Resepi Nasi Minyak
Bahan A:
3 Mangkuk beras
Bahan B:
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan
3 1/2 mangkuk air
Bahan C:
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
rempah penumis: kayu manis, cengkih, bunga lawang
4cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 sudu besar rempah beriani
Bahan D:
2 sudu besar air mawar
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
garam secukup rasa
1 biji limau nipis
Cara:
1. Rebus Bahan B di dalam periuk nsi
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin. kemudian tumis kesemua Bahan
C hingga kekuningan.
3. Masukkn rempah beriani dan beras. Gaul beras sehingga berkilat
dan kemudian matikan api.
4. Masukkan kesemua Bahan D ke dalam air rebusan Bahan B tadi.
5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan ir limau nipis, kacau lagi dan tutup
periuk.
7. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air di dalam
periuk kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk dan
perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul
masak dan bolehlah dihidang.
8. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
di atasnya.
Resepi Ayam Masak
Merah
Bahan A:
1 ekor ayam - potong 12
2 mangkuk minyak
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan
Bahan B : kisar
1 batang serai
4cm lengkuas
15 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4cm halia
2 cm kunyit
Bahan C:
3 sudu besar madu atau gula merah
2 sudu besar gula
1 mangkuk sos tomato
1 sudu besar garam
1/2 mangkuk air
Cara:
1. Gaulkan daging ayam dengan garam dan
kunyit. Goreng hingga masak.
2. Tinggalkan sedikit minyak bekas
gorengan ayam tadi dan tumis kesemua Bahan B sehingga terbit minyak atau
sehingga masak.
3. Masukkan kesemua Bahan C. Kacau rata
sehingga kuat pekat. Masukkan daun pandan.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng
dan gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan daun limau
purut.
Psst : Biasanye kalau aku buat nasi lemak ke nasi minyak ke nasi briani ke. Semua aku kukus.. And kalau masak ayam masak merah aku suke letak daun pandan sikit. Baru wangi. J
Die ni makan sampai licin. Memang fevered die pown.. ahahaha. Sayang kau la wahai adeq ku.
Tanx Reading, Nanti ade mase boleh jumpe lagi. Haha
Xoxo,
Hannah Sytieh
No comments:
Post a Comment