Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me
Showing posts with label Tips Penjagaan Kulit. Show all posts
Showing posts with label Tips Penjagaan Kulit. Show all posts

Wednesday, December 30, 2015

Tips jaga kecantikan ketika hamil


Hi Assalammualaikum




Tiba2 rajin kan update blog. Alang2 akhir tahun ni tak banyak kerja so rajin la sikit nak update blog. Just nak tulis info2 first trimester and tips2 kekal cantik even pregnant. Tak nak ada stretch mark pada kulit time mengandung. Kulit nak pakai lama weyh, suami pun kadang2 tatap kan. Kalau ade stretch mark agak malu la sikit kan. Huhu~


First trimester (tiga bulan pertama)


Zaman ni orang kata dan ahli perubatan kata agak kritikal bagi org yg mula2 mengandung dan jenis badan kurang ketahanan. Risiko dan kondisi tubuh pada peringkat ni dan perkara yang perlu diambil perhatian:

* simptom seperti mual, loya dan 'kemengantukan' yang bertambah pada peringkat ini

* keguguran mudah berlaku pada peringkat ini seandainya berlaku hentakan yang kuat,dab faktor rahim kurang kuat....Hmmm..ada orang kata takleh makan nenas, ade kawan tu dia makan buah peach sekilo, pastu gugur, sebab buah peach tu kulit dia tajam..orang tua2 kata jangan makan menda2 keras..dimaksudkan makan di sini pada ijtihad hana jangan makan berlebihan, dan rasanya makan nenas seulas dua, atau durian tu takde masalah...




* perubahan fizikal tubuh tidak terlalu ketara. Cuma, elakkan dari mengangkat benda terlalu berat dan untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti mual dan muntah pada waktu pagi, elakkan 'melompat' dari katil selepas bangun tidur pagi...bangun tidur, relax2 dulu baca doa bangun tidur, buat senaman stretch sket baru bangun dari katil...

*petua doktor sebelum mengandung dan bulan2 pertama mengandung amalkan asid folic untuk pertumbuhan otak bayi dan juga untuk tubuh ibu

*sesetengah ibu juga sudah mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah , so, kerapkan gosok gigi dan JANGAN sekali2 gosok2 menggunakan berus gigi hard, lebih baik guna soft...banyakkan makan sayur, buah dan yogurt..

*keadaan bayi, ye bayi boleh di ultra scanningkan masuk minggu ke-12 dan insha Allah buleh diketahui jantinanya pada minggu ke-16, tetapi bergantung bagaimana baby itu berada, menelentang ke kanan atau ke kiri. dan adalah satu perkara normal uri berada di bawah pada peringkat ini, dan ia akan berada di atas selepas bulan2 pertama..tetapi awas!! seandainya uri berkekalan berada di bawah, pembedahan kemungkinan besar akan dilakukan kerana uri menghalang bayi untuk keluar dan menyebabkan pendarahan yang boleh membawa kematian.....




Nak kasi sedikit tips berdasarkan pengalaman kakak2 and kawan2 yg mengandung lepas2. Tips kecantikan untuk mengekalkan kecantikan kulit pada sekitar perut, breast, punggung dan sewaktunya. Eloklah diamalkan pakai minyak zaitun di anggota badan kita sejak awal lagi.. supaya kulit tak pecah & merekah kelak... Jadi jika kita amalkan sejak awal pakai minyak zaitun ni, insyaAllah kulit kita akan kembali cantik seperti sebelum pregnant (spt anak dara kot) dan biasanya ibu-ibu akan mengalami nipple pecah2 dan luka sekiranya kita amalkan pakai minyak zaitun sebelum bersalin, mengurangkan & menghindarkan perkara tersebut. Tapi selepas bersalin, jgn pula pakai minyak zaitun pada breast. Jaga breast kita dgn bersihkan menggunakan air suam sudah memadai. Sekiranya luka, sapukan gamat.




Lagi satu olive oil ni sesuai untuk rambut yang pecah2 di hujung, tapi ia panas untuk kulit kepala, merangsang keguguran rambut. Makna kata, kalau nak sapu, sapu kat hujung rambut, kat kulit kepala elok sapu minyak kelapa dan yg paling baik buat minyak kelapa sendiri..tapi baunya boleh tahan.


Dan citer2 pasal rambut ni kan kengkawan, masa kita pregnant nilah kita akan mendapat rambut yg shining, macam supermodel, hitam dan lebat Insha Allah....masalah kelemumur kebiasaannya akan menghilang.. tapi hehehe awas....rambut puan2 akan kembali seperti biasa selepas bersalin, yg lebat2 tu akan gugur slps kelahiran anak anda yg comel..tulah kan, subhanallah Allah itu Maha Adil, masa kita sakit2 mengandung, Allah beri dan tambah nikmat kecantikan, tapi bila dah dapat nikmat anak, Allah tarik balik nikmat tuh....istifadahnya kita tak bule nak riak dgn kecantikan yg kita ada, sebab ALLAH ITU MAHA ADIL.......


Hari tuh ada dengar dalam IKIM.FM. Ceramah pendek dar Dr Fadhilah Kamsah. Dia ader kata yang makan hati and benda2 darah merah ni tak elok... Nanti keras hati, degil dan kuat melawan. And I think that applies to all. Bukan untuk ibu mengandung jer...




Makan makanan yg seimbang , kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.

Jaga tingkah laku,jaga amalan. Pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah.  Mengucapkan kata-kata yang baik selalu.  Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.




Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam. Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti.  Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu.  Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.


Jaga pantang larang . Berpantang makan yang berbisa dan tajam.  Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan.  Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing.  Pernah dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan. Jangan aniaya binatang.




Elakkan tekanan. Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak dengan tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban.  Sama-sama soleh dan solehah. Insya Allah.




Yang terakhir, koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan. InsyaAllah. Disini, “Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)”, “Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )”, “Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)”, “Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)”, “Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)”, “Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)”, “Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)”, “Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)”, “ Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)”, “Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)”, “Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) dan buat si suami amalkan surah yang sama, semoga beroleh rahmat dariNYA.

Lots of love,
Hannah sytieh




Beauty with mary kay


Hi Assalammualaikum



Macam mana nak istiqamah jaga kesihatan kulit. Apa yang penting kita gunakan produk yg terjamin keselamatan dia, after godek2 bertahun tahun fikir. Haha. Tiba2 terase nak ambik set MARY KAY. BEAUTY WITH MARY KAY.







Then terasa la nak ambik Set Time Wise. Ada khusus utk 2 jenis kulit. Kulit berminyak & kering. So kena tau jenis kulit muka kita. Sbb bukan 1 produk utk semua jenis kulit. Set produk ni sesuai utk pelajar atau sesiapa yg xde masa nk jaga muka sangat. *2 botol yang kecik tu adalah tambahan. Ianya adalah Day & Night Solution. Krim tambahan yang digunakan pada waktu siang dengan pelindungan SPF25. Untuk Night Solution adalah lebih kpd rawatan (treatment) pada kulit dalam masa kita tidur atau berehat diwaktu malam.





Yela asyik terkena dengan chemical product je. Baik guna yang betul2 jamin keselamatan dia.


Hana ambik set ni . SET TIMEWISE MIRACLE.





All time favourite.
1.      Timewise 3-in-1 Cleanser
2.      Timewise Age-Fighting Moisturiser
3.      Timewise Day Solution Suncreen SPF25
4.      Timewise Night solution


Dengan 4 ni je cukup untuk kulit still nampak berseri bila tak makeup. Mineral based and sesuai untuk kulit sensitif / kering / berminyak.






Yang ade masalah kat bawah ni boleh try :

1.      Jerawat sangat banyak
2.      Kulit terlalu kering/berminyak
3.      Oily dekat T-ZONE
4.      Liang pori besar
5.      Banyak whitehead/blackhead
6.      Muka gelap kesan sunburn
7.      Pudarkan jeragat
8.      Kulit rosak salah pakai local product
9.      Nak pencerahan semulajadi


Siapa ada masalah2 di atas boleh la try pakai MARY KAY ni. Setiap satu item mary kay ada fungsi spesifik untuk masalah dan kehendak kulit korang. Penting untuk korang tau fungsi2nya ok. Jang lupe mintak consultant korang tu consult betul2 sebelum pakai J





Hana punya feedback . Memang best and kulit smooth je. No need makeup tebal2 and fresh je muke. Best! Jerawat ? memang nan hado. Tak pernah pulak tumbuh sekarang. Good effect J love marykay J







Regards, Hana





Monday, February 16, 2015

Tips memakai produk zarra

 
Hi, Assalammualaikum..


 
Dekat sini aku ada update pasal entry pengenalan produk zarra kan ? sekarang aku nak update lagi tips memakai produk zarra dengan betul... untuk mendapatkan result yg berkesan and cantik kat kulit u’olss... tarraaa.. kira entry special okieh untuk pembaca tersayang.. gitteewww kaw aku ~
 
Ni cara aku apply utk daily routine aku k.. lain orang lain cara dia...
 
Dalam produk zarra ade 4 bahan kan ?

  1. Pembersih muka

  2. Toner

  3. Krim siang

  4. Krim malam
 




So cara aku adalah macam ni :

1. Cuci muka dengan pencuci muka ZARRA dan bilas.
2. Pakai toner dgn menggunakan kapas.. (gosok2 di kawasan muka secara lembut... hilangkan bekas2 makeup or celak di kulit lagi2 di kawasan mata) 
3. Skrub muka menggunakan facial skrub yang ada jojoba beads (zarra tak de skrub muka, tapi korang boleh try scrub muka jenama lain)
4. Cuci muka dengan air.
5. Pakai toner lagi. (kali ni tak perlu gunakan kapas, just sembur je dekat kawasan muka and tepek lembut2 k biar meresap kedalam kulit)
6. Pakai mosturizer/pelembap.
7. Mulakan solekan...


 
If korang nak tau Toner/penyegar merupakan bahan terpenting dalam satu 'skin regime'.
 
Sebab apa aku kata pakai toner dulu sebelum skrub muka ? Toner/penyegar berfungsi untuk menutup liang roma korang. Sebelum skrub muka, harus menutup liang roma dahulu, untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima.



Sebelum bersolek juga harus tutup liang roma dahulu untuk mengelakkan make up termasuk ke dalam liang roma dan menyebabkan ianya kekal di situ hingga bulan depan. Eh maksud aku, untuk mengelakkan liang roma tersumbat dan menambahkan jeragat.
 
Sebelum pakai pelembap juga harus pakai toner kerana pelembap hanya patut berada di permukaan kulit, tidak patut diserap oleh kulit.
 


Hanya dengan cara di atas barulah solekan anda stay di muka dengan jangka masa yang lebih panjang.
 
Skrub muka 3 kali seminggu . . tak perlu hari2 untuk skrub... so, kalau tak skrub muka macam mana pulak caranya ?


1. Cuci muka dengan pencuci muka ZARRA dan bilas.
2. Pakai toner dgn menggunakan kapas..
3. Pakai mosturizer/pelembap.
4. Mulakan solekan...



Tidur awal. Lindungi wajah dari matahari. Paling penting, sebab jikalau kulit diabaikan dan terdedah kepada pancaran matahari, memang muka cepat kering seterusnya berkedut dan berbintik hitam. Cara lindungi: Pakai bedak asas ikut ton warna kulit anda. So zarra pun ada keluarkan Foundation kan. Korang boleh je pakai foundation zarraa. Tak payah nak pening2 dah..
 

Cara guna :
Sapu rata BB Krim Collagen Kat kulit muka and leher selepas pakai krim siang.. Sapu je. Then mesti korang rasa foundation tu terus serap kat muka... tak melekit2 mcm foundation yg lain. Warna dia ada satu je.. jgn risau kalau korang tengok warna dia gelap. Sbb after pakai dia akan ikut tona kulit muka korang.. and tadaaaa... mulus tulus.... behhe..




Kita orang pengguna zarra... haha.. even muka tak bersedia pun tapi nak letak jugak kat sini ...


So, siapa yang tak try lagi tu rugi tahu...

Love, see you in my next post, Hannah Sytieh
 
 
 

Saturday, January 24, 2015

Ada apa dalam set zarra red? Skincare terbaik yang semua perlu ada.



Hi Assalammualaikum





Sebelum ni hana ada update set routine harian apa yang hana pakai kan. Tapi tak cukup lengkap lagi. Sebab hana tak pakai toner, pelembap siang and malam. Tapi sekarang tak lagi. Sebab hana da jumpa the best product untuk krim siang and malam. Cukup sebulan dah ni pakai.. Boleh la kot perkenalkan dekat sini.

Disebabkan hana ada kesedaran diri yg kulit ceq ni bukan jenis flawless or kulit macam korean.. So, harusla I ni cari product yg betul2 selamat and sesuai dipakai kat kulit muka ai ni u’olss..

Sebab banyak sangat product kat pasaran sekarang so kita jadi pening nak pilih mana satu kan. Yang penting produk tu selamat, berkesan and tidak memudaratkan. Take noted k ladies. Jangan guna produk yang mengandungi Hidrokuinon, Tretinion and merkuri... Memang kesan dia cepat tapi bila kita dah tak gunakan produk tu. Kulit kita akan kembali pada asal takpun lagi teruk dari keadaan asal.

Sebab tu pentingnya kelulusan dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Kalau nak tahu semua rangkaian produk zarra puteri telah mendapat kelulusan dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan HEALTH SCIENCE AUTHORITY SINGAPORE. So, produk zarra ni setanding dengan produk antarabangsa dgn harga mampu milik.

Kita start dari entry perkenalan dulu ok...



Pembersih 



  • Berfungsi untuk membersih, menyegar dan mencerah. (sesuai utk semua jenis kulit)
  • Siapa yg bermekap tu pencuci muka ni boleh dijadikan sebagai makeup remover.
  • Just cuci muka bermekap pada lapisan pertama & biar sekejap then cuci sekali lagi utk kebersihan yg sempurna.


Toner / Penyegar 



  • Penyegar pula utk menyegarkan kulit. Spray je dekat muka.. tak perlu menggunakan kapas pun tak pe..
  • Mudah and menyenangkan.
  • Fungsi dia memelihara dan membuatkan kulit lebih sihat..

Krim Siang


  • Berfungsi untuk mencegah kulit kering, melindung wajah drpd sinaran UV an mengekalkan kelembapan & kesegaran kulit wajah for whole day.

Krim Malam


  • Berfungsi untuk meremaja kan kulit. Membina elastin and kekenyalan kulit.
  • Memperbaharui pertumbuhan sel kulit dan mengekalkan kelembapan kulit muka sepanjang malam...
  • Harga untuk satu set zarra red ni adalah RM78... Boleh menyelesaikan masalah seperti JERAGAt, JERAWAT, KULIT KUSAM, KULIT BERMINYAK & BERKEDUT. 
  • Selain set kat atas ni hana jugak pakai ZARRA BB KRIM KOLAGEN.. Apa fungsi bb krim ni ?

BB KRIM KOLAGEN


  • Bertindak sebagai krim pelindung sinaran UV matahari (sunblock).
  • Sape yang tak tau.. Sinaran UV ni adalah antara punca masalah jeragat. So sebelum ada jeragat better kita cegah dulu.
  • Mempunyai satu warna shj untuk bb krim  ni iaitu ( beige colour ) .. tetapi sesuai untuk semua krn ia akan berubah mengikut warna tona kulit pengguna selepas bebeapa minit dipakai.
  • Yang penting tidak berminyak and kita yg pakai ni pun rasa selesa for whole day..
  • Kalau nak tau bb krim ni dipakai selepas krim siang.. Bahan yg digunakan dalam ni bukan kolagen rumpai laut ok. Kalau kita pakai jns rumpai laut takut tidak sesuai utk mereka yg mempunyai alahan mknn laut or resdung. So, bb krim ni dr  kolagen berasaskan tumbuhan iaitu drpd ekstrak jagung dr AUSTRALIA. Hasil kajian R&D juga membuktikan ia lebih berkesan berbanding kolagen rumpai laut.


Cara guna :
  • Sapu rata BB KRIM KOLAGEN pada wajah & leher selepas pakai krim siang. Then mesti korang rasa cepat gila krim ni menyerap dalam muka and tidak berminyak langsung.. Selepas solat hanya perlu tambah KRIM BB KOLAGEN shj utk perlindungan berterusan spnjg hari.
  • Bb krim ni berharga RM38 shj and paling hana suka sebab saiznya yg kecil and teksturnya yg tidak berminyak.


So, produk asas untuk ZARRA ni ialah :
  • Set harian zarra red and BB krim kolagen.. memang cukup utk digunakan for whole day.





Nak tau ape kesan dekat hana after pakai ? Tunggu entry seterusnya ok.. take noted : krim malam adalah penting utk kita. Sebab krim mlm la yg buatkan kulit kita flawless bagai kulit telur yg baru dikupas.. giteewww.


Price Termasuk Postage :

RM88 SEMENANJUNG
RM93 SABAH SARAWAK


 For order or boleh tengok details sini :

Laman web : www.zarra.my
Fanpage: www.facebook.com/ZarraBeautyLine
Instagram: @zarra.my atau @zarrabyzamzarina
Or whatsapp : 011-21203431

·         Set Zarra red
·         Collagen terbaik
·         Skincare terbaik
·         Skincare berkesan
·         Set skincare berkesan
·         Hilangkan jeragat
·         Hilangkan jerawat
·         Kulit bersih tanpa cela


Happy reading and selamat menjadi cantik yg sihat


Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh






© Hannah Sytieh | Design By MH