebulan sekali. Tapi kalau korang ada masalah macam hb rendah, diebetis gestasi (kencing manis ketika hamil), darah tinggi. Checkup akan jadi 2 minggu sekali. Letih kan! Hihi.

Kalau boleh, korang nak pergi travel jauh-jauh pun bawak lah buku tu. Supaya kalau ada apa-apa terjadi, korang boleh refer ke klinik/hospital berdekatan dengan buku pink tu.


Kenapa pilih checkup di klinik kerajaan


Kadang-kadang, ada orang suka pandang rendah checkup kat klinik kerajaan. Entah kenapa. Bagi aku, checkup kat klinik kerajaan sangat detail. Orang selalu komplen cakap nurse di klinik kerajaan garang lah, suka marah-marah lah. Itu lah inilah. Biasa lah tu. Cuba bayangkan dalam sehari berapa ratus orang dia nak kena entertain dengan peel yang berbagai. Tapi setakat ni semua nurse di klinik kesihatan au2 ni, tak pernah marah-marah, buat muka dan sebagainya. Semua baik dan murah dengan senyuman. Cakap pun lembut saje. Nasihat memang banyak dorang bagi. Macam aku pergi kat au2 tu semua nurse ok2. Boleh bawak gurau lagi.


Cumanya, di klinik kerajaan ni. Korang cuma dapat scan 2d baby dalam 3-4 kali saja sepanjang 9 bulan tu. Sebab bukan setiap kali checkup doktor akan scan baby. Doktor cuma akan scan pada kali pertama kita buat buku pink, pada minggu ke 18 dan minggu ke 28. Kalau nak selalu tengok baby boleh lah scan di klinik swasta. Buat 4d scan kan.


Ubat apa yang klinik akan bekalkan


Biasanya, bila pergi klinik kerajaan, farmasi akan bekalkan ibu mengandung dengan ubat yang perlu mcm folic acid, iron tablet, obimin. Tapi aku dapat obimin je. Die kate semua cantik, test darah hb semua cantik. Ermm, ok nurse.


Done and next appointment

Next appointment, sebab tak sempat buat pada hari yg same. Seminggu kemudian. Ini part paling best! Bila dah setel semua diatas kan, kita kan jumpa doktor. Doktor akan scan perot. Dan buat kali pertama nya, kita akan nampak seketul daging/fetus! Allahuakbar. Perasaan yang sangat indah bila kita taw dalam badan kita ada satu nyawa lain. SubhanaAllah. Next appoitment pun done! Dah tgok da baby dalam perut. Jelas da semua anggota badn die. Omel angat. Next appointment 3 mggu lg. Yuhhuuuuuuuuuuu ..


Thanks singgah,
Hannah sytieh




Wednesday, February 10, 2016

SURAH YANG ELOK DIAMALKAN KETIKA PREGNANT



Hi Assalammualaikum. 




Happy chinese new year. Alang2 xde kerje ni meh update blog. Lagi 2 minggu je kerje lepas tu boleh active and tumpukan kat business 100 percent. Yahoooo.... semoga dipermudahkan.. ameennnn..

Mood harini letih.. sebab berkampung kat kuala kubu 4 hari . letih yg amat masuk office harini.. tapi jomla bace surah yg elok diamalkan time pregnant.

Time pregnant, selain daripada pemakanan yang sihat untuk si kecil tersayang...kita juga perlu mengamalkan pemakanan rohaniah...apa itu pemakanan rohaniah. Mcm utk dalaman kite la.

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian. Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.


Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.


Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)


Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung :

Mengamalkan solat wajib dan sunat
Mengamalkan zikir
Membaca al-Quran
Mendengar muzik yang tenang
Membaca buku-buku ilmiah
Berbual dengan anak dalam kandungan
Menjaga adab dan emosi
Tidak tertekan atau stress
Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)
Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar



IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR


  1. Negatif Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran
  2. Positif Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut
  3. Negatif Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak
  4. Positif Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah
  5. Negatif Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat
  6. Positif Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak
  7. Positif Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan



So, apa yang kite buat time pregnant serbe sedikit akan tempias kat anak kita. Doa wanita hamil antara doa yang mustajab & inshaaAllah akan diperkenankan oleh Allah swt. Jadi sebagai wanita, kita sepatutnya rasa sangat bangga kerana Allah meletakkan martabat wanita sangat tinggi. Itu menunjukkan Allah sangat sayangkan kita kan.


Jadi, seharusnya kita mengambil peluang sebanyak yang mungkin untuk berdoa, memohon ampun ketika kita hamil. Mintalah apa sahaja yang baik-baik kerana Allah Maha Penyayang. Dia sangat suka mendengar hamba-hambaNya merayu, merintih memohon doa daripadaNya. Jika manusia, tentu bosan kerana kita asyik meminta. Namun Allah swt, nikmat yang diberikan kepada kita terlalu luas.


Oleh itu, letaklah matlamat sepanjang sembilan bulan kita hamil, janganlah kita asyik melayan emosi malas, penat dan moody. Sebaliknya syukuri nikmat Allah dengan sentiasa bermunajat padanya, dan mengaji Al Quran setiap hari. Dengan harapan, anak yang bakal akan mengikut setiap perkara baik yang sentiasa kita amalkan. Noted to myself J


Thanks singgah,
Hannah sytieh



Monday, February 1, 2016

Tips-tips untuk mengurangkan simptom alahan


Hi Assalamualaikum


Happy new year. Aiceyhh! Dah masuk bulan 2 baru nak wish happy new year pebendenye yob. Kemalasan berblogging semakin ketara. Maafkan daku. Busy nak pergi outing bagai bile weekend. Nak jumpe husband tercinte. Gittewww! Alhamdulillah time aku taip entry ni da masuk 3 bulan. Syukur Alhamdulillah J  meh nak kongsi tips morning sickness.


Mengatasi masalah ketika trimester pertama mengandung.





Tip-tip untuk mengatasi kepenatan

  • Tidur awal.
  • Makan sedikit tetapi kerap sepanjang hari, pastikan makan makanan yang sihat.
  • Minum banyak air untuk elak badan kekeringan
  • Makan makanan yang boleh tingkatkan tenaga terutama waktu tengah hari. Ini termasuk protein dan karbohidrat seperti nasi, ayam panggang.
  • Makan makanan ringan sepanjang hari seperti bijirin, biskut, buah-buahan


Tips-tips untuk mengurangkan simptom alahan

  • Jauhkan dari makanan berbau kuat yang boleh menyebabkan loya
  • Pastikan dapur mempunyai pengudaraan yang baik ketika memasak atau biarkan orang lain yang memasak
  • Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan makanan kandungan tinggi lemak.
  • Kunyah makanan perlahan-lahan
  • Sebelum bangun dari katil waktu pagi, makan makanan seperti biskut kering, roti bakar atau bijirin kering
  • Bila bangun dari katil, bangun dengan perlahan-lahan. Bangun dengan tiba-tiba boleh menambah rasa pening dan loya
  • Minum antara waktu makan, jangan minum ketika sedang makan
  • Cuba minuman yang boleh melegakan perut seperti air lemon atau air teh halia, teh peppermint. Cuba panas dan sejuk. Ada wanita lebih sesuai minum ketika panas, ada yang sesuai minum sejuk.
  • Ambil kesempatan makan ketika anda rasa sihat dan makan makanan berkhasiat.
  • Pil tambahan seperti Zat Besi dan pil prenatal kadang-kadang boleh menyebabkan loya. Pastikan ambil dengan makanan. Jangan hentikan tanpa nasihat doktor.


Psst : Cek darah semua ok. HB pun cantik. Maybe sebab hana amalkan shaklee kot. Tapi nurse tu still bagi obimin.. die kate even HB cantik pun, tapi takpela die still bagi. Huhu. Acid folic die tak bagi pulak kan. Hurmm. Maybe sbb time pergi buat buku tu da ngam2 3 bulan kot. nnti sambung cerita buat buku pink ok.. :)


K la, tq sebab sudi membaca,
Hannah sytieh




© Hannah Sytieh | Design By MH