Assalammualaikum
7 Cara Merawat kulit Dari Luar. Ni just bende
yg selalu kite boleh buat dekat rumah and tak memerlukan banyak masa, tetapi
sangat bermanfaat bagi kulit korang tau.. Just lakukan secara teratur, tetapi dekat sini aku nak attached sekali produk review yg aku saje2 nak tambah dalam penjagaan skincare aku. Jum review :
#1. Bersihkan
Bersihkan kulit dari sel-sel kulit mati dan
kotoran yang menepek kat muke tu. Biasenye Dr.2 menyarankan agar menggunakan
pembersih wajah dengan pH seimbang dan bebas sabun. Pastikan untuk mengikuti
cara pemakaian produk pembersih wajah dengan disiplin.
Gunakan air hangat
suam-suam kuku dan jangan pernah menggunakan air panas ketika membilas wajah
keranaa dapat menyebabkan kerosakan sel-sel kulit serta dapat membesarkan
lubang pori dekat muke.
“Lakukan pembersihan kulit beberapa kali dalam sehari, kerana
iklim kat Malaysia yang lembab kering ni memungkinkan bakteri dan lain2 tumbuh dgn
bagus terutama di dalam kotoran yang menepek pada permukaan kulit korang tu.” Tapi
2 kali sehari cukup la kot. Huhu~ sbb kalau korg asyik cuci muke je then tak
pakai pelembap muke, kulit korang akan jd kering taw.
Aku try pakai ni :
Kebaikan :
- Tekstur ringan berasaskan gel yang bertindak membersih wajah dengan lembut.
- Mengekalkan kelembapan kulit di samping mengawal lebihan minyak di wajah. Sebaik-baiknya digunakan di waktu malam.
Tekstur :
- Jenis krim keemasan yg ade banyak buih. Best !
- Bau wangi.
- Buih banyak so, senang nak urut2 kat muke then bilas. Rase segar lepas tu.
#2. Skrub muke sekurang-kurangya seminggu
sekali
Skrub muke seminggu sekali atau name lain die
proses pengelupasan sel-sel kulit yang telah mati secara rutin, dua kali dalam
seminggu, diperlukan agar pori-pori tidak tersumbat dan kulit tidak kusam.
Permukaan kulit yang rata dan halus akan memantulkan cahaya dengan baik
sehingga kulit tampak bercahaya. Gunakan scrub yg khusus utk muke atau washing cloth khusus utk kulit wajah yang lembut.
Berbeza dengan yang lain, skrub ini
lembut membersih untuk mengeluarkan kotoran dan sebum yang terperangkap di
dalam pori-pori tanpa menghakis kelembapan semula jadi kulit.
Menanggalkan sel-sel kulit mati bagi
menyerlahkan kulit baharu yang lebih berseri.
Sesuai digunakan 2 – 3 kali seminggu. Yang ni pun aku suke. Memang bersihkan bintik2 hitam dekat kulit aku .
#3. Hindari Alkohol
Jangan gunakan produk perawatan kulit seperti
after shave atau penyegar wajah yang mengandungi alkohol. Alkohol dapat
mengeringkan kulit dan juga dapat mengakibatkan kekeringan pada kulit sensitif.
#4. Lembabkan
Pengaplikasian pelembab sangat diperlukan
agar sel-sel epidermis terjaga kelembabannya. Gunakan setelah membersihkan
wajah dan aplikasikan beberapa kali dalam sehari untuk memastikan kulit tetap
lembab sepanjang hari. Banyak produk pelembab yang juga mengandungi vitamin-vitamin
dan mineral yang berguna untuk menjaga serta menutrisi sel-sel kulit agar tetap
sihat.
Melindungi dari sinar UVA dan UVB berbahaya. Melembap
dan membekalkan nutrien secukupnya untuk kulit. Melembut, menghalus dan
menganjalkan kulit. jenis
krim dan berbau wangi yang cepat meresap ke kulit. tak berminyak.. bab nih
memang terbaik ! kulit tak minyak langsung tau. ada perlindungan uv spf20pa++.
Kulit tak rase kering after cuci muke sbb cepat2 pakai krim pelembap siang.
#5. Perlakukan Kulit Wajah Anda dengan Lemah
Lembut. Gitu~
Jangan pernah melakukan ‘kekerasan fizikal’
yang berlebihan pada wajah. Haha! Kekerasan fizikal! Macam ape ntah ayat. Macam
nak tumbuk muke sendiri je gamaknye.
Jangan pernah memicit jerawat kerana hanya
akan mengakibatkan rosaknya jaringan kulit. And lagipun kalau korang picit2
jerawat tu. Kuman2 tu akan pindah kat merate rate, sekitar kulit muke korang
tau… Nnti kang lagi banyak jerawat tumbuh, huhu..
Gunakan pembersih khusus untuk menghilangkan bintik2
hitam pada kulit dan rawatlah jerawat hingga hilang dengan sendirinya.
#6. Lindungi dari Cahaya Matahari
Meskipun aktiviti anda kebanyakan dilakukan
di dalam sekitar yg tertutup, bukan bererti Anda bebas dari bahaya yang dapat
ditimbulkan oleh radiasi sinar UV Matahari. Selalu aku banyak bace dalam
internet selalu menegaskan agar selalu menggunakan sunscreen atau tabir
matahari broad spektrum yang mampu melindungi kulit Anda dari sinar UV yang
merupakan penyebab kerosakan sel-sel kulit.
Tekstur tidak berminyak yang menyerap pantas dan
jauh ke dalam sel-sel kulit. Merawat sel-sel kulit dari dalam di samping
meningkatkan penghasilan kolagen. Membantu menyamaratakan tona kulit.
Yang ni aku suke, sebab beli pakai je. Kulit terase
lembut
tau. Auwww !
#7. Tambahkan sikit skincare anda like serum
for eye bag or scrub bibir or pelembap bibir.
Nutrisi ekstra juga baik untuk diaplikasikan
pada beberapa bahagian wajah yang memerlukan perawatan khusus. Anda dapat
menggunakan serum khusus untuk area sekitar mata atau bibir atau eye gel untuk memberikan
kesan yg baik pada sekitar mata yang lesu.
Rawatan khusus untuk
sekitar mata yang sensitif. Menghalang kemunculan tanda awal penuaan di sekitar
mata seperti garis-garis halus dan bebayang gelap. Menganjal dan memberi
kesegaran pada kulit sekitar mata.
Jenis krim yg cepat
meresap and takde bau. Kulit kat kawasan mata rase lembap and lembut. Katanye
boleh mengurangkan lingkaran gelap kat bawah mata. Tapi aku tak pasti bab ni
sbb memg mata aku dasar mata panda yg cute tu. Kalau cute takpe, ni tak. Macam hantu
mak senah pun iye jugak. HUhu! takpe, asalkan mencube. Harap2 result best.
Ok, tu je aku nak share kali ni. Tapi bagi aku product ni biase2 je.. Tak best mane pun...
Tambahan skincare saje. . Saje2 tukar angin nak tambah set skincare. Will search product yg best yg memenuhi kehendak aku. Nanti nak try MARY KAY Pulak. AMBOI! hAVOC KAW HANA! huhu :) Kempis pocket.
Tambahan skincare saje. . Saje2 tukar angin nak tambah set skincare. Will search product yg best yg memenuhi kehendak aku. Nanti nak try MARY KAY Pulak. AMBOI! hAVOC KAW HANA! huhu :) Kempis pocket.
Thanks Reading,
Hannah Sytieh
huwaaa... gud reviewwww ;)
ReplyDelete