Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Sunday, May 5, 2013

KEEK - Hannahsytieh

Hi, Hari tu Instagram. Kini KEEK plk… Mesti ramai yg da tahu keek tu ape.. Keek tu tempat untuk kite upload Video. Video sahaja.. Macam Instagram kite just upload pic.. tapi keek kite record video. Macam tu la lebeyh kurang.. Huhu.. Mule mule dulu dok cakap lam hati ape yg best sgt keek tu.. Mcm poyo je.. 

Ha, sekarang ni aku plk yg tergetik getik nak buat keek kan.. Sikit-sikit cakap sorang-sorang konon2 nak upload lam keek. Haha. Macam meroyan sorang2 pun ade .



I'm keeeking for fun guys

Korunk bile lagi nak buat ? kalau dah buat sile-sile lah tinggalkan link or name keek korunk kat sini ye.. Aku nak stalk korunk. Huhu

Tanx  Reading
XOXO, HannahSytieh
 ;)

Saturday, May 4, 2013

Tuition - Math Clinic, Setiawangsa :)

Hi,  Sebagai kakak kepada adeq-adeq aku. Aku mestilah piki pasal masa depan adeq-adeq aku.. Lagi-lagi yang masih bersekolah. Cube bg tau aku kakak mane yg tak syg adeq. Mestilah sayang.

Oleh itu, aku sgt risau dengan adeq lelaki aku yg sorang ni.. Darjah 6, and kena menduduki UPSR untuk tahun ni.. Risau sangat. Dahla, bile aku balik kerje aku Nampak die da tido. Mengaji kemane, belajar kemana. Lepas tu weekend sebuk main game plk. Bile aku tanye “JIBY DAH STUDY BELUM!” jawapan die mesti, jiby da study pagi td, akak je tak nampak. Akak kan tido. Sentap akak kau ni dengar tahu tak ! Bukan main kau pandai menjawab.

Disebabkan itu, minggu lepas aku daftarkan kau Tuition dekat MATH CLINIC, setiawangsa.. Sekurang kurangnye die ni belajar la jugak. Dari dok main game je kat rumah.. Kalau bukan game, main internet.. Macam nk pelangkung je pale ko deq.

Nak tahu lebih lanjut pasal TUITION, MATH CLINIC ? Ni ade sedikit info yg aku catatkan :


Vision / Visi

The Maths Clinic represents a thorough and synergistic integration of the center's experience. We look forward to deepen our intellectual and cultural role in society even as strive towards our goal of being a leading education centre in Malaysia and beyond our borders. As a player in this ever changing and fast moving education trend, we emphasize in providing the best for our students. With the state-of-the-art facilities and capacity, we pledge to continue nurturing our students by providing those craving for quality education a conducive, motivating, and caring enviroment.

Mission / Misi

The Maths Clinic professionally managed, academically strong all corners of Kuala Lumpur and beyond. Our major objective is to bring even greater opportunities to thousands of students across Malaysia

Facilities / Kemudahan

Kemudahan yang disediakan di Maths Clinic
 * Pengangkutan Disediakan di Setiawangsa & Wangsa Maju



Branches / Cawangan

1. Setiawangsa
2. Wangsa Maju
3. Bandar Tun Hussein Onn (Cheras)
4. Taiping & Kamunting
First Register = RM 65, termasuk dgn harge buku nota sepanjang mereka belajar.
For UPSR yg amik 5 subjek sebulan kena bayar RM110. If just amik 3 mate pelajaran range harge dalam RM95 .
Tempat tuition ni da canggih da. Mereka akan dapat kad  pelajar mereka sendiri, bile nak masuk dorg kena touch kad tu then bru boleh masuk. If tak bayar duet tuition pun boleh detect tau J

We Love you. Study elok-elok. Jadi orang yg bergune ok :)
 Even die baru darjah 6, tapi lg tinggi dr aku.. Terbantut sgt kakak kau ni. huhu.. 

Psstt : Mase aku tunggu adeq aku habes tuition, aku perhatikan budak2 yg lalu lalang depan aku. Mak aihh, lawa2 nye nak g tuition. Cantik2 belaka, siap dressup bukan main. Sentap akak tengok deq.. Akak ni pun dulu selekeh je... Takde maknenye dapat melawa mcm korunk ni. Nak g tuition pun melawa bukn main kan.. Hurmmm , Aku tak suke budak yg mcm tu. Time belajar nerd takpe. Da kerje sendiri melawa lah mcm mane sekalipun yg korunk nak :)

Tanx Reading and singgah,
Xoxo, Hannah Sytieh






Wednesday, May 1, 2013

CUTECUPPYCAKES - RESEPI APAM POLKADOT :)



Hai, dah lame kepam entry ni.. Sekarang baru nak kuar kan.. Just share.. Sape rajin boleh la try kan resepi ni. Lets go.

Bahan-bahan

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)

275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)

220 gm gula halus ( 1 cawan)

150 ml susu segar/ susu cair

3 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil ovalette**

1 sudu kecil esen vanilla

pewarna

filling blueberry/ strawberry/ coklat/ kaya or apa-apa ikut citarasa yang disukai

Cara-cara penyediaan apam polkadot

Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.


Ni name die ovalette

Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.


Sila ikut mcm saye ye :) Gaul gaul gaul... 


Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.


Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.


Aku buat pakai mangkuk kertas yg letak lam loyang ni je :)


Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja). Jgn sampai penuh ok.. ikut macam dalam pic ni. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan). Gambar letak filling tak sempat nak amik ;(


Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh. Buat dot dot pakai warne yg berbeza.


Siap isi semua mangkuk kertas and also done for dot dot dot.. 
Kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak. 
Bile da masak maknenye dah siap ! :)


Sementara aku menunggu apam siap.. Aku minum air dulu. Tetibe sarah ni rajin jadi waiterrrr ! Nak bodek la tuh. Jgn tertipu dgn muke cute die ni.. Sangat kuat membodek tapi  seorang yg penyayang :)



Ok, ni lah hasil die.. Siap jual lagi... :) Bisnes kecik-kecik.. Tapi dah ade name.. Cutecuppycakes :) Wallah.. Seronok carik duet buat simpanan sikit-sikit ni :) 

Tanx Reading,
Xoxo, Hannah Sytieh











© Hannah Sytieh | Design By MH