Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Tuesday, December 23, 2014

Ke Pulau Pangkor La Kita ~


 
Assalamualaikum...

Tips Kat Pulau pangkor 

Hana nak bagi tips2 sikit kalau sape2 nak pergi ke pulau pangkor. Here we go : 



  • Kalau nak ke pangkor 3 hari 2 malam dah memadai untuk korang bercuti ke sini. Tak perlu lama-lama sebab nanti korang bosan. Kawasan Pulau Pangkor tu kecil je. Sehari dah habis tawaf.

  • Pasal hotel and chalet memang berlambak. Hana ambik bilik superior dengan harga rm90/day. Cari je kawasan situ mesti ada. And kalau tak reti suruh je pakcik teksi cari kan.



  • Bagi yang menginap di Lumut, korang jangan risau. Nak pergi Pulau Pangkor dan balik hari pun boleh. Lagi bagus. Feri pertama bergerak dari Lumut ke Pulau Pangkor adalah pukul 7.00 pagi dan feri terakhir adalah pukul 8.30 malam dari Pulau Pangkor ke Lumut. Jadi, sila rancang jadual korang sebaik mungkin. Nak naik dari Marina Bay pun boleh.. 10 minit je dah sampai... Tiket memang dah siap pergi-balik. Harga tiket feri hanya RM10 untuk orang dewasa (return ticket). Marina Bay tutup dalam pukul 10.30 mlm.. tapi ticket agak mahal ok. Kira ot dia org. Haha.

  • Terdapat beberapa perkhidmatan pengangkutan di Pulau Pangkor. Tak perlu risau tentang transport. Ada van sapu, kereta dan motor. Sebaik korang sampai di jeti, penuh owner-owner motor dan kereta depan tu. Dia orang akan offer korang untuk sewa kenderaan. Bagi yang datang secara berkumpulan, boleh naik Van Sapu. Kadar sewa kereta di Pulau Pangkor adalah RM80 sehari. Motor pula RM30 sehari. Kalau nak naik Scooter RM40 sehari. Kalau pusing2 naik motor tu jgn lupa bawak rayban ok... Rayban ke, cermin mata ke, sunglasses ke. Ikut la..


  • Banyak teluk di Pulau Pangkor. Memang cantik sangat. Korang boleh pusing-pusing satu Pulau Pangkor. Rasanya 1 jam dah habis.

  • Jangan ambil risiko memandu di kawasan Pulau Pangkor waktu malam. Jalan sangat bahaya dan banyak cerun. Gelap pulak tu...





  • Bagi yang ingin melakukan aktiviti scuba & mandi laut, disarankan menginap di Pulau Pangkor and tak balik hari. SNORKELING ni aktiviti wajib tau.. tak feel kalo pergi pangkor tak snorkeling ni.. Memang best gila tapi takut bila nampak banyak ikan kerumun keliling hana.. Bile bagi jari je ade certain ikan gigit jari.. perghh. Memang berlari naik atas batu balik.


  • Tempat-tempat untuk best dilawati ialah Teluk Gedung,Taman Fu Lin Kung, Kilang satay ikan and  Tukang bot.

  • Lagi satu banyak gila BURUNG ENGGANG.. hana tak tau la pulak burung enggang ni ada kat pulau pangkor ni.. dan bukan setakat ada ye banyak sangat.. sepah-sepah burung ni.. live depan mata je.  

  • Kalau datang sini jangan lupa beli ikan bilis. Sebab pangkor ni kan da sinonim ngan ikan bilis.. Asal sebut pangkor je orang ingat ikan bilis.. huhu.. Tapi memang banyak pun jual kat sini.. beli la sikit untuk bawa balik.. sambil tu boleh la round pekan dia beli souvenir yg lain kan. Satay fish, sotong, ikan kering pun boleh dibeli. Bawa balik bagi mak mertua. Haha~

  • Tak lupa kat Pekan Pangkor juga terdapat bank, pejabat pos, kedai-kedai makan, kedai runcit, mini market dan pasar basah. Di Taman Seri Pangkor (kawasan balai polis) ada farmasi, mini market, money changer, kedai foto, Internet dan perpustakaan awam. Internet Cafe juga terdapat di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Jangan terkejut jika diberitahu Pulau Pangkor ada jalur lebar broadband! So boleh selfie and masuk instagram ok..

  • Kat mana nak makan ? Kat sini ada senarai sikit..

  1. Restoran Nasi Kandar Ibrahim 'n' Brothers, Pekan Pangkor.
  2. Gerai Makan a'la Thai di Pekan Pangkor.
  3. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan di Pasir Bogak dan Teluk Nipah.
  4. Food court di Pasir Bogak. Restoran Melayu di Teluk Dalam.
  5. Restoran Makanan Laut (masakan cina) di Pekan Pangkor dan Pasir Bogak. 
  6. Kedai makan Melayu di Jeti Pangkor, Kampung Masjid, Sungai Pinang, Teluk Kecil, Teluk Gedung.


Pulau Pangkor ni kalau ada budget tak berapa banyak boleh la pergi. Sebab harga ke sana tak mahal mana pun... Boleh la kalau setakat nak release tension.. huhu.. 




Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 




17 comments:

  1. Nama je bertahun belajor dekat UiTM Seri Iskandar tu , sekali pun tak sampai Pangkor.

    p.s : nadia budak baik. hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.. ellehhh... ye ke.. ce ade transport.. mesti vrommm laju je kan nadiah budak baik. haha

      Delete
  2. Assalamualaikum hana, wahh bestnya. sheila tak pernah sampai sini lagi. thanks hana kasi tips. nampaknya boleh pergi sini tahun depan. yeayyyy :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalm sheila.... hehe.. boleh2.. tenang je kat sini

      Delete
  3. as'salam..
    lme giler xp pngkor ni..
    trgn nk g lagi..snorklng mmg beshhhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik yaya.. try la dtg.. kos pun tak tinggi dtg sini.. wiwiwiw.. :)

      Delete
  4. Tgk ni .. rasa macam nak gi la pulak, tapi hujan ... hoho .. ari tu gi cuti sebelah sini je .. di Segari ... last pegi Pangkor tahun lepas rasanya .. nginap di Chalet milik seorang pelakon Malaysia .. hoho ...

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la lagi sekali... wahhh. chalet ape ty.. nanti terjah tgok sane plk.. mane tau boleh nginap kat situ jugak

      Delete
  5. Sapa2 ada x no tuk sewa kenderaan

    ReplyDelete
  6. tumpang tanya, harga van sapu berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 ringgit ke pasir bogak, 20 ringgit ke teluk nipah..

      Delete
  7. Nak sewa motor EX5 RM30 sehari..Proton Saga baru RM70 / 100 (cuti)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg no hp,,, sy nak sewa kereta

      Delete
    2. nak sewa kereta -berapa - Saga Baru?

      Delete
  8. Assalamualaikum tumpang tnye harga tambang moto sndri nk ke sana berapa ye...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum tumpang tnye harga tambang moto sndri nk ke sana berapa ye...

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH