Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Friday, May 8, 2015

POPLOOK Butik Online Muslimah Paling Popular Di Malaysia


Assalammualaikum




Rasanya sekarang ramai kaum-kaum hawa kat luar sana  suka “shopping” melalui online je kan, tak perlu nak menapak dari butik ke butik. Melalui online sahaja kita dapat bandingkan design-design yang ada dan harga mengikut jenama masing-masing. Harini hana nak review satu online shop yang memang sudah lama TOP di malaysia. Rasanya base mereka melalui “online” sahaja. Tiada butik untuk kita rasa materials yang digunakan dan untuk dicuba dahulu sebelum membeli. Tapi tak perlu risau sebab materials dan design yang mereka ada semua sangat high quality and cantik bila dipakai.


Butik apa yang hana cakap kan ni ? “POPLOOK.COM” . Siapa yang tak kenal poplook.com . Pasti ramai yang kenal. Nak shopping di poplook memang mudah. Korang hanya perlu melayari http://poplook.com/. Pilih design yang korang minat, lihat ukuran yang sesuai then make a payment. Tapi kalau ada baju yang korang berkenan better cepat-cepat purchase. Sebab apa ? Sebab barang di POPLOOK cepat sangat SOLD OUT. Seriously, tak tipu. Sebab hana salah sorang peminat tegar POPLOOK. Dari Dress, Blouse, Pants, Baju Kurung, Skirt semua hana suka. Sebab design dari poplook menepati cita rasa setiap umur. Bukan untuk remaja sahaja, untuk kanak-kanak dan orang dewasa semua ada. Paling senang nak cakap. Setiap pangkat umur ada di POPLOOK. Hanya berbelanja di satu laman web sahaja, boleh dapat semua yang kita perlukan.


Apa yang best tentang poplook ni ? Delivery yang sangat laju. Harini purchase, besok barang dah sampai. Pastikan purchase sebelum pukul 3. Tapi untuk hari jumaat purchase selepas pukul 1, hari isnin baru arrived dekat customer.


Apa lagi yang best di POPLOOK ? Semestinya design, materials, warna and harga. Butik fesyen online yang menarik dan mudah, sesuai buat korang. Fesyen yang sederhana dengan gaya yang sangat menarik, berkualiti, ada 'style' dan kelas tersendiri, cantik dan yang paling penting ialah harga yang berpatutan... memang berbaloi.. Selain menampilkan warna-warna yang pastel dan warna-warna kontra. 




Tidak ketinggalan juga ramai wanita-wanita diluar sana yang sangat kreatif and bijak. Sebab apa? Sebab mereka pandai membeli barang yang cantik tapi ada sikap menjimat cermat. Sebagai contoh : Kalau korang pergi ke label wedding and celebration, banyak jenis dress yang plain and the materials of course plain chiffon high quality . Pilih any design baju yang korang minat and purchase. Siapa yang nak bertunang, bertandang or have any events or dinner. Korang boleh transform kan dress plain tu menjadi satu baju yang cantik dengan hanya menampal lace and beaded. Confirm dress yang korang transform kan tu menjadi sangat cantik dan sesuai untuk majlis yang korang nak pergi. Tak percaya? Sila cuba...


Selain tu, poplook.com juga ada menjual dress, skirt , tudung, shawl , beg , aksesori , tali pinggang , kasut , seluar , skirt dan banyak lagi . Lagipun poplook.com banyak menjual fesyen pakaian yang masih mengekalkan ciri-ciri muslimah. Bukan sahaja artis-artis popular seperti Lisa Surihani, Sazzy Falak dan Misha Omar gemar menggayakan pakaian daripada poplook.com , malah blogger fesyen dari Malaysia dan Singapura turut memilih poplook.com untuk pakaian harian mereka. Poplook.com menjadi kepercayaan selebriti-selebriti popular kerana harga yang masih berpatutan dengan kualiti fesyen-fesyen yang mengikut trend masa kini.


Setakat ni hana baru shopping 5 helai baju dari poplook. Salah satunya seperti dibawah. Memang sangat selesa. Will update OOTD yang lain soon .




Jangan lupa layari website poplook.com untuk koleksi hari raya akan datang, mesti sangat trendy and sofistikated! Tak sabar nak tunggu!


Untuk informasi lanjut mengenai koleksi POPLOOK.COM, sila layari :


Website: poplook.com
LIKE Facebook: fb.com/Poplook.com
FOLLOW Twitter: twitter.com/poplookshop
Instagram: @poplookshop


Love see you in the next post
Hannah Sytieh




1 comment:

  1. memang cantik-cantik baju dekat poplook ni, Azwar ada beli :)

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH