Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Saturday, October 20, 2012

HERBALIFE 2

Assalammualaikum... 


Ni sambungan Herbalife.. hehe :) Kalau nak tahu aku selalu minum Tea Mix Lemon & Hibiscus/Peach. Yang juga sangat sesuai untuk SEMUA golongan (pakcik, makcik, remaja, anak kecil...termasuk ibu yang sedang mengandung, berpantang :)

1. Apa itu "Tea Mix Lemon & Hibiscus" ?

Tea Mix adalah sejenis produk untuk melengkapkan seluruh nutrien penting yang berfungsi sebagai antioksidan.

Buah Lemon - Lemon mengandung banyak vitamin C yang juga dapat memberi kesan sebagai anti oksidan dan juga melawan bakteria. Selain itu, lemon juga berfungsi untuk merawat sakit jantung, urat saraf dan menurunkan tekanan tinggi dan banyak lagi. Sebab itu buah lemon dijadikan pewangi agar kita tidak mudah pening. Paling penting, lemon memelihara kesihatan tulang.

2. Apa itu "Tea Mix with Hibiscus" ?

Tea Mix with Hibiscus, yang ni perisa peach..  yg ni sedap :)
Buah Pic - memiliki banyak serat, vitamin dan mineral.  Ia berfungsi untuk kesihatan tubuh badan dan kecantikan. Adanya vitamin dalam buah ini dapat mencegah penuaan.  Mampu merangsang bayi dalam kandungan. Sangat bagus :)

Kesimpulannya, Tea Mix semudah A, B, C, D, E

A – ANTIOKSIDA, B - BAKAR LEMAK, C - CUCI USUS clensing, D - DETOK buang toksin, E - ENERGY

Bagi ibu yang belum mengandung, sedang mengandung, masih menyusu anak dan sedang berpantang, yang agak-agak tak boleh minum air halia buatan sendiri, boleh minum dari buatan Herbalife. Khasiat yang sama dan fungsi yang sama.

* Tahukah anda - 1 sudu tea mix bersamaan 20 hingga 30 minit senaman.




Shake Herbalife pun sangat bagus. Kenapa aku cakap macam tu. Meh aku tunjuk Perbezaan Pengambilan kalori antara pengguna Herbalife dan yang tidak menggunakan produk Hebalife.

JADUAL PENGAMBILAN KALORI KEBANYAKAN INDIVIDU DI MALAYSIA.

Pagi: Nasi Lemak + Teh tarik = 900 kalori
Tengahari: Nasi Campur + Air kosong = 1000 kalori
Malam: Nasi Campur + air kosong= 1000 kalori
Jumlah kalori yang di ambil untuk sehari= 2900 kalori.

JADUAL PENGAMBILAN KALORI DENGAN HERBALIFE

Pagi: Shake Herbalife= 180 kalori
Tengahari: Nasi Campur +air kosong=1000 kalori
Malam: Shake Herbalife:180 kalori.
Jumlah kalori yang di ambil untuk sehari = 1360 kalori

Dari pada jadual di atas, kita dapati bahawa pengambilan Makanan dengan HERBALIFE hanya menghasilkan 1360 kalori dalam badan kita.

Jika kita ambil sampel penggunaan 2200 kalori bagi lelaki dan 1800 kalori bagi wanita, persamaan berikut akan diperolehi:

Lelaki : 2200-1360 = 840 kalori akan di bakar
Wanita: 1800-1360 = 440 kalori akan dibakar

Oleh sebab itu, tubuh akan mendapatkan kalori dari sumber lain seperti lemak dalam tubuh untuk menampung  penggunaan tenaga kita seharian. Kesimpulannya produk HERBALIFE Mengurangkan pengambilan kalori melalui pengantian makanan, supaya kalori yang dimakan kurang dari apa yang tubuh mampu bakar tetapi dalam masa yang sama membekalkan tubuh dengan segala zat makanan yang badan perlukan supaya tubuh berfungsi dengan baik.

“Barapa KG Saya Boleh Turunkan Berat Badan Saya dalam sebulan?”

Untuk mengurangkan berat badan sebanyak 1kg, 8000 kalori perlu di bakar.
Wanita: 440 kalori X  30 hari = 13, 200 kalori = 1.65KG dapat dikurangkan
Lelaki: 840 kalori X 30 hari =  25,200 kalori = 3.15KG dapat di kurangkan

*Ini cuma kiraan asas, setiap individu berlainan tahap metabolismanya, semasa program, otot dibina dan kadar metabolisma akan meningkat, jumlah pengurangan berat badan akan berubah-ubah mengikut individu.

“Bagaimana penurunan berat badan boleh di tingkatkan?”

Bagi individu yang mengambil Tea Mix, secawan Tea Mix akan membakar kalori seperti kita melakukan erobik selama 20 minit!

Bagi individu yang kadar metabolismanya masih tinggi, berat akan turun dengan lebih cepat kerana defisit kalori diantara yang dimakan dan dibakar badan secara semulajadi adalah lebih besar.

Pilihan makanan yang tepat semasa menikmati makanan kegemaran sekali seharisemasa program juga memberikan kesan yang optimum. Korang boleh memilih untuk minum Shake ataupun Tea Mix. Kalau anda mengambil kedua-duanya, teramat la bagus. Pilihla sendiri ye. Oh! Lagi satu. Kenapa aku cakap sekarg kulit aku makin elok and tak kering macam dulu-dulu. Sebab bila minum Herbalife ni kita kena minum banyak air. So, dari situ die akan mengekalkan kelembapan kulit kite dan kita pun tak mudah mengantuk.

Itulah serba sedikit pengalaman aku mengambil produk Herbalife ni.

Nak tahu pape info korang boleh PM aku. Thanks ;)


 Time ni berat sikit .. 5+ .. haha..


Now, dah okieh ... Alhamdullillah.. Kurangkan berat sikit je :)
Muke pun tak sekering dulu.. Amin amin amin :)








No comments:

Post a Comment

© Hannah Sytieh | Design By MH