Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Thursday, February 11, 2016

Panduan bukak buku pink klinik kesihatan Au2



Assalamualaikum






Mungkin bagi ibu-ibu yang baru hamil anak pertama tertanya-tanya dan confuse bila sepatutnya nak bukak buku pink atau buku kesihatan ibu mengandung tu. Ada sesetengah pendapat yang kata tak payah terlalu awal nanti kena berulang ke klinik banyak kali sangat dan jadi remeh bila nurse pantau setiap kali kita terlewat ke klinik.


Nasihat dan pendapat aku nak bukak buku pink jangan lewat sangat. Dalam usia kandungan dua bulan pun dah boleh buat buku. Macam aku ni ingatkan dah 10 minggu nak pegi buat tapi 3 bulan baru dapat buat sebab kekangan masa plus pergi sorang2 pun.


Actly time nak buat buku pink terfikir fikir nak pergi swasta ke kerajaan. Tapi swasta mana ada buku pink. Kerajaan je yg ade. So, fikir2.. Ambik la dulu numbe kilinik terdekat. Walau macam mane sekalipun korang kene kol dulu klinik utk buat buku pink. Hari ape yg tak penuh and bg tau alamat rumah korang siap2. Takut luar kawasan. Macam aku duduk au3 keramat so bolehla datang buat buku pink and checkup kat klnik au2. Plus die siap bg tau tarikh and pukul berape. Aku kene datang 26/12/2015, 2pm. Senang keje sikit. Xdela melangok dtg pagi2 beratur. Huhu.



Kenapa tak boleh lewat sangat bukak buku pink?


Sebab setiap orang punya sejarah kesihatan yang berbeza. Semua orang tak sama kondisi kandungannya. Bagi yang takde masalah takpe la kan. Tapi kita sendiri tak tau dan tak boleh menilai dengan mata kasar macam mana kondisi kesihatan kita. Benda dalam perut dan dalam badan nie boleh ke nak tau keadaan dia macam mana kalau bukan pihak klinik sendiri yang buat ujian?

Contoh kalau buat ujian darah tetibe baru korang tau kekurangan darah. Yang kalau tak dipantau akan bahayakan baby dalam kandungan. Cuba kalau lagi lambat bukak buku mesti lagi lambat tau dan lagi lambat la masalah nie nak settel dan macam mana dengan keadaan anak kat dalam tu? Doktar pakar tu sendiri sahkan kena scan awal untuk tau keadaan rahim dan kantung bayi selamat atau tidak untuk bayi. Kalau ada masalah boleh la masalah tu diselesaikan seawalnya kan.


Waktu yang sesuai untuk bukak buku pink


Puas tanye kat group2 whatssap waktu sesuai bukak buku pink. Rate2 jawab 10 minggu. Tapi aku bukak time 12 minggu. Dah 3 bulan baru pergi bukak buku pink. Boleh je kalau korang nak pergi swasta dulu confirm pregnancy. Tak pergi pun takpe kalau korang yakin korang mengandung.

Aku pergi swasta dulu. Doc akan tanye hari pertama period terakhir korang. Jangan pernah lupe tarik 1st day period korang k. Sebab tarikh tu penting untuk kire berape weeks korang pregnant.

Macam mana nak kire berape weeks. Ala senang je nak kira. Macam ni. Amik hari pertama period terakhir korang. Lepas tu kira lah.


Contohnya;

Tarikh check upt: 14/12/2015
Hari pertama period terakhir korang : 03/11/2015

So, kira dari hari pertama period terakhir korang tu sampai lah tarikh harini. Bermakna kandungan korang dah 6 minggu. Paham tak?

Sebab apa suggest pergi klinik time kandungan dah 10 minggu. Sebab memang nurse cakap macam tu pun haritu. Kalau pergi awal sangat jenuh korang nak kena ulang-alik pergi klinik. Bukan apa, leceh sikit. Setiap kali pergi kena amik darah, air kencing. Tunggu orang ramai. Ada baca pengalaman blogger-blogger lain, siap kena marah pergi klinik awal sangat. Gittew. Melainkan korang pergi klinik swasta dulu untuk check dan sahkan yang korang betul-betul mengandung.



Apa yang perlu dibawa untuk bukak buku pink/buku rekod ibu mengandung


Benda pertama untuk first mommy yang nak bukak buku pink ni. Bawak ic je kot. tak perlu bagi salinan ic atau salinan sijil nikah pun.Sebab die just mintak ic je kat aku. Sebelum aku buat aku pun ada la google, macam-macam yang dia senarai. Tapi masa aku buat. Tak perlu pun soft copy ic ke kad kawen ke. No need.  Then bila dipanggil nurse tu akan tulis kan semua tempat kosong kat buku pink tu. Naseb la bawak kad kawen. Tunjuk kat dia and die je akan tuliskan ikut ape yg tentera kat kawen tu.

Prosedur lain yang  biasanya akan dibuat untuk ibu-ibu yang pertama kali nak bukak buku pink ni antara lainnya.

- Ujian air kencing

- Ujian darah

- Interview dengan nurse sikit. Ini nurse akan tanya banyak jugak. Sebab dia nak kena isi details kat buku kita. Amik masa sikit sebab dia kena isi details di dua buku satu buku untuk simpanan ibu, satu untuk simpanan dan rekod klinik. Nurse juga akan tanya pasal latar belakang kita dan suami. Sejarah penyakit dalam keluarga macam kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Macam-macam jugak lah soalannya.

- check breast. Ini check sungguh ok! Sila tunjuk payudara kepada nurse anda. Hehe. Dia akan check sebab nak pastikan adakah breast kita sesuai untuk penyusuan bayi atau tak. Nipple timbul ke tenggelam camtu. Nurse aku tu just ckp, kite nak cek sikit je, jgn la malu. Hahahaha.

- nurse akan suruh masuk dalam satu bilik kain, dia akan tekan-tekan perot nak ukur besar janin. Time 12 minggu, nurse cakap tak rasa lagi. Rasa macam ketul je. Sebab kecik kan.


Apa nak buat dengan buku pink tu?


Ok ibu-ibu, buku pink tu korang kena simpan bebaik taw. Setiap kali checkup kena bawak. Sebab kat situ lah semua rekod kesihatan ibu dan anak akan direkodkan. Macam berat ibu, panjang anak, keputusan ujian darah, keputusan ujian air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor dan macam-macam lagi.

Kalau ikutkan, checkup akan diadakan setiap bulan. Maksudnya sebulan sekali. Tapi kalau korang ada masalah macam hb rendah, diebetis gestasi (kencing manis ketika hamil), darah tinggi. Checkup akan jadi 2 minggu sekali. Letih kan! Hihi.

Kalau boleh, korang nak pergi travel jauh-jauh pun bawak lah buku tu. Supaya kalau ada apa-apa terjadi, korang boleh refer ke klinik/hospital berdekatan dengan buku pink tu.


Kenapa pilih checkup di klinik kerajaan


Kadang-kadang, ada orang suka pandang rendah checkup kat klinik kerajaan. Entah kenapa. Bagi aku, checkup kat klinik kerajaan sangat detail. Orang selalu komplen cakap nurse di klinik kerajaan garang lah, suka marah-marah lah. Itu lah inilah. Biasa lah tu. Cuba bayangkan dalam sehari berapa ratus orang dia nak kena entertain dengan peel yang berbagai. Tapi setakat ni semua nurse di klinik kesihatan au2 ni, tak pernah marah-marah, buat muka dan sebagainya. Semua baik dan murah dengan senyuman. Cakap pun lembut saje. Nasihat memang banyak dorang bagi. Macam aku pergi kat au2 tu semua nurse ok2. Boleh bawak gurau lagi.


Cumanya, di klinik kerajaan ni. Korang cuma dapat scan 2d baby dalam 3-4 kali saja sepanjang 9 bulan tu. Sebab bukan setiap kali checkup doktor akan scan baby. Doktor cuma akan scan pada kali pertama kita buat buku pink, pada minggu ke 18 dan minggu ke 28. Kalau nak selalu tengok baby boleh lah scan di klinik swasta. Buat 4d scan kan.


Ubat apa yang klinik akan bekalkan


Biasanya, bila pergi klinik kerajaan, farmasi akan bekalkan ibu mengandung dengan ubat yang perlu mcm folic acid, iron tablet, obimin. Tapi aku dapat obimin je. Die kate semua cantik, test darah hb semua cantik. Ermm, ok nurse.


Done and next appointment

Next appointment, sebab tak sempat buat pada hari yg same. Seminggu kemudian. Ini part paling best! Bila dah setel semua diatas kan, kita kan jumpa doktor. Doktor akan scan perot. Dan buat kali pertama nya, kita akan nampak seketul daging/fetus! Allahuakbar. Perasaan yang sangat indah bila kita taw dalam badan kita ada satu nyawa lain. SubhanaAllah. Next appoitment pun done! Dah tgok da baby dalam perut. Jelas da semua anggota badn die. Omel angat. Next appointment 3 mggu lg. Yuhhuuuuuuuuuuu ..


Thanks singgah,
Hannah sytieh




1 comment:

  1. salam hye sis.. sgt membntu sy yg tgh pkir2 pasal bku pink ni.. sy dduk kelompok nawar sari au3.. tp call kk au2 die ckp xleh buat kt situ.. huhu.. pening

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH