Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Monday, June 3, 2013

Juice - Mix Fruits ( Dragon Fruits )


Hi, how ur days ? lame tak jumpe kat blog.. Ahaks! Azam nak update hari2 memg tak jadi la eh hana eh.. Tapi kalau takde cite best, tak best gak nak share kan. Tpi org yg ade anak macam kak filla pun selalu update blog.. Padahal ade anak 3 tuh.. Kecik2 lagi.. Die cite pasal kehidupan hari2 die pun rase best.. Tak perlu nak hot entry sgt… Hebak oh hebak… Blog die The Kasih’, mesti ramai nye yg tau… Heh ;)

Berbalik pade tajuk . Mix Fruits… Juice buah yg macam2 boleh campur. Dragon Fruit + Banana + Tomato… Nyuummyyy… Boleh tahan sedap… Ade rase Tomato sikit rase Banana sikit rase Dragon banyakkkkk …

Jum try step kat bawah ni, Senang je kan :





Siap... Senang je.. Potong2 buah.. masuklam blender.. Letak air and blend. Tak perlu gula pun takpe... Buah sememangnye manis :)

Kat sini nak selitkan sikit kebaikan buah Dragon Fruits, Tomato and Pisang, Jum :

Dragon Fruit

Buah ini adalah antioksidan yang sangat baik sehingga dapat melindungi tubuh dari radikal bebas dan kanser. Khasiat buah naga ini untuk tubuh ialah untuk meneutralkan racun.

Vitamin C yang tinggi dalam buah naga membuat manfaat buah naga sangat berguna untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga membantu menyembuhkan luka .

Vitamin B2 dan B1 dalam buah naga sangat baik untuk meningkatkan metabolisme dan memulihkan nafsu makan.

Ditambah lagi, buah naga juga mengandung vitamin B3 yang berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol.

Buah naga juga memiliki manfaat untuk menyembuhkan penyakit batuk dan asma hingga mengatasi hipertensi.

Buah naga tidak hanya mengandung vitamin, tetapi juga fosforus dan kalsium yang boleh membuat tulang menjadi kuat dan gigi menjadi lebih sihat.

Dapat kita simpulkan, bahawa buah naga ini sangat baik untuk korunk yang ingin menurunkan berat badan dan kadar gula darah.

Selain itu buah naga juga boleh dibuat ubat diabetes, kerana memiliki glukosa yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah.

Buah naga banyak mengandung serat sehingga mampu mengurangi lemak.

Buah ini juga baik untuk kesihatan mata kerana mengandung karoten.

Tomato

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit.

Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit.

Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.


Pisang


Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yg dpt membantu menenangkan sistem saraf korunk .

Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kpd pengambilan makanan spt coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja2 tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, utk mengatasi masalah ini, kita prlu mengawal kadar gula dlm darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam utk mengekalkan kadar yg stabil. Makanlah pisang.

Pisang amat baik dlm pencegahan ulser krn ia bersifat lembut dan tdk mencederakan organ dalaman kita. Ia jg bertindak sbg peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dpt membantu perokok yg ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dpt membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stress : Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kpd otak dan mengimbangi kandungan air dlm tubuh .

Jika dibandingkan dgn epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protein, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A serta zat besi, dan 2 kali vitamin serta mineral lain. Ia jg kaya dgn potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yg mudah didapati.

Psttt : Amacam List kebaikan buah kata atas tu ? Macam nota time nak exam kan ? Aku memg terror buat nota.. Hahaha! Jgn lupe try Blend Buah ni kat umah ok. Boleh maintain kesihatan korunk + sedap. Smile J

 Tanx Reading,
XOXO, HannahSytieh

1 comment:

© Hannah Sytieh | Design By MH