Hi,
Assalammualaikum
Hi, ni
post ke 3 untuk malam ni. Gigih nak cerita satu2 dalam entry lain2.. Sebab
kalau dumb semua dalam satu entry kang, mengantux nak bace. So, aku update satu
persatu entry. Singkat, simple and padat. Takde la mengantuk kan bile bace .
NI
entry-entry lepas.. Jemput bace, Just click click click :
Ape
yang menyebabkan bau badan? Salah satu faktor adalah. Faktor pemakanan kite.
Hari demi hari. Apa kite makan.
Jum
kite tengok 7 makanan yang menyebabkan badan berbau :
7 MAKANAN PENYEBAB BAU BADAN
Tahu
tak sebenarnya masalah bau badan berpunca dari ketidakseimbangan hormon, diet,
obesiti dan pembiakan bakteria di kawasan-kawasan badan yang terpencil.Selain
daripada itu, faktor pemakanan juga adalah salah satu penyumbang utama terhadap
masalah ini. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan
badan mudah berbau.
1.
REMPAH RATUS
Rempah
ratus seperti bawang putih, bawang merah, dan kari secara umumnya akan
menyebabkan bau badan kerana ia akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh
darah yang di hapuskan melalui paru-paru dan pori-pori kulit.
2.
DAGING MERAH
Daging
membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein,
zink, selenium, vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Walaubagaimanapun,
daging merah boleh menyebabkan badan cepat berbau dan berpeluh kerana ia
mengambil masa yang lama untuk dicernakan.
3.
PRODUK SUSU
Produk
susu sememangnya kaya dengan protein yang membuat tubuh lebih lambat untuk
mencernanya. Pelepasan hidrogen sulfida dalam tubuh akan membuatkan tubuh mudah
berbau.
4.
KOLIN
Makanan
seperti telur, hati, ikan dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan
kandungan kolin dan mempunyai kandungan zat yang tinggi dalam membantu
perkembangan memori atau daya ingatan. Juga berupaya mengatasi masalah
kelemahan tenaga fizikal dan minda tetapi ia juga mudah membuatkan tubuh
berbau.
5.
MAKANAN BERGORENG
Makanan
bergoreng seperti ayam goreng, mee goreng dan pelbagai jenis makanan bergoreng
lain juga boleh menyebabkan badan mudah berbau kerana lemak dan minyak yang
terkandung di dalamnya.
6.
KAFEIN
Kafein
adalah stimulant atau penggalak semulajadi yang boleh dijumpai dalam makanan
atau minuman seperti kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan
yang boleh melegakan sakit. Bau makanan dan minuman ini akan meresap ke dalam
peluh yang akan menyebabkan badan mudah berbau.
7.
TEMBAKAU
Selain
makanan, tembakau juga menjadi penyebab bau badan yang kurang menyenangkan
kerana asap rokok akan bercampur dengan unsur-unsur lain di dalam badan dan
keluar melalui kelenjar keringat.
Untuk
mencegah bau badan yang kurang menyenangkan, banyakkan minum air putih, makan
makanan yang berserat dan lebihkan pengambilan buah-buahan seperti epal,
strawberri, anggur, tomato, nenas dan tembikai. Sebaiknya kurangkan pengambilan
jenis makanan yang boleh menyebabkan badan mudah berbau khususnya ketika berada
di tempat awam. Dan cubalah juga jus Harum Malam, badan pasti akan berbau harum
sepanjang hari.
Jus
Harum Malam lagi ? Ape tu ? Jeng jeng jeng.. Jangan lupe bace next entry ok..
Stay tuned…
Thanks
Reading,
Love,
Hannah Sytieh
No comments:
Post a Comment