Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Thursday, January 22, 2015

Tips penting kalau nk pergi ke BALI, INDONESIA





 Assalammualaikum






Kat sini hana nak kumpul tips2 pergi ke bali, Indonesia. Haha.. hana dah pergi ke ? Of course la belum.. baru sampai ke bandung je ni ha...hana nak pergi tapi suami takut nak naik kapal terbang dah.. huhu~ So, macam mana nak pergi ? hurrmm. Nak tempah tiket pun fikir sepuluh kali. Haishhhh...


Kumpul je la duit simpanan tu.. mana tau tiba2 die dah bukak hati nak pergi ke... Or nak pergi tempat lain ke kan....


So, sebelum pergi mestila kena ada tips2 yang perlu kita tau kan, ni tips dari adik sendiri. Sebab dulu dia kerja kat travel agency :


  1. Duit tukar siap2 kat Malaysia. Rate kat tempat kita ni lebih bagus. Jangan lupa standby foreign currency sikit macam SGD ker USD ker untuk emergency.
  2. Bersabarlah dan tahan iman di Kuta & Ubud kalau nak beli t-shirt. Sebenarnya t-shirt yang mereka jual mahal dan tidak berkualiti. Kalau nak beli t-shirt as souvenir beli di Tanah Lot. Setiap t-shirt packagingnya cantik dan harga pun hanya Rp20k :). Harga keychain/fridge magnet rata2 Rp3-5k. Kalau mahal daripada ni, don't buy.
  3. At any market, di kuta mahupun ubud, always remember to bargain more than half. Say a beach dress offered Rp150k, mintak Rp50k... they'll give. Pretend tak berminat if dorg tak kasi harga yang u nak :) kalau depa tak kasi pun just walk off, banyak lagi kedai yang jual barangan sama and boleh beri harga lebih baik...
  4. Kalau nak enjoy Kuta life, sila tinggal di hotel Grand Inna atau Kuta Paradiso... dua hotel ni betul2 dekat dengan pantai & hard rock. Macam biasa, kalau aku carik tempat yang best, murah dan dekat ngan semua tempat. Walking distance gitu. Hotel adalah bersepah2. So,  Dont worry.. Nak best carik area Kuta Poppies Lane. Situ semua dekat2 kalau nak jalan2 cuci mata or beli barang.
  5. Janganlah tergoda feeling2 nak private villa, gambar cantik dalam Agoda bagai. Sbb di Bali Villa2 ni terletak jauh, ceruk, nak keluar berjalan2, melepak bagai pun susah, taxi bagai pun hazan. Even the most expensive villa milik BVLGARI terletak ceruk di Uluwatu. hado! jadi, kalau nak sgt villa, amik villa milik hotel... if not tahulah, hazabnya nak romantic konon, jadi scary! ;p
  6. Macam biasa, international plug or adapter adalah penting.  Bawak sekali extention wire yg ringan yang ada 2/3 ketul tempat cucuk tu. Then bolehlah cucuk gajet2 canggih korang tuh kan.
  7. Spa woiiii.. jangan luper.. make sure kena pergi ... Cara terbaik, pergi jalan2 dulu area Kuta ngan Legian tu, survey2 harga spa.. then baru decide and buat booking . Kalau nak massage, di Kuta mmg murah Rp50k je... tapi tempatnya comot dan kalau cuaca panas, hazabla berminyak dan belengas badan! So, kalau nak massage, pegi after 6pm. Reccomended place, De Nyuh Spa... spa ni dalam hotel. So mmg proper. harga pun murah Rp85k je :))
  8. Jangan beli painting kat Ubud. Harga mencekik darah. Korang belilah kat Pasar Sukawati or kat Tanah Lot. Situ lebih murah. Boleh tawar giler2 punyer.
  9. Makesure camera semua cukup bateri . Camera adalah penting yer.. Jangan nangis kalau takder gambar boleh di snap. Pemandangan adalah super cantik bak hang..
  10. Turtle island tu takderlah island mana ponn. Dia macam zoo mini. Ada banyak turtle kat situ nak pegi pun mahal. So boleh skipp.
  11. Kalau nak nengok Kecak Dance, makesure sampai awal yer kat Uluwatu. So korang boleh selesa sikit nak ambil2 gambar & dpt carik tempat duduk yg best masa nak tengok Kecak Dance tu
  12. Setiap tempat kat Bali tu semua berbayar. So sediakan entrance fee siap2.
  13. Bab makan adalah payah sikit. Tapi jangan takut, korang takkan kebulurnyer. McD kat sana halal boleh makan. Cuma berjaga2 ngan Kedai Nasi Padang. Ada certain tak halal. Cuba tanya dulu ye kalau nak makan halal ke tak.. Tapi korang boleh try makan kat sini Mangengking Restaurant..Boleh pegi naik teksi or suruh Pak Supir bawakkan.
  14. Ubat2 jangan lupa bawak. Ubat batuk, ubat selsema, ubat sakit pewot, minyak cap limau, vicks, minyak urut zaman-berzaman, minyak senyonyong.. semua tu bawak.. supaya nanti senang kalau korang sakit ke apa.. kan perubahan cuaca kan. Kang tak boleh balik malaysia dah..






Ok, tu je la yang boleh dikumpul.... and note for myself..


Happy Reading, Hannah Sytieh









6 comments:

  1. Minyak senyonyong kauuu ! Hahahahaha. Weh jom g Bali Hana !!! Kita buat couple vacay. Gitu. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh. idea yg bernas . jum la. set aje. haha

      Delete
  2. mg rancang utk honeymoon ke bali bila dah kahwin nanti. tq for the tips. jemput follow blog liz juga nnt. ada share pasal review produk. :) salah kenalan

    ReplyDelete
  3. kite nak pegi bulan 8 ni ~ tapi dah book villa dekat uluwatuu. maigodd 😱. takot pulak kalau jd scary. kenkonon nak fefiling romentic la sebb honeymoon. haaa takottt 😁

    ReplyDelete
  4. Mcd, kfc bali tak jamin halal. Restoren, kafe, samada dihotel atau diluar pun tidak halal. 90% penduduk bali agama hindu pemakan babi. Bab makanan adalah perkara paling sukar dibali. Sbb tu kita tak akan jumpa pak arab dibali, yg banyak taiwan, org putih, jepun. Supir2 tu semuannya hindu walaupun muka mcm melayu. Hati2....

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH