Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Tuesday, July 16, 2013

Wah.. Best gilos pakai Bedak Arab Kokuryu

Hi, Assalamualaikum


Hah, tajuk tak boleh nak blah ko… Siap gilos lagi. Ehem..  Amboi la hana ! mentang-mentang nak raye kau sibuk dok update pasal barang-barang kecantikan kan. Boleh lawa kevavom ke raye nanti huh.

Huhu.. Aku update ni bukan untuk aku cantik2 time raye nanti. Aku update ni sebab aku pakai barang ni. Aku pakai supplement tu aku amik supplement ni. Naseb la muke aku ni bukan jenis sensitip. So, boleh le try.. Dat’s y la aku update.. Nak buat review la kononnye. Konon-kononnye larh. Huhu~

So, sape pernah dengar pasal Bedak Arab ni. Takkan tak pernah dgr kan.. Fofular la jugak kat jualan online ni. Aku pun ape lagi terdetik2 rase nak beli. Tapi boleh tahan jugak la harge die kan..

Biasenye lam online yg 50g tu, yang red case tu harge die dalam RM55 termasuk postage. Kalau yang white case pulak just 25g. Harge dalam RM45 with postage. 

Pening kejap. =.=’ Compact powder je pun. Mahal.. huhu! Bagi aku mahal la. Bagi orang lain kire ok le teww harge tu.. 

But one day aku nampak mak aku pakai bedak arab ni yang 25g (bekas putih). Wah.. punyela aku suke time tu. Mcam mengantux disorongkan bantal. Suke sebab nak menepek gak bedak mak aku tu. Huhu! Tapi mak aku da warning awal2 jgn pakai bedak die.. Huh! Tau2 je mak ni. =.=’ kedekut nye..

Tapi besok die mak aku belikan satu. Yeaahhh! Tapi kena bayar la.. mak aku beli kat kawan die dapat RM30 je tak silap aku. Tak pun RM 27 mcm tu la.. sebb die beli kali ke2 kan. Huhu! Suke beb…

Mak aku amik warne Rosset. Mak aku belikan untuk aku PuggyPink.

Ni Pilihan Warna Red Case


Cherry : putih cerah
cherry pink : putih cerah & nampak pink2
roshelle : utk kulit cerah
Orange Blush : sederahan Cerah (kuning langsat)
Russet : Sederhana /natural

Ni Pilihan Warna White Case


Puggy Pink : Kulit Cerah Kemerah merahan
Orange Blush : Kulit Cerah
Russet : Sederhana Cerah

So, pandai2la pilih warne yg sesuai dgn kulit korunk ok. Jangan amik yg cerah sgt pulak. Nanti macam hantu gomak jawabnye.

Yang aku ni bajet je aku pakai warne cerah kemerah-merahan kan. Ko ingat ko tu cerah sgt ke hana oi.. Haha~ Naseb la mak yg belikan. Tapi ok je aku pakai. Just pakai nipis2 je.. Jgnle sapu sepuluh lapan kali kat muke korunk tu. Tu yg jadi macam hantu gomak tu. Haha~

Tapi sangat best oh bedak arab ni. Sebab die bukan macam bedak biase tu. Bedak ni 3 in 1. Mouisturizer, foundation dan alas bedak. Hah! Sangat jimat kan. Tak perlu foundation pun takpe. Just basahkan sponge yg dibagi tu then sapu kat bedak tu then tacap kat muke. Senang sangat. Dah tacap dah, pastu boleh la korunk feeling2 lawa macam orang2 arab or macam princess. Princess la sgt ko tu hana.. Haha!

Jum tengok keistimewaan and cara pakai bedak ni. Let’s go babe :

Keistimewaan
    •     mengikut aliran darah
    •         kemas dan sekata
    •     tidak menghitam dan menggelapkan kulit
    •     sgt bagus bila berpeluh (bertambah cantik) 
    •         tidak melekat pada tisu @ tudung
    •         mengecutkan jerawat
    •         tidak berminyak dan ringan
    •     tahan selama 8 jam
    •     suci dan halal utk di bawa solat
    •         mempunyai uv protection 

Cara Pakai

Jika anda tidak basahkan sponge, maka alas bedak tersebut tidak lekat di permukaan sponge.. Kenapa? ini kerana bedak ini 3 in 1 (mouisturizer, foundation & alas bedak)

1. Basahkan sponge terlebih dahulu.

2. Kemudian perah.

3. Baru apply dekat muka seperti biasa (apply kalau boleh tipis sekali sapu, tak perlu sapu banyak kali macam pakai compact powder biasa sebabnye bedak akan meresap terus ke kulit muka & akan berubah mengikut aliran darah anda.. nanti muka macam patung kalau apply tebal2)

Peringatan : Sponge tu kalau boleh (lepas guna) keringkan & tak perlu simpan di dalam plastic die balik untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.

Btw kalau sponge dah kotor, boleh basuh sponge tersebut sehingga bersih, keringkan & boleh guna balik sponge tersebut :)



Dah, itu je.. Senangkan. Ni testimony dari side aku :
  • Flawless.. Bile aku tengok mak aku pakai je. Kulit die mcm takde cela. Gile cun mak aku ni. Flawless. Hoho. Tapi memg mak aku cun pun. Tengok anak la. (EH! xde kena mengena) Perasan je lobeyh aku ni. Huhu~
  •  Bertahan lame. Tak payah nak tacap2 lagi dah. Tak tipu. Jimat. Compact powder aku dah pakai almost 3 month. Tak habes2 lagi. Ade banyk lagi. Jimat dah kat situ.
  • Menutup cela yg ade dgn sgt2 very good.. aumm.. Tpi macm aku ni kdg2 ade eye bag. Tak cukup tido je gelap da bawah mate. Bengkek je.. So, tacap2la lebeyh sikit. Tutup2 sikit. Huu~ So, xde la nampak sgt kan..

Ok, itu jela cerite aku. Nak letak pic tapi camera ph aku tak terror. Ni je yg ade. Cikedouttt .

Ni contoh bedak. My mom nye compact powder. White case (russet).
Aku nye tertinggal lam keta. Malas nak p amik.

Yang ni aku pakai white case (russet). Gambar sebelah kanan. 
Gambar sebelah kiri tak pakai pape. Mate terjuling pulak. So tutup ngn love. HAHA!
No Edit. Tambah watermark je.

Psstt : Ok lah, tu je nak update. Klau aku elaborate memg tak leh nak stop oh! Macm tgh buat krangan. Mencurah-curah idea dtg. Cer korunk bukak air paip sekrg. Hah! Kuar air tak ? mencurah curah tak ? Mencurah-curah die mcm tu lah. Hokaloh! Ok la. Sat lagi sblum tido nak makan kuih yang bulat, tengah dia ada lubang salut dengan gula halus tu. MELAMPAULAH KALAU DONUT PUN TAK TAHU KAN? huh~
Im tired. Lets call it a night.
Good night and thanks for reading.
XOXO, Hannah Sytieh


Monday, July 15, 2013

Cocoa Colagen Sangat Best

Hi, Assalamualaikum


Hi, jum update pasal review barang kecantikan. Biase la pompuan. If tak shopping baju shopping supplement. Sape nak cantik time raye nanti, angkat lattop. Huhu~

Cantik ni universal. Tk semestinye putih melepak tu cantik. Yang hitam manis tu cantik jugak pe.. ehem.

Harini nak update pasal minuman terkini Cocoa Collagen. Memang terbaik and sedap.

Produk ni paling murah di pasaran. Aku beli 3 kotak tahan sebulan jugak le. Satu kotak harge RM19 mcm tu la. Tapi bile ade promotion boleh dapat 3 kotak RM40 ke RM45 (lupe) . Tapi berbaloi-baloi. Satu kotak ade 10 sachet je. (25g x 10 sachet x 3 kotak = cukup sebulan)

Serba sedikit pasal Cocoa Collagen ni :

Produk ni mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman. Koko Pracampuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabic. Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.


Cer bace comment sebelah. ade je feedback yg positif kan. 
Enlarge kan gambar. Just double click.

CCPP ni bukan untuk luaran je, cantik dalaman pun boleh. Ni ade sikit maklum balas dari aku:
  •  Cergas and bertenaga . Kalau minum malam2 sure susah nak tido.. So, aku amalkan minum time kerje kat ofis.. Tapi bulan ramadhan ni aku amik time sahur le…
  •  Sedap and mengenyangkan.. Bile aku amik pagi2.. Aku tak perlu breakfast dah. Time lunch pun tak lapar sangat. Serius best wo…
  •  Ehem, ni sensitip sikit.. Pompuan je boleh bace. Aha.. Faraj rase fresh je.. (ermm, tak tau nak explain macam ne, sbb segan terlebeyh ) Tapi pape pun memg best untuk dalaman.
Ni semua ape yang aku alami. Lain orang lain kesan die.. Tpi yang aku search semua positive. Jum aku attached sikit feedback dari orang lain : 
  • Kulit muka menjadi glowing mowing
  • Dada 'ter'push up . Payudara lebih tegang, terletak & bulat  
  • Tumit kaki lembut dan licin..tiada lagi kasar2..
  • Parut jerawat makin sekata :)  dan menghilang (dulu kalo pakai bedak part parut jerawat mesti obvious nampak.. sekarang tak lagi )
  • Body pun makin cantik shapenya.. Susuk tubuh lebih kemas & tidak menggelebeh.
  • Badan lebih bertenaga & cergas
  • Kulit muka yang kering menjadi lembab & pengecutan jerawat.
  • Denyutan di payudara, susu badan bertambah (bagi ibu yg menyusukan anak).
  • Kulit muka menjadi kemerahan & berseri.
  • Berat badan berkurangan (bagi pengguna jenis gemuk air)
  • Wajah kelihatan lebih muda & kulit lebih anjal
  • Faraj lebih ketat & rapat.
Semua kesan2 ni aku compile and aku pendekkan dr blog org lain. Kebanyakan kesan die memg yg kat atas ni. Rate2 blog semua bg kesan yg same. Tpi tak la semua. Just ade certain2 yang same. Sebab kesan yang diterima adalah beebeza mengikut individu.

Jum tengok detail pasal produk ni. Ni aku tengok dari blog amoi heaxa.. Kredit untuk blog kak amoi yang tgh cecomel sarat pregnant ni ok.

Kandungan Cocoa Collagen Power Plus
  • Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
  • Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
  • Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
  • Krimer Bukan Tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
  • Dextrose Monohydrate - Melambatkan proses penuaan
  • Oligo Saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.
Kebaikan dan Khasiat
  • ·         Membantu mengimbangi hormon
  • ·         Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
  • ·         Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
  • ·         Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
  • ·         Melambatkan proses penuaan
  • ·         Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
  • ·         Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
  • ·         Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • ·         Memberikan tenaga
  • ·         Membantu mengurangkan keguguran rambut
  • ·         Melancarkan peredaran darah dalam badan
  • ·         Mengimbangi berat badan
  • ·         Meningkatkan daya penghadaman
  • ·         Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot
Cara Pengambilan
  • Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas/air suam supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut.
  • Minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam. Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang.
  • Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya.
Penggunaan
  • Semua wanita berumur dari 20 tahun ke atas (sudah berkahwin/belum berkahwin) boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini.
  • Ibu-ibu lepas bersalin (amat digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman.
  • Dilarang sama sekali untuk wanita yang mengandung & juga lelaki.  
      Aku just berkongsi produk2 yang aku rase terbaik di pasaran. Aku tak jual tau.. Tapi boleh dapatkan CCPP ni dekat kiosk yg berdekatan.. Kat carefour2 or aeon2 mesti ade.. Yg jual barang2 supplement tu. Pastikan korunk dapat yg original and harge yg berpatutan.


Salah satu kesan lepas korunk minum CCPP ni ialah, korunk akan jadi gile gambar macam aku. 
Haha.. Gurau je. Ni gambar iklan penutup hokeyh.

\    Psstt : Kadang2 lame aku tinggalkan blog ni kan. Sebab takde idea or malas. Huhu.. Tapi sebenarnye banyak benda boleh update. Tapi sape2 yg ade idea untuk apa yang boleh aku tulis for the coming entries, jangan malu2 email aku ya. Then kalau ade yang tak best lam blog die sile2 la tegur ok. Tinggalkn je comment kt mane2 entry. Email : Sitihasanah31@ymail.com. Mana tahu, idea best daripada korunk  membolehkan  kita makan malam bersama. Ewwahh.. HAHA! (joking) Don’t  mark my words. Signing off. Chow kawan – kawan !

Tanx Reading
Xoxo, Hannah Sytieh

Tuesday, July 9, 2013

Happy Fasting Day To All Muslimin & Muslimah 2013 :)

Hi, Assalamualaikum


Instagram di banjiri gambar-gambar sume org pergi terawih, telekung, songkok n semua-semua la… Sangat Comel!! Alhmdullillah di atas nikmat Allah ini. Happy tak terkate dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan lagi. Macam nak menanges pun ade sebab terase happy sangat2 yg tak boleh diluahkan dengan kata-kata. Alhamdullillah.

"Ya Allah sekiranya ajal ku sampai di bulan Ramadhan yang mulia ini ku mohon kepadaMU biarlah matiku ketika ku sedang mengerjakan Solat Tarawih dan sedang ku bersujud kepadaMU..kerana Solat Tarawih hanya muncul setahun sekali begitu juga bulan Ramadhan. Engkau terimalah taubat hambaMU yg hina ini dan Engkau ampunilah segala dosa2 ku.." Amin Ya Rabbal A'lamin..


Barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan kerana Iman dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa - dosanya yang telah lalu " ( HR. Bukhari dan Muslim )

Dgn syarat , puasanya IKHLAS & perbanyakkn IBADAH di bulan yg mulia ini . 

Ramadhan is coming. Syaitan is crying. Malaikat is Waiting. Syurga is Opening. Neraka is Closing. Alhamdulillah.... May Allah bless us for this coming ramadhan.... InsyaAllah.... Happy Ramadhan all....... Mohon maaf jika ada salah dan silap...

SELAMAT BERPUASA SEMUA !

 Salam Ramadhan kawan-kawan
Assalammualaikum
XOXO, Hannahsytieh
© Hannah Sytieh | Design By MH