Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Friday, April 17, 2015

Butik Online Terbaik di Shah Alam




Assalammualaikum





Siapa yang suka shopping tapi tak suka beli online.. Sebab takut the materials tak kena dengan citarasa sendiri.. Mesti ramai kan. Kalau macam tu siapa yang dok shah alam. Maybe boleh singgah that place.. The_cataloque ... Barang2 yang dia orang jual pun boleh tahan banyak... Untuk Lelaki perempuan semua ada.... Untuk adik2 anak2 pun ada... Banyak pilihan yang korang boleh shopping dalam satu tempat yang sama. Instagram : @the_cataloque ... Tempat dia cantik barang pun banyak yg dia orang jual... Sangat best. Hana dah.. korang bila lagi nak shopping kat sana ? Wehhhuuu..



Lokasi :
No 7 Jalan Opera J U2/J
Taman TTDI Jaya Shah Alam





















Jangan lupa follow di instagram : @vrhijab and @the_cataloque

Ataupun click sini je okieh :  https://instagram.com/vrhijab_ . Nak beli borong boleh nak beli retails pun boleh. dipersilakan ;)


- Wide Shawl borong
- Wide shawl murah
-Wide Shawl Terkini
- Butik ONline Muslimah
- Butik Online Shah Alam


Love, see you in my next post, Hannah Sytieh


Tuesday, April 14, 2015

Design baru @vrhijab_ ?

Assalammualaikum




Hi sebenarnya nak update gambar baju nikah. Tapi tak sempat pulak. Ada gambar tudung je.. So boleh je la nak update kan. Kadang2 ada yang tak ada instagram. Nak tengok barang dr blog je. Tapi hana tak update pulak. Maaf ye.. Kalau rajin nanti hana update kat blog dengan facebook. Kalau tak korang boleh usha sini je  https://instagram.com/vrhijab_ ... Boleh kan dearies? Click je situ untuk tengok barang. Nanti hana update lgi more picture for raya ni...


Apa je design baru sekarang. Jum usha sini : 










Macam mana rupa kain crepe ni? Nanti kita update ye closeup picture.. 

Ni Contoh bila kita pakai : 



I love the materials. Tak panas, lembut , shining tapi BUKAN satin. Terletak elok je kat muka. Senang nak bentuk kat muka LAK TU... 
Harga Rm15/pcs only
Postage : RM7 SEMENANJUNG RM10 SS
- Wide Shawl borong
- Wide shawl murah
-Wide Shawl Terkini


Love, see you in my next post, Hannah Sytieh




GST PUNCA KENAIKKAN HARGA BARANG?


Assalammualaikum




Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih. Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwaini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26) “Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna.

Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

P/s: JANGAN RISAU DENGAN GST. Allah swt yang memberi rezeki bukannya makhluk. InsyaAllah kenyataan di atas lebih meredakan hati kita dan menguatkan iman kita. Yakin dan percaya tiap sesuatu ada hikmahnya. Teruskan doa.

Jangan lupa follow kami di instagram : @vrhijab .. ataupun click sini je okieh : https://instagram.com/vrhijab_ #Vrhijab_ #NoGST . Nak beli borong boleh nak beli retails pun boleh. dipersilakan ;)
- Wide Shawl borong
- Wide shawl murah
-Wide Shawl Terkini

Love, see you in my next post, Hannah Sytieh



© Hannah Sytieh | Design By MH