Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me
Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Friday, July 3, 2015

Makanan ala thailand sedap di CHAKRI PALACE, KLCC


Hi, Assalammualaikum






Hi, dah minggu keberape ni berpuasa. Ramadhan Al-Mubarak tiba lagi . Mesti ada yang dah teringin nak makan dekat luar kan sekarang.. Here the place that you can go.. Seperti biasa, mungkin ada di kalangan anda yang pilih untuk berbuka puasa di luar, jadi, ini antara senarai lokasi bufet berbuka puasa dengan harga yang tidak terlalu mahal dan berpatutan di bawah RM80 sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya).





Akhirnya hana berkesempatan juga untuk datang ke CHAKRI PALACE, KLCC sebelum bulan puasa haritu. Pada bulan yang mulia ini mereka menawarkan Buffet Ramadhan pada harga yang memang ekonomi dan berbaloi. Satu je yang hana nak beritahu, makanan kat sini mmg sangat sangat sedap. Ini serius tak tipu, hana nasiblah tak buruk lantak kalau tak, habis semua hana sebat. Memang sedap sangat.








Untuk menu makanan melayu ala2 thai pula ada nasi putih , sate ayam dan daging, sambal terung, rendang ayam tok, tomyam seafood. Dari hujung ke hujung semua lauk2 yang sangat sedap dan banyak pilihan. Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef dan Fish Fillet tak dilupakan hidangan popular kegemaran ramai seperti lamb semua disediakan disini.








Buffet Ramadhan ini ada beberapa jenis kuih muih , bubur dan sup untuk pelanggan yang datang makan di sini. Air buah-buahan dan minuman panas turut disediakan. Tapi bila dah bulan puasa ni tekak pastinya nak minum air sejuk je kan….tak puas kalau minum segelas atau minum air masak semata-mata , betul tak ?








Pencuci mulut kat sini pun lazat , lagi2 red ruby water chestnuts. Sangat menepati citarasa and sangat2 sedap. Ni la dessert yang paling popular kalau pergi makanan di restoran thailand. Mesti try tau!








Menurut Pengurus Imperial Chakri Palace, KLCC Encik Rezal, terdapat lebih 50 menu authentic Thailand yang disediakan sepanjang bulan Ramadan disini. Ini merupakan pertama kali Buffet Ramadhan disediakan di Imperial Chakri Palace KLCC kerana faktor ruang yang agak sempit. Imperial Chakri Palace, KLCC juga baru sahaja siap renovation pada tahun ini dan mereka bersetuju untuk mengadakan buffet ramadhan disini pada tahun ini kerana jumlah pengunjung dan pelancong yang ramai. Cantik jugak kan hiasan dalam restoran ni.







Amboi, suke pula 2 orang budak ni. Kite orang datang bergroup. Kami akan datang lagi sebelum habis bulan ramadhan ni. Sangat berpuas hati and service AA !


Ni antara menu yang disediakan disini : 


Pembuka Selera
Mieng Kam Ulam Daun Kadok
Ulam-ulaman dengan Sambal Belacan
Telur Masin
Acar Timun
Aneka Jeruk
Kangkung Goreng Ala Thai
Samosa Goreng
Por Pia Inti Sayuran
Aneka Keropok
Onion Ring Goreng
Buah Kurma

Gado-gado
Nasi Impit Kuah Kacang


Aroma Thailand
Lamb in Thai Green Curry
Butter Prawn with Salted Egg
Sautéed Squid with Garlic Sauce
Fried Sliced Fish with “Tiga Rasa” Sauce
Stir Fried Lala with Tom Yam Paste
Stir Fried Mix Vegetables
Sautéed Beancurd with Minced Chicken
Steamed Fragrant Rice


Citarasa Malaysia
Rendang Daging Tok
Pajeri Terung
Pajeri Nenas
Ayam Kapitan
Nasi Beriani


Kerabu
Kerabu Mangga Thai
Som Tam @ Kerabu Betik Muda
Kerabu Ayam Cincang
Kerabu Glass Noodle


Live Action Stalls
Gerai Sup Tom Yam – Bihun, Mee, Kuey Teow
Gerai Satay – Ayam & Daging Gerai Ikan Bakar


Pemanis Mulut
Red Ruby
Waterchestnut
Pulut Mangga
Buah-buahan
Kuih Muih Melayu
Aneka Jelly Thai
Ubi Kayu Stim
Pisang Stim Manis
Bubur Jagung & Pisang
Bubur Kacang


Untuk pembelian secara talian, boleh layari :



MORE DETAILS :

Chakri Thai Restaurants, KLCC
Alamat – Chakri Xpress Putrajaya, Lot G85, Ground Floor, Alamanda Shopping Centre, Jalan Alamanda, Precinct 1
Bermula – Sepanjang bulan puasa
Hubungi – 03-88901616
Harga – Dewasa (RM59.90+), Kanak-kanak (RM29.90+)


Thanks reading,
Hannah Stytieh, toodless






Monday, June 22, 2015

BUFFET STEAMBOAT SEDAP BULAN RAMADHAN, SHAH ALAM



Hai Assalammualaikum




Buat sesapa yang dok area Shah ALAM, Petaling Jaya, Klang or klpj dan seangkatan dan sewaktu dengannya korang kena cuba  steamboat dekat Dkayangan Steambot, Shah Alam.


Kat mana tuu?

Lokasi : Seksyen 13 Shah Alam
Waktu operasi : Isnin - Ahad, 5.00ptg - 2.00pagi








Ini pandangan dari hadapan.. Sebelum pergi sini, hana refer alamat, hana bayangkan restoran ni kat shoplot biasa je ataupun kat dalam shopping mall, eh tetibe.. sekali sampai, tekejut sebab besar gila rupanya.. meriah plak tu.. Nak makan kat dalam boleh, kat luar pon boleh.. Tapi time pergi sini sesat jugak la kan.. ehhe. Suasana restoran , kemas bersih selesa … boleh la kan ? berbaloi dengan harga nya.




Steamboat kat sini  memang best! Datang dari jauh pun tak rugi. Restoran di area Shah Alam ini adalah restoran yg agak simple tapi padat dengan susun atur dan juga kedudukan makanan. Tapi pilihan makanan juga begitu banyak kerana kalau di ikutkan makanan grill dan steamboat lebih banyak. Bagi yg suka citarasa tempatan di sini adalah tempatnya kerana masih mengekalkan beberapa menu tradisional yg enak. Cuma kat sini kena booking awal kerana ramai juga pelanggan yg selalu dtg makan di sini. Untuk pengetahuan korang, restoran D'Kayangan ni dah pernah dilawati oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3.. patut lah meletops.





Di Dkayangan Steamboat juga ada menyediakan grill. Selalunya kat restoran steamboat lain hanya ada steamboat jer kan.. Kat sini ada grill so boleh lah panggang dan bakar-bakar.  Menu untuk grill juga disediakan. Ada ayam, daging, paru, udang, sotong dan yang paling best semuanya dah sedia diperap.  








Kat sini juga ada banyak pilihan bebola. Tengok tuu, panjang berderet. Tinggal pilih je... Seafood kat sini juga fresh! Selain dari tuu  ada disediakan mee, bihun, yee mee, mee sanggul, kuey teow, maggi mee.... Hah! Macam-macam ada.










Berbalik kepada steamboat buffet ni , boleh tahan la …. berbaloi dengan RM yang kita keluarkan. Siapa peminat steamboat mesti tahu harganya kan.  Hana pernah makan di restoran steamboat terkenal , tak ada pakej yang gempak cam gini lagi. Serius, siap ada kambing golek , bubur , nasi goreng , bihun goreng , buah-buah tempatan dan banyak lagi.




Menu utama nya adalah seafood steamboat. BAYAR SEKALI MAKAN BERKALI-KALI. Sesuai untuk orang yang kuat makan dan untuk happy-happy makan tanpa fikir nak makan menu apa , lepak lama-lama makan sampai puas.






Terima kasih En. Arif kerana sudi menjemput Hana untuk menjamu selera di Restoran D'Kayangan ni.. Keseluruhannya, memang berpuas hati dengan food dan layanan di sini.. Semasa makan di sini, Hana sempat jugak menjeling-jeling tengok pekerja mereka bekerja.. cepat dan tangkas.. takde yang jalan tehegeh-hegeh.. semua bekerja dengan laju.. makanan basah semua direfill dengan segera.. Yang paling best kat sini walaupun customer ramai, tapi tiada kekurangan dari segi service dan makanan *thumbs up*





Boleh usha hashtag #dkayangansteamboat kat ig.. ada muka Hana kat situ.. Haha. Nak tau lebih details boleh checkout FB D'Kayangan Steamboat .




Semuanya memang puas hati la. Semua ada di Pak John Steamboat dan BBQ. Apa lagi yang tak cukup? Kalau korang memang jenis yang makan banyak, hana memang sangat sarankan korang untuk try pegi makan kat sini. Harga? Haaa, ni baru nak masuk bab harga and details yang lain.




Details:

Restaurant Steamboat BBQ D'kayangan
Sri Acapella Servis Apartment
No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33m, Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


FB: Steamboat-BBQ-Buffet-DKayangan
GPS Coordinates: N3.088301 E101.54794 Shah Alam
Operation Hour: 6.00pm - 12 am Harga:
RM33 (dewasa)
RM17 (kanak-kanak atas 5 tahun) (Everyday)
Tel: 012-2971091 /  012-3970091 / 03-55234979 (sila call untuk reservation)


Thanks reading,
Hannah Stytieh, toodless





Wednesday, April 29, 2015

Halal Steamboat Buffet In PJ


Assalammualaikum




Hi, Agak lamakan aku tak update blog. Hari ahad hari tu dapat invitation dari Halim Brothers untuk buat food review dekat Pak John Steamboat & Yong Tao Foo di cawangan e-Curve. Nasib baik wife and adik ipar blogger. So, boleh join sekaki sesama layan steamboat.

Macam ni lah keadaan kat Pak John. Mesti ramai peminat steamboat kan dekat sini. Apa yang best di Pak John Steamboat adalah buffet. Makan sampai kenyang.










Yang bestnya outlet PAK JOHN STEAMBOAT yang di eCurve ni secara buffet di Wangsa Walk pula ala-cart. So boleh buat pilihan kat mana nak try . Harga amat berpatutan dan banyak variasi pilihan dari makanan hinggalah minuman dan pencuci mulut. Memang berbaloi kalau makan kat sini.


Untuk menu grill dan rebus ada daging itik panggang , abalone , daging lembu dan daging kambing. Sesuatu yang daya penarik di Restoran Pak John Steamboat di sini adalah teknik susunan pelbagai jenis pilihan sayuran , hidangan makanan laut dan isi daging ikan mahupun ayam yang diperap yang diletakkan dengan sangat kemas macam di pasaraya besar. Secara tidak langsung korang boleh nampak betapa mereka mementingkan aspek kebersihan bagi menjamin kualiti makanan untuk pelanggan.


Paling istimewa ialah ada 4 jenis Premium Item. Korang mesti cuba :

1.      Abalone slides
2.      New zealand lamb slices
3.      Australia beef slice
4.      Smoke duck Breast

Premium item ni korang kena order dengan chef di dapur tau. Sebab tak boleh terdedah di kawasan luar. Akan cepat kering and kualitinya boleh terjejas. Pak John sangat mementingkan kualiti makanannya terjamin.







Sebagai pencuci mulut pula. Anda boleh pilihan beberapa air minuman sejuk dan panas , aiskrim potong pelbagai perisa pun ada dan paling best boleh layan CORN IN CUP bersama WAFFLE.


Harga :
1.      Isnin – Khamis = RM36++
2.      Jumaat – Ahad = RM39++
3.      Kanak-kanak : Bawah ketinggian 90 cm adalah free. Atas 90cm separuh harga orang dewasa.
Waktu operasi dari jam 10am – 10pm.
Untuk mereka yang nak pergi buat jamuan makan-makan bersama kawan, pergi la ke Pak John Steamboat e-Curve. Boleh muat ramai dan boleh layan live band! Selamat berhujung minggu!



Kalau teringin sangat nak bersteamboat, janganlah lupa singgah Restoran Pak John seperti di alamat yang tertera di bawah ni ...First time pergi dan InshaAllah akan repeat lagi nanti. Harga sangat reasonable and tempat best tahap 5 bintang. Korang jangan lupa try k ! Selamat bersteamboat! 


KUALA LUMPUR

Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02,Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue,
No.9,Jalan Wangsa Perdana 1,
Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4141 8898

SELANGOR

Restaurant Pak John Steamboat & BBQ eCurve
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor,eCurve
No.2A,Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya.
Tel: 03-7733 3913


More details:
Website: www.pakjohn.com



-Best steamboat in KL
-Best steamboat in PJ
-Best steamboat in PJ
-Steamboat Buffet In PJ
-Halal Steamboat


Kesimpulannya, amat berpuas hati.. 
Thanks Pak John!

Khtar Amir








© Hannah Sytieh | Design By MH