Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Sunday, December 14, 2014

Apa itu Hidrokuinon ?



Assalammualaikum


Sekarang banyak kan produk kecantikan yang dijual dekat online or dimana-mana.. So, untuk korang lebih berhati-hati. Apa kata baca ni dulu. Untuk manfaat bersama... So, bolehla kita cantik and sihat dalam masa yang sama. Jgn sebab nak cantik tapi bab2 ni kita ambil remeh... So, here we go : 


Cara mudah mengesan hidrokuinon (hydroquinone) dalam kosmetik

1. Tuangkan sedikit toner ke kapas muka...biarkan terdedah dengan cahaya matahari atau biarkan seketika toner akan bertukar warna kepada coklat kehitam-hitaman. Sah ada hidrokuinon.

2. Periksa penutup toner atau krim malam ( kebanyakan produk ada hidrokuinon pada toner dan krim malam).. jika terdapat kerak coklat @ hitam.. maka wujudlah hidrokuinon..

3. Pengelupasan..... Tiada hidrokuinon maka tiada pengelupasan... Ada produk yang menyatakan mengunakan aha/bha dalam produk bagi membuang sel kulit mati.... Perlu di selidik kandungan aha/bha yang digunakan.... Kebanyakan produk mengunakan hidrokuinon sebagai agen pengelupasan..


Antara bahan aktif berbahaya dalam produk kecantikan ialah:

Hidrokuinon - menghentikan penghasilan melanin iaitu bahan yang melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung. Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini, kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari terik. Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.

Trietinon - kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.

Raksa - kesan raksa kepada kulit sama seperti hidrokuinon dan pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf. Selain itu, jika produk yang diperkenalkan kepada korang tiada label bahan yang digunakan, talian atau laman web pengeluar, lupakan saja niat korang untuk mencubanya.





So, dah tau kan.. 
Wallahualam... Harap semua apa yang kita pakai baik2 je kan


 Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 





4 comments:

  1. Baru tahu, bahaya juga kalau tak hati-hati. tq for sharing hannah! :)

    ReplyDelete
  2. Nice sharing budak ! G sephora la jom buat spot check. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm tu 3 jam dalam sephora pun xcukup. haha

      Delete

© Hannah Sytieh | Design By MH