BIDADARI SYURGA
Hi, harini
nak buat entry bawah label MOTIVATION. Blog dah mcm diary dah. So, kena la ade
self motivation sikit lam diri sendiri
and tak salah kalau nak share lam blog. Sendiri boleh bace org lain pun
boleh bace. Kan?
Aku bile
takde kerje suke merewang lam blog orang lain. And one day ternampak satu
artikel ni. Artikel ni membuatkan aku rase teringin sangat2 nak masuk syurge.
Even banyak
lagi yg tak betul dalam diri ni, tapi kite boleh berubah kan. Takde bende yg
mustahil lam dunia ni. Kan. Haks J
Kalau angpa
rajin, angpa bace. Tapi aku harap angpa rajin. RAJIN MEMBACE. Hee J aku nak
pakse gak korunk bace entry ni. Tak kire … *sambil jeleng even takde motif.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pade satu
hari ade satu soalan dalam satu ceramah, mcm ni bunyi die :
“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak
suami saya ada bidadari?”
Soalan ini
pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi
soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan
Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Psst : HA, kat situ da nampak da mane ade org perempuan sanggup
kongsi suami. Hekss. Ok, sambung..
Datin
tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku
di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan
perasaan tu.
Mmm…nampaknya
sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna
perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada
yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.
Apa puncanya
sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan
yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah
MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah
banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah
menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang
memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali
ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat
syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak
bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa
benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”
Fuhh~! Sampai
begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak
sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan
wanita.
Tapi..Dalam
Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho…mungkin
tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar
atau membaca Qur’an.
Habis, nak
biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara
nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?
Biar aku
beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
“Di syurga nanti,
selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak
pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan
agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk
neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la
bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz,
disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa
suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak
akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua
bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para
bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di
sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila
Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain
seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi
budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat
isterinya.
Hebat kan?
Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada
saingan?
Tidak juga.
Andai tiada
bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang
kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang,
tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada
jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita
penghuni syurga anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak
berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga
Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu perkara
lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di
situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti
mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka
seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka
ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih
(tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil
tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi
`uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa
merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.
Di dalam
bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam
istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui
jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang
diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi
memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Baiklah.
Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari,
ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah
bidadari lain tak ‘kacau daun’.
Betul?
Tapi adakah
anda pasti?
Kita rujuk
sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat
bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan
mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan
kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak
akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm. Maknanya,
kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak
keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
“Tak kisah,
janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya
beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang
menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan
kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..” (au kama
qaal)
Jenuh la
kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda
sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati
anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu
sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil
alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah
diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita
yang berfikir begini.
Izinkan saya
bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh,
shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum
daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu
‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara
segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun
ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat
Al-Jamiil.
Dan di
‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan
(barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan
bentuk.
Ahli syurga
cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu
yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh
juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai
sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu
ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada
pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu
diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Ibarat anda
dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak
download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ‘search’ apa,
sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia,
milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di
‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita
(dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’
kata
sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang
paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana
Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (“you’re
fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda
kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar
syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja
nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
“Handbag LV
(Louis Vuitton) ada ke?”
..cheh. Ada
sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini
sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
“Jannah itu
ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan
bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di
tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
belum habis
lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan
syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama,
kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada
perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi
mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas
pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu
permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah
yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah
sejauh jarak langit dan bumi.”
Rasulullah
hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan
mi`raj.
Syurga
tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak
pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika
hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai
menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah
tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun
hambaNya.
Tingkat
pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan
syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat
dipelajarinya.
Maka
sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula
dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang
perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya;
Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat
daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu
jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya
mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya,
bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi
pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!
Ya. Bahan
dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk
juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga
barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu
jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik
nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun
setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda
menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar
yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan
pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang
anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang
anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.
Janganlah
lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda
kan ketua mereka?
Ingat ni,
kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat,
darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau
nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan
tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial,
bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas
pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat
keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda
tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah
tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah
Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap
minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda
boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf
hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan
terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami,
atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan
serumah) anda dahulu? ..dan
mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga
bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’
saja..
Dah la..tak
payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah
lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di
syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
Qaalu
salaaman-salaama~
Psssttt : Terkedu
dengan artikel ni. Sangat mengusik usik jiwe aku yg kering ni. Haha~ aku letak
artikel ni bukan nak jeles ngn bidadari syurge tapi aku buat entry ni sbb
cerite kata lam syurge tu sungguh indah, yang tak boleh aku bayangkan. Ya
Allah, semoga semua umat islam dapat masuk ke syurgamu. Amin~
Tanx Reading, XOXO,
HannahSytieh
No comments:
Post a Comment