Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Saturday, May 28, 2016

Pengalaman scan baby 3D4D at sonoworld centre, ukay bistari hulu kelang


Assalamualaikum


Hi, dari tak terupdate entry better aku update entry alang2 tengah fresh dalam ingatan. Walaupun dah tak kerja tapi malas nak update blog tu ade. Bukan nak kate malas la. Tapi kite busy dgn business. Hehe, sape2 yg duduk sekitar keramat ke, hulu kelang ke, ampang, melawati. Yang tak tau kat mana nak scan baby for 2d or 3d4d boleh pergi dekat SONOWORLD CENTRE, HULU KELANG .


Ni alamat details die :

G 14 RESIDENSI BISTARIA UKAY BESTARI, HULU KLANG, Jalan Ukay Bistari, Taman Ukay Bistari, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia





Husband balik kerje terus ajak dia pergi scan. Lupe pulak time tu da petang. Baby mesti tengah tidur. Alahai… Excited sebab nak tengok anak sendiri kan.
So, biasanya minggu start minggu 16 ke atas dah boleh dah pergi untuk scan 3D/4D. Korang boleh baca details dekat bawah ni. Sekali dengan price. Aku ambik yang RM100.






Tengok condition anak ibu dalam perut ni. Mula2x sonographer scan dia tengah tidur! Ish2x. Siap tutup muke dengan tangan lagi. Nyenyak betul dia tidur ye. Sonographer kejutkan dia "adik, bangunlah, kite orang nak tengok adik ni". Sambil ketuk2x sikit perut aku. Baby bergerak tapi still tangan kat muke. Hmm. Dia ni pemalu. Asyik tutup muka je. Then sngrpher suruh pergi minum air sejuk kjp utk kejutkan die. Haha. Tapi lepas scan lagi sekali je. Die terus tido tutup muke dengan tgn & kaki. Package ok! Terus tak Nampak dah muke die. Haha. Ook salah ibu pergi petang2 time awak sakan tido.


Apa yang best sangat scan kat sini? Dekat sini aku rasa dia scan detail sangat. Walaupun actually ada untuk betul-betul scan detail, tapi yang tak detail pun aku dah rasa detail. Dekat sini semuanya yang pakar dalam bidang ultrasound. Kalau biasa kita pergi scan dekat klinik tu, doktor biasa yang scan kita. Bukan nak kata doktor tak reti scan tapi mungkin kepakaran dia tak sehebat sonographer yang memang khas buat kerje scan ni.


Actually dekat sini bukan boleh scan baby je, boleh jugak untuk scan lain. Nanti korang boleh tengok-tengok dekat website dia. Tapi untuk scan lain korang kena buat appointment dulu okieh.


Alhamdulillah, Sonographer dah mengesahkan 100% jantina anak kami. Dan dia berjaya pujuk anak kami agar tnjuk muka dia sikit. So far katanya dari segi pembesaran bayi, normal. Air ketuban pun okay. Uri berada dalam kedudukan yang baik. Alhamdulillah. Semuanya normal. Seronok kalau pergi tengok anak in real. Tak sabar nak tnggu dia keluar. Disebabkan die tak duduk dalam keadaan yg cantik. Kite dapat snap pic die cenggini je.



Rase2 baby dalam ni ikut muke ayah die. tengok hidung pun tau. haha. Masam je die ni.. *jahat ibu ni*






Kaki tangan die memang ada kat atas muke semuanya. Gymnastik kot.










See my leg. amboi kemain dia. 


Saje letak share dalam blog. mane tau gamba hilang dalam simpanan boleh tengok anak 1st ni dalam blog. Nanti awak dah besar awak boleh tengok gamba awak ni dalam perut ibu okieh. Sayang awak, muuuaahhh ! Semoga jadi anak yg solehah dengar cakap ibu dengan ayah ok. Ayah awak tu sayang awak sangat. Harap la ikut muke ayah tu, sejuk sikit perangai awak nanti. HIHI.. TAPI LESUNG PIPIT tu pls ikut ibu ok. hakhakhak. Jantina baby ? mestila hannah sytieh junior . ahaks. sorry daddy. Rase macam nak pergi scan lagi sekali. kemain ko ibu, doakan aku selamat bersalin dengan mudah k. lg 2 bulan, nerves kite ..


Love u sayang umar mokhtar and baby. 


video


video



Thanks singgah,
Hannah sytieh






1 comment:

  1. Sonographer kat sini semua perempuan ke

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH