Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Wednesday, November 7, 2012

Kenanga Wholesale City - Shopping Yaw :)



Hi, harini I want to share about KENANGA, WHOLESALE. Nampak tak gambar kat atas ni. Ha! Pasal bangunan tu la aku nak cerita. Nak cerita die pakai konkrit ape, batu bate ape, cat pakai jenama ape. Huhu, xla.. merapu je tu. Kalau nak tau  KWC ni satu gedung yang terbaru dan menarik dalam industri fesyen borong ASIA. Barang-barang dia semua dari China, Indonesia, Korea and Thailand.

You know what , semua fesyen, aksesori, kasut, hadiah, dan produk gaya hidup yang lain, semua di bawah satu bumbung. Dengan lebih daripada 800 lot dan 500,000 kaki persegi ruang runcit yang boleh disewa, KWC menawarkan beraneka jenis barangan. Walaupun khusus untuk perniagaan borong sahaja, KWC berfungsi sebagai pusat membeli-belah dengan kemudahan lengkap memenuhi kemudahan perniagaan dengan kedai F & B, ruang acara, perbankan dan pelbagai perkhidmatan perniagaan lain.

Ader 800 kedai yang jual macam2 produk di bawah satu bumbung,memang macam2 ader kome.Kalau xsilap ader 10 tingkat... parking kat basement ader, kat atas tingkat 8-10 pun ader..yang best tu parking free walaupun agak pening dengan parking lotnya..heee :)

Ha! Kecoh tak kecoh mak jemah ni. Macam mane tak kecoh.. First time pergi sane je mate dah rambang. Sangat rambang mate. Harge pun boleh tahan murah okieh. Tpi korang kena beli borong la. Korang kena tanye la dari satu kedai ke satu kedai. Boleh borong berape helai. Paling sikit pun 3 helai . Die bagi la harge borang. Ade kedai tu 6 helai, ataupun 20 helai . Yang bisnes tu boleh la beli 20 helai kan. Macam aku ni boleh pergi kedai yang jual borang 3 atau 6 helai je.. Haha. Rambang-rambang mate pun poket kena jage okieh.

Jangan gare2 memborong punye pasal duet makan korang tak de. Merane tak sudah kang karang. Ada dah member aku yang g shopping kat sini.. Beratus gak la dia berabis.. Bukan ape, nak datang tu bukan selalu.. Agak boleh tahan la jauh kan, kalau rumah yg dekat2 tu takpe la jugak.. Tapi kalau kite orang ni sekali turun , tu diaaa habaq hang.. Beratus riban kau.


                                                                                                                                   
Bagi yang nak buat bisnes , aku rasa boleh la kot try try beli kat sini pastu g jual kat tempat memasing cam pejabat ke, pasar malam ke .. atau mana mana yang bersesuaian ..  Meh aku bagi satu contoh. Contoh baju kurung chiffon.. Harge die satu dalam RM120, tapi kalau korang beli borong harge jatuh dalam RM180 tiga helai . Untung tak ? Means satu baju dalam RM60 .Baju pun bukan design kosong tau..siap ader manik2, labuci bagai.

Untuk handbag pulok, kalau korang beli satu harga RM40 tapi kalau beli borong dalam 12 biji jatuh harga RM18.00 sebiji. Kalau korang minat bisness online pun leh la borong kat sini... Kat sini kebanyakan kedai jual borong, tapi ader juga yang jual runcit.. kena tengok kat luar kedai, dia ader tulis kat dinding, borong sahaja atau borong & runcit...kalo yang xder tulis tu kena tanya direct kat tukang jual yer.. hehe.Tapi tapi tapi tapi ader yang boleh campur-campur, ader yang boleh campur kaler je...Itu ikut budi bicara tauke kedai...yang pasti memang murah kalo beli borong…

Okieh okieh okieh malas nak cite panjang.. Lagi aku bercerita lagi membuak-buak nafsu aku nak g tempat tu balik. *perempuan la katekan, bab shopping memang tak boleh nak bla. Teruk teruk.. Sight T_T

Muke anon yang toye nak pergi bershopping. 

Peace dari anon yang tgh shopping

Dalam toilet pun anon ni menjadi, tak kire la kat mane2.. kaw hado. heee :)

Lupe pulak nak bagi tau lokasi :
Terletak strategik di tengah-tengah hab fesyen Malaysia borong - Jalan Kenanga. Ia terletak hanya beberapa minit dari Segitiga Emas di Kuala Lumpur.

Jalan Darat : KWC boleh diakses dari Jalan Hang Tuah dan Jalan Loke Yew. Dari Jalan Hang Tuah ke arah Jalan Loke Yew arah, anda boleh membuat belok kiri ke Jalan Kenanga, selepas stesen LRT Hang Tuah. Dari Jalan Loke Yew ke arah Jalan Cheras, anda boleh membuat belok kiri ke Jalan San Peng, selepas Tsun Jin High School. Ikuti dengan membelok kiri ke Jalan Gelugor di lampu isyarat.

Dengan LRT : Dari Putra line (Kelana Jaya [KJ24] atau Terminal Putra Gombak [KJ1]), pertukaran di Masjid Jamek [KJ13] ke garisan STAR, turun di stesen LRT Hang Tuah [ST3].

Untuk laluan garis STAR, turun di stesen LRT Hang Tuah [ST3].

By Monorail Pulak : berhenti di Hang Tuah Monorail stesen [MR4].

Bas : Rapid KL [B112], [U423].

Barang yang di shopping untuk hari itu . Banyak tak banyak. dah kate da minah ni gilo. Pokai kejap T_T

Sekian Terima Kasih. Kalau sudi datang lah lagi.
Yang membebel, Hannah Sytieh



15 comments:

  1. Replies
    1. yups.. ofcourse.. ;) duet bonus..

      Delete
    2. macam mn nak dapat kan name card punya kedai..?saya bminat nak borong barang kat c2 tapi saya kat sabah jd blh x awk tolong saya dapat kan contact num dia..

      Delete
    3. As salam rahim bokir, kalau berminat borong barang dr semnanjung (kwc) ke sabah, sila contact saya niessa.k@gmail.com. im sabahan also, staying at kl. Tq

      Delete
    4. As salam rahim bokir, kalau berminat borong barang dr semnanjung (kwc) ke sabah, sila contact saya niessa.k@gmail.com. im sabahan also, staying at kl. Tq

      Delete
  2. peece..:D
    comei...http://rumorslogy.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehe.. peace no war .. tanx comment :0

      Delete
    2. singgah lg :)

      http://rumorslogy.com/

      Delete
  3. mmg best pon shopping kat sini..

    ReplyDelete
  4. Mmm.. saya x boleh kata 100% setuju... tapi tahniah admin atas pos yang membuka
    mata saya.

    Also visit my web blog - Tips Puaskan Pasangan

    ReplyDelete
  5. Barang-barang dia china made kee..? Macam handbag yang gred AAA jual kt internet tu ado? Coach? Gucci? LV?

    ReplyDelete
  6. Best nye shopping :)

    www.nokeysenterprise.com

    ReplyDelete
  7. Sis..inspired blouse mcm.ZARA, MNG tu ade tak??

    ReplyDelete
  8. kedai pemborong manik , bahan membuat taksbir ,household ,wallpapers adalah di 5f-51 ,my collection , 0392210219, whatapps 0122803334, 0123169078

    ReplyDelete
  9. saya nak borong handbag..sila muncul.dropshp handbag..wasup sy 0183842458.nk carai suply jual handbag murah.

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH