Hi, Assalammualaikum
Lame tak update blog kan. Busy gile
gamaknye. Memang bussy pun. Post bulan JANUARY 2014 la yang paling teruk aku
rase. Haha!
Takde idea la dik non bang mat oi. Tapi
aku rase sekarang mcm ade mood je.. Mood on.. Bile aku godek2 lam lattop aku
ni, banyak assingment2 aku time belajar. So, ape kate aku publish je dalam blog
ni. Sekurang-kurang nya dpat bagi adik2 abang2 yg tengah belajar tu idea kan.
Sape tau proposal akhir ?
Biasenye budak2 yang ambik kejuruteraan
mesti tau kan.. Mesti sem 5 kene buat proposal and sem 6 kene buat projek
akhir. For final.. So, kat sini aku nak publish sikit proposal time aku study2
dulu. So yang ni PROPOSAL FINAL KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK.
Harap2 dapat membantu…
Proposal hari ni aku nak publish about
COOL TALCUM MAKER MACHINE’
(Mesin Memproses Bedak Sejuk)
ABSTRAK
Projek yang
dinamakan ‘Cool Talcum Maker Machine’ ini dihasilkan adalah untuk memperbaharui
cara atau proses pembuatan bedak sejuk yang masih menggunakan teknik
tradisional. Selama lebih kurang enam bulan masa yang diambil untuk membuat
perancangan penglaksanaan projek ini. Antara perkara-perkara yang dibincangkan
ialah tentang rekabentuk projek, pemilihan komponen dan sistem serta kos untuk
menghasilkan projek ini.
Setelah membuat
beberapa kajian dan mengambil masa yang singkat serta penglibatan kos yang
rendah, namun berbagai kebaikan dapat digunakan dari penghasilan projek ini.
Diharap dengan terhasilnya projek ini nanti dapat memberi kebaikan pada masa
depan kelak.
PENGENALAN
‘Cool Talcum
Maker’ merupakan satu mesin atau sistem yang beroperasi secara “automatic” tanpa memerlukan pengendalian oleh
tenaga manusia bagi mengawal sistem tersebut. Ianya menggunakan sistem kawalan
‘Electro-pneumatic’
bagi operasi tersebut. Sistem ini dihasilkan bertujuan untuk membantu
industri-industri kecil dalam
menjalankan pengeluaran bedak sejuk. Sistem ini hanya boleh membantu
industri dalam menjalankan proses membentuk bahan mentah menjadi bedak.
Pada asalnya
sistem ini hanya beroperasi secara ‘manual’ iaitu dengan menggunakan tenaga kerja manusia untuk menitik atau
membentuk bahan mentah menjadi bentuk bedak yang dikehendaki. Namun setelah
diubahsuai daripada keupayaan fungsi asal, ia telah berkebolehan menjalankan
kerja secara optimum.Sistem ini sesuai untuk dikomersilkan kerana dalam kajian
kami sistem ini belum pernah dicipta atau diusahakan oleh mana-mana pihak.
OBJEKTIF
Antara objektif
projek ini dilaksanakan ialah untuk:
ü Proses
pembuatan bedak sejuk dalam masa akan datang dapat dipercepatkan berbanding
teknik tradisional.
ü Dapat
menjimatkan masa dan tenaga kerja ketika proses pembuatan. Dimana produk dapat
disiapkan lebih cepat dengan menggunakan mesin tanpa menggunakan tenaga
manusia.
ü Kos pengeluaran
dapat dijimatkan dari segi gaji pekerja dan sebagainya.
ü Kualiti produk
lebih bermutu tinggi.
ü Produk dapat dikeluarkan
dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat dan saiz yang seragam.
SKOP
PROJEK
ü
Agar cara-cara yang betul dapat dipelajari ketika
membuat penyambungan, pemasangan
dan
penyelenggaraan system elektro-pneumatik.
ü Komponen input
dan output dapat dikenalpasti untuk membuat projek ini.
ü Dapat
meningkatkan pengetahuan dalam bidang elektrik, elektro-pneumatik dan
mekanikal.
ü Rekabentuk
projek yang dicipta dapat dipelbagaikan
dan dipelajari.
ü Cara-cara yang
betul dapat dipelajari bagi membuat atau mengawal program yang dibuat dalam
projek.
KAJIAN
TERHADAP PROJEK (literature review)
KAJIAN TERHADAP MAGNETIC
PROXIMITY SWITCHES
Sensor
yang digunakan untuk mengawal pergerakkan silinder pada projek ini ialah jenis magnetic proximity switches yang mana
dapat mengesan pergerakkan silinder dan seterusnya menghantar isyarat dan
mengoperasikan system.Ia dikeluarkan mengikut saiz dan keupayaan untuk
mengesan. Saiz magnetic proximity switches yang digunakan ialah 30 x 6mm x 5mm.
Komponen
ini menggunakan 3 wayar bersama dengan L.E.D. Indicator.
L.E.D. Indicator pada komponen
ini digunakan untuk memberi isyarat bahawa ia telah mengesan pergerakan
sebarang komponen khususnya pergerakan silinder. Gambarajah dibawah merupakan
gambar magnetic proximity switches yang digunakan.
Setiap komponen mempunyai
binaannya dan keistimewaannya yang tersendiri.
Magnetic Proximity Switches
juga tidak terketinggalan dengan binaan yang
sistematik dan mampu menyaingi
perkembangan teknologi pada masa kini.
Komponen ini dibina dengan
menggunakan prinsip elektro-magnet yang berfungsi
untuk mengesan logam khususnya
pergerakan silinder.Gambarajah dibawah
merupakan lakaran binaan
magnetic proximity switches.
Senarai dibawah merupakan sistem-sistem dan mesin-mesin yang
menggunakan magnetic proximity switches :-
Setiap benda atau alat pengesan
yang dicipta mempunyai kaedah pengesanan yang dibuat dalam mengesan sesuatu
objek.Rajah-rajah dibawah merupakan kaedah-kaedah pengesanan yang dibuat oleh magnetic
proximity switches :-
Spesifikasi
komponen adalah penting dalam membuat kajian samada komponen tersebut sesuai
atau sebaliknya untuk digunakan dalam sesuatu sistem/mesin.Berikut merupakan
spesifikasi magnetic proximity switches yang digunakan dalam mesin ini.
KAJIAN TERHADAP SISTEM KAWALAN
PNEUMATIK
Sistem
kawalan yang digunakan dalam penghasilan projek ini adalah menggunakan sistem
elektro-pneumatik. Sistem ini digunakan untuk menggerakkan double acting
cylinder yang berfungsi sebagai penggerak penutup atau penghalang lubang yang
terdapat pada bekas yang mengandungi adunan bedak sejuk yang masih cair dari jatuh
keatas pallet yang melalui konveyor. Sistem ini mengunakan Air Compressor jenis
Two Stage Horizontal Pressure Lubed – 80
Gallon.
Berikut merupakan contoh gambar dan spesifikasi air compressor yang
digunakan.
Merujuk
kepada spesifikasi diatas, kajian telah dibuat bahawa sistem ini menggunakan
bekalan kuasa sebanyak 230V ac untuk mengendalikan air compressor. Air
compressor ini mampu mengeluarkan tekanan udara mampat sebanyak 17.2 PSI untuk
dihantar ke komponen pneumatik
khususnya silinder.
Bekalan kuasa yang dibekalkan kepada air compressor tidak
sama dengan bekalan kuasa yang dibekalkan kepada sistem
elektro-pneumatik.Sistem ini memerlukan tenaga elektrik hanya sebanyak 24V dc
untuk melakukan pengoperasian.
Gambarajah
dibawah menunjukkan contoh penyambungan komponen-komponen pneumatik:
KOMPONEN-KOMPONEN
YANG DIGUNAKAN
BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN
Bahan
mentah yang digunakan telah diproses dan disimpan di dalam tempayan atau bekas
tertutup selama setahun.
KAEDAH
PERLAKSANAAN PROJEK (METHODOLOGY)
BLOCK
DIAGRAM PROJECT
GAMBARAJAH
PROJEK
MESIN PEMPROSES BEDAK
SEJUK
Ok, done... Ni name die proposal awal time sem 5. Just sketch and kite present kat depan lecturer.
So, itu je la nak share for today. Nanti kite jumpe kat entry PROPOSAL FINAL FOR ENGINEERING yang lain plk. Gud luck guys..
Tanx Singgah,
Hannah Sytieh
Salam..is it dia operate?..berapa kalau saya nak beli
ReplyDeleteRM 2.6 B LA AUNTIE
ReplyDelete