Hi, Assalamualaikum
Hai, sekarang ramai yang tau manfaat sayur-sayuran and buah-buahan
kan. Dua-dua ni sumber makanan yg memberi nutrisi yang mencukupi untuk tubuh
badan. Sumber makanan yg lengkap dan menyihatkan.
Ada yg makan mcm tu je, and ade yg gabungkan mcam2 buah n sayur
and blender. So, jadila segelas smoothie. Smoothie ni hampas die jgn buang ok.
Kalau buang kite panggil die juice.
Aku pun tak tau kenapa aku tetibe rajin minum smoothie ni. Bukan
sebab aku diet ke hape ke kan. Heks.. Mule2 saje nak try. Tapi tetibe suke plk.
Aku gantikan dinner aku ngn smoothie ni.
Ok, maybe ramai yang pelik
sebab dok campur2 buah and sayur then blender. Minum plk tu. Yeawww~ Jangan la
pelik. Sedap la.. Tpi ada gak yg risau kan, kalau minum smoothie ni
memudaratkan kesihatan.
Jumla, aku share beberapa resepi smoothie.
Resepi Smoothie
Smoothie sarapan - Buah Beri
& pisang
Resepi ni patut diselitkan dalam sarapan korunk tau. Campurkan
segelas yogur rendah lemak, segenggam buah beri dan sepotong pisang segar.
Kisar bahan-bahan tadi dan tambahkan sesudu besar biji rami. Untuk rasa lebih
sejuk, korunk boleh tambahkan ais dan kisar bersama bahan-bahan tadi.
Smoothie strawberi dan
pisang
Strawberry and pisang ni padanan yg baik untuk segelas smoothie.
Buat sarapan boleh buat lunch pun boleh.
100ml ais dicampur dengan 200ml yogurt asli yang rendah lemak,
sebiji buah pisang bersaiz sederhana dan juga secawan strawberi. Tambahkan
sesudu besar madu dan lima biji kacang walnut. Kisar kesemua bahan tersebut dan
hidangkan sejuk.
Smoothie pisang bersama
mentega kacang tanah
Mentega kacang tanah bukan sahaja sedap dimakan bersama roti
tetapi juga sedap jika ditambahkan bersama pisang untuk segelas smoothie.
Caranya, sediakan 100ml ais, 200ml yogurt rendah lemak, sesudu
besar mentega kacang, sebiji pisang dan satu sudu teh madu pekat. Campurkan
kesemua bahan bersam sedikit susu rendah lemak (jika suka) dan kisar.
Smoothie mangga
Warna kuning keemasan diiringi dengan aroma manis buah mangga yang
menggoda selera telah menjadikan ia di antara smoothie kegemaran ramai. Rasa
sedap dan khasiatnya sesuai dijadikan sebagai hidangan yang menyihatkan.
Caranya, sediakan potongan buah mangga manis, sedikit buah pisang,
setengah cawan yogurt rendah lemak, secawan jus oren dan ais secukupnya. Kisar
kesemua bahan tadi dan sedia untuk diminum.
Smoothie pisang bersama
betik dan kacang walnut
Cukup hanya menyediakan 100ml ais, 200ml yogurt rendah lemak,
sebiji pisang, sepotong betik, lima hingga lapan biji kacang walnut dan sesudu
kecil serbuk kopi atau serbuk coklat. Campurkan kesemua bahan tadi kecuali
serbuk kopi/serbuk coklat dan kisarkan. Masukkan ke dalam gelas smoothie yang
telah ditabur dengan serbuk kopi/serbuk coklat.
Lain kali aku update smoothie yg lain ok. Resepi kat atas ni semua
dari buku resepi smoothie. Aku nye smoothie will update soon. Hari tu aku da
update satu. Len kali aku update lagi. And lain kali aku update sekali kebaikan
and keburukan smoothie ni.
Tanx Reading kawan-kawan
Gudmorning and Assalammualaikum
XOXO, Hannahsytieh
Boley try ni...:-)
ReplyDeletekak saya nak tanya sket badan saya sgt gemokk dan kalau bole nak lose weight sebb takut kesihatan tak baik....saya nak tau kalau kita diet smoothie kena hindar makanan yg biasa kita amik ker....or kena pagi ptg malam minum smoothie n jer.....cm ner nih ehhh...boleh terangkan lebih lagi
ReplyDeletewsalam... tak dear.. nasi still kene ambil.. tapi kurangkan... makan nasi separuh je... jgn ambik mknn berminyak and kurangkan gula dlm minuman. even buat smothie ni pun. jgn letak gula... gula yg buat bdn cepat naik..
Delete