Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Thursday, April 2, 2015

How GST works ?


Hi, Assalammualaikum


GST tanya apa khabar? Huhu.. Dah hari kedua.. Tak berbelanja kat luar lagi ni. So, tak tau apa khabar gst? Baik2 saje ke? 


So, how gst works ?



Pasni kita bawa air dr rumah je la yerr 🙈



Living their life in the fab lane. Moga ditimbang dan dibalas di dunia dan di akhirat.


An excerpt from Rafizi Ramli article:


Butir-butir utama pembelian jet peribadi baru ACJ320 untuk kegunaan Perdana Menteri, keluarga dan Jemaah Menteri adalah seperti berikut:


1. Kerajaan Malaysia akan membayar pembelian ini dengan pembayaran deposit USD20 juta (telah dibayar) dan bakinya dibayar melalui ansuran bulanan selama 15 tahun

2. Bayaran deposit USD20 juta yang telah dibayar adalah bersamaan RM65.22 juta mengikut kadar tukaran matawang yang ditetapkan semasa perjanjian iaitu USD1 bersamaan RM3.261

3. Kerajaan Malaysia akan membayar ansuran sebanyak USD679,984 sebulan bersamaan RM2.217 juta sebulan selama 15 tahun untuk melangsaikan baki hutang

4. Jumlah kos sewa beli keseluruhan untuk membeli jet peribadi baru ini adalah RM465,411,952.58 termasuk yuran perkhidmatan (“entry into services”)

5. Sebarang risiko kadar matawang yang menyusut ditanggung oleh Kerajaan Malaysia sepanjang tempoh 15 tahun itu. Dalam keadaan nilai matawang Ringgit Malaysia turun seperti sekarang, Kerajaan Malaysia akan membayar lebih untuk menanggung kerugian akibat nilai matawang Ringgit Malaysia yang jatuh

Berdasarkan terma-terma ini, sudah tentu harga akhir yang akan ditanggung oleh rakyat adalah lebih tinggi dari RM465,411,952.58. Saya yakin tidak ada rakyat Malaysia yang bersetuju membelanjakan hamper setengah billion Ringgit Malaysia dana rakyat sedangkan masih ada mangsa banjir di Kelantan yang tinggal di dalam khemah.


Reshare please.

Love, see you in next post,
Hannah Sytieh








1 comment:

  1. Harini kita breakfast pun makan makanan lebihan dinner semalam , perghhh ! Extreme.

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH