Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Saturday, February 8, 2014

Review Tema Pertunangan dari ASYRIQ’S BRIDAL KATERING

Assalammuaaikum

Hi, yaw… Lame da tak update. Rindu… Nak update stok terbaru ni pun still pending lagi. Huwaaa… Baru 50% je siap.. Tapi set CPVE still berjalan dgn bagus lagi.. Tanx customer J Walaupun aku tak selalu update tapi business still berjalan dgn lancar. Alhamdullillah J

Baru2 ni ramai member2 yg da bertunang. So, aku nak buat review pasal majlis pertunangan yg aku pergi. So, boleh bg inspirasi ke sape2 kan..

Now, nak review pasal majlis SITI LIYANA ZAIHAN. Majlis die ni masuk dalam majalah PENGANTIN . Bulan berape punye hana tak tau. Majlis ni liyana amik pakej tempahan dari ASYRIQ’S BRIDAL KATERING.

Jum usha tema design terbaru dari ASYRIQ’S BRIDAL KATERING untuk majlis bertunang.

By de way, liyana amik pakej :

Mini Pelamin
Baju bertunang + Tudung + Veil
Makeup
Canopy Aladdin

Cost BUDGET dalam RM 1500 - RM 300O

Depends pade pakej yang korang ambik ok.. If nak diskaun lagi korang leh berbincang dgn mereka di page FB : ASYRIQ’S BRIDAL KATERING 









Last but not least.


MAKEUP - PERFECT . Ayu & Sweet

BAJU - CANTIK (nice color combination with their scarf & veil)

Korang review la sendiri dgn gmbar diatas. Samaada ok ke tak.

Bagi aku dari atas ke bawah memg tiptop.. Ala2 majlis wedding lagi. Too much perfect dgn harge yg berpatutan. 


MINI PELAMIN - 'Sweet Cherry Blossom' Memang sweet and nice simple yet :)



Hantaran mereka gubah sendiri :)

Ok, done review. Thanks singgah and reading. Harap entry ni membantu siapa2 untuk mencari idea ataupun untuk mencari E-DAY Planner or Wedding Planner . 

Thanks Reading,
Hannah Sytieh






Tuesday, January 28, 2014

Final Proposal - COOL TALCUM MAKER MACHINE (Mesin Memproses Bedak Sejuk)



Hi, Assalammualaikum

Lame tak update blog kan. Busy gile gamaknye. Memang bussy pun. Post bulan JANUARY 2014 la yang paling teruk aku rase. Haha!

Takde idea la dik non bang mat oi. Tapi aku rase sekarang mcm ade mood je.. Mood on.. Bile aku godek2 lam lattop aku ni, banyak assingment2 aku time belajar. So, ape kate aku publish je dalam blog ni. Sekurang-kurang nya dpat bagi adik2 abang2 yg tengah belajar tu idea kan.

Sape tau proposal akhir ?

Biasenye budak2 yang ambik kejuruteraan mesti tau kan.. Mesti sem 5 kene buat proposal and sem 6 kene buat projek akhir. For final.. So, kat sini aku nak publish sikit proposal time aku study2 dulu. So yang ni PROPOSAL FINAL KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK.

Harap2 dapat membantu…

Proposal hari ni aku nak publish about

COOL TALCUM MAKER MACHINE’
(Mesin Memproses Bedak Sejuk)


ABSTRAK


Projek yang dinamakan ‘Cool Talcum Maker Machine’ ini dihasilkan adalah untuk memperbaharui cara atau proses pembuatan bedak sejuk yang masih menggunakan teknik tradisional. Selama lebih kurang enam bulan masa yang diambil untuk membuat perancangan penglaksanaan projek ini. Antara perkara-perkara yang dibincangkan ialah tentang rekabentuk projek, pemilihan komponen dan sistem serta kos untuk menghasilkan projek ini.
Setelah membuat beberapa kajian dan mengambil masa yang singkat serta penglibatan kos yang rendah, namun berbagai kebaikan dapat digunakan dari penghasilan projek ini. Diharap dengan terhasilnya projek ini nanti dapat memberi kebaikan pada masa depan kelak.


PENGENALAN


‘Cool Talcum Maker’ merupakan satu mesin atau sistem yang beroperasi secara “automatic” tanpa memerlukan pengendalian oleh tenaga manusia bagi mengawal sistem tersebut. Ianya menggunakan sistem kawalan ‘Electro-pneumatic’ bagi operasi tersebut. Sistem ini dihasilkan bertujuan untuk membantu industri-industri kecil dalam  menjalankan pengeluaran bedak sejuk. Sistem ini hanya boleh membantu industri dalam menjalankan proses membentuk bahan mentah menjadi bedak.

Pada asalnya sistem ini hanya beroperasi secara ‘manual’ iaitu dengan menggunakan tenaga kerja manusia untuk menitik atau membentuk bahan mentah menjadi bentuk bedak yang dikehendaki. Namun setelah diubahsuai daripada keupayaan fungsi asal, ia telah berkebolehan menjalankan kerja secara optimum.Sistem ini sesuai untuk dikomersilkan kerana dalam kajian kami sistem ini belum pernah dicipta atau diusahakan oleh mana-mana pihak.


OBJEKTIF


Antara objektif projek ini dilaksanakan ialah untuk:

ü  Proses pembuatan bedak sejuk dalam masa akan datang dapat dipercepatkan berbanding teknik tradisional.
ü  Dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja ketika proses pembuatan. Dimana produk dapat disiapkan lebih cepat dengan menggunakan mesin tanpa menggunakan tenaga manusia.
ü  Kos pengeluaran dapat dijimatkan dari segi gaji pekerja dan sebagainya.
ü  Kualiti produk lebih bermutu tinggi.
ü  Produk dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat dan saiz yang seragam.



SKOP PROJEK


ü  Agar cara-cara yang betul dapat dipelajari ketika membuat penyambungan, pemasangan
dan penyelenggaraan system elektro-pneumatik.
ü  Komponen input dan output dapat dikenalpasti untuk membuat projek ini.
ü  Dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang elektrik, elektro-pneumatik dan mekanikal.
ü  Rekabentuk projek yang dicipta dapat dipelbagaikan  dan dipelajari.
ü  Cara-cara yang betul dapat dipelajari bagi membuat atau mengawal program yang dibuat dalam projek.



KAJIAN TERHADAP PROJEK (literature review)

KAJIAN TERHADAP MAGNETIC PROXIMITY SWITCHES


Sensor yang digunakan untuk mengawal pergerakkan silinder pada projek ini ialah jenis magnetic proximity switches yang mana dapat mengesan pergerakkan silinder dan seterusnya menghantar isyarat dan mengoperasikan system.Ia dikeluarkan mengikut saiz dan keupayaan untuk mengesan. Saiz magnetic proximity switches yang digunakan ialah 30 x 6mm x 5mm.

Komponen ini menggunakan 3 wayar bersama dengan L.E.D. Indicator.
L.E.D. Indicator pada komponen ini digunakan untuk memberi isyarat bahawa ia telah mengesan pergerakan sebarang komponen khususnya pergerakan silinder. Gambarajah dibawah merupakan gambar magnetic proximity switches yang digunakan.



Setiap komponen mempunyai binaannya dan keistimewaannya yang tersendiri.
Magnetic Proximity Switches juga tidak terketinggalan dengan binaan yang
sistematik dan mampu menyaingi perkembangan teknologi pada masa kini.

Komponen ini dibina dengan menggunakan prinsip elektro-magnet yang berfungsi
untuk mengesan logam khususnya pergerakan silinder.Gambarajah dibawah
merupakan lakaran binaan magnetic proximity switches.



Senarai dibawah merupakan  sistem-sistem dan mesin-mesin yang menggunakan magnetic proximity switches :-




Setiap benda atau alat pengesan yang dicipta mempunyai kaedah pengesanan yang dibuat dalam mengesan sesuatu objek.Rajah-rajah dibawah merupakan kaedah-kaedah pengesanan yang dibuat oleh magnetic proximity switches :-



Spesifikasi komponen adalah penting dalam membuat kajian samada komponen tersebut sesuai atau sebaliknya untuk digunakan dalam sesuatu sistem/mesin.Berikut merupakan spesifikasi magnetic proximity switches yang digunakan dalam mesin ini.



KAJIAN TERHADAP SISTEM KAWALAN PNEUMATIK


Sistem kawalan yang digunakan dalam penghasilan projek ini adalah menggunakan sistem elektro-pneumatik. Sistem ini digunakan untuk menggerakkan double acting cylinder yang berfungsi sebagai penggerak penutup atau penghalang lubang yang terdapat pada bekas yang mengandungi adunan bedak sejuk yang masih cair dari jatuh keatas pallet yang melalui konveyor. Sistem ini mengunakan Air Compressor jenis Two Stage Horizontal Pressure Lubed – 80 Gallon.

Berikut merupakan contoh gambar dan spesifikasi air compressor yang digunakan.




Merujuk kepada spesifikasi diatas, kajian telah dibuat bahawa sistem ini menggunakan bekalan kuasa sebanyak 230V ac untuk mengendalikan air compressor. Air compressor ini mampu mengeluarkan tekanan udara mampat sebanyak 17.2 PSI untuk dihantar ke komponen pneumatik khususnya silinder.

Bekalan kuasa yang dibekalkan kepada air compressor tidak sama dengan bekalan kuasa yang dibekalkan kepada sistem elektro-pneumatik.Sistem ini memerlukan tenaga elektrik hanya sebanyak 24V dc untuk melakukan pengoperasian.

Gambarajah dibawah menunjukkan contoh penyambungan komponen-komponen pneumatik:






KOMPONEN-KOMPONEN YANG DIGUNAKAN



BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN

Bahan mentah yang digunakan telah diproses dan disimpan di dalam tempayan atau bekas tertutup selama setahun.



KAEDAH PERLAKSANAAN PROJEK (METHODOLOGY)




BLOCK DIAGRAM PROJECT



GAMBARAJAH PROJEK







MESIN PEMPROSES BEDAK SEJUK










Ok, done... Ni name die proposal awal time sem 5. Just sketch and kite present kat depan lecturer.

So, itu je la nak share for today. Nanti kite jumpe kat entry PROPOSAL FINAL FOR ENGINEERING yang lain plk. Gud luck guys..


Tanx Singgah,
Hannah Sytieh 






Monday, January 13, 2014

Apa readers suka bace ? Jum Kaji ..


Hi Assalammualaikum

Saje nak buat enty, readers suke bace bab ape ? Kat sini aku ade attached sikit org yang selalu google then tetibe masuk ke blog aku. Mihmihmih.



Diam tak diam dah lame aku buat blog ni. Tapi pade awalnye just saje2 pun nak buat. Ala2 nak buat diari gitu. Kejap menaip kejap tak. Dulu2 suke la cerita bab diri sendiri. Bukan main ko senah. Cerita pasal luahan hati la. Ape la. Cinte hati, hati dilukai. Haha~ berbulu je aku bace balik kan. Memang dasar tak matang.

Pastu, tetibe ade plk yg membace. Aku ingat tak hado langsung yg membace. Boleh tahan beng*** aku ni. Dah kate update kat blog, mestila ade org bace walaupun tak ramai mane pung. Huh~

Malu la der ade org bace bab2 gitu. Geli, jiwang minah ni rupenye.. Huhhhh. Buat segan je. Pastu ade plk yg komen, ape kate ko buat entry yg bermanfaat sikit. Yang boleh share ke orang ramai. Bukan untuk diri ko sorang je. Ok, foine. Sentap mak senah kat situ.

So, dari situ bermula lah kesah blog ni. Maken lame maken suke plk aku berblog. Lagi2 dengan sokongan MEK ONIE. Eh! Makin lame makin rapat ngn minah sorg ni. Baru aku tahu yg kawan ngn die ni best, time kat poly dulu aku tak tau pun. Mihmihmihmihmih. TQ MEK ONIE.

Jum la back to the point . Ape orang suke baca :

1)    RESEPI

Ni memang golongan2 perempuan la ni yang selalu google. Tapi lelaki yg suke memasak tu ade jugak kot dok google pasal resepi. Of course la ramai yg suke baca pasal makanan. Apetah lagi bile tengok gambar dalam blog tu mcm sedap je. Mestila dorang nak tahu pulak resepi makanan tu kan.



2)    GOSSIP

Ade jugak readers yg suke bace bab gossip2 ni. Terutama bab2 artis. Bukan main pos pasal artis ni artis tu. Hamboi. Bab2 politik tak nak gossip ke ? kalau aku pun tak suke bace bab2 politik. Tapi bacela jugak sikit2. Die org kan kebanyakkan nye da tua2 so, tak berape nak menarik la nak amik tau.

3)    KECANTIKAN

Ini memang lumrah la kan. Semua orang suke bende2 kecantikan. Review post pasal barang kecantikan memg sentiasa akan meletup. Awww.. Tak kira lah barang ape. Untuk rambut cantik ke, siku cantik ke, bontot cantik ke, kasut cantik ke. Semua akan meletups.. Dan satu bende lagi bila anda cantik plus dengan penulisan anda yang superb memang anda mempunyai pakej lengkap.



 4)    MERAPU

Ada blogger yang suka merapu ini. Tapi ramai yang suke. Semua bende die nak cerita. Tapi cerita die best kot.. Dah macm novel harian. Penulisan yang bersahaja ditambah dengan lawak. Memang cool and superb.

5)    TUNANG / PERKAHWINAN

Bab-bab kawen ni pun sgt popular. Maybe ramai yang nak tau pasal design baju kawen, jenis hantaran ape yang sesuai. Pelamin yang lawa n bla bla bla.. Sape buat entry ni memg akan hits la traffic blog dia orang. Tak percaye ? Cer korang try update. J




Ok la, buat 5 point je untuk entry kali ni.. Ade lagi point yg akan hits. Contohnye, DIY, TUTORIAL TUDUNG TERKINI and TRAVEL. Tu je la yang mampu aku ulas. Jumpe kat lain entry yaw... :)

 Tanx Reading,
Hannah Sytieh 
Peace !





© Hannah Sytieh | Design By MH