Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Thursday, November 27, 2014

The Best Steamboat & BBQ in PJ



Assalammualaikum



Post  entry kali ni dilarang sama sekali dibaca oleh korang yang tengah betul2 lapar dan tak makan lagi. Kalau tengah kenyang mungkin bernasib baik sebab boleh menahan lapar makanan yang nak cerita kat post ni. haha..

Weekend lepas korang buat apa? Aku hari sabtu busy mengemas mcm dalam entry kat bawah ni. Tapi hari ahad tu pergi melahap. Asyik duduk rumah je.. Bosan gila hidup macam tu..

So, aku nak share satu tempat steamboat best, servis tiptop and tempat ala2 makan kat hotel. Sangat recommended ok.. Food lover mesti tengok ni! Kalau bab2 cerita tentang makanan ni serahkan je pada yang pakar..Sebab tu kot berat badan ai tak turun2 u'olss. Pasrah je la. Nasib baik shuben pun kaki makan.. Kalau ajak pergi makan tempat best2 NO HAL punya.. kalau aku tak habes, xpe... perut dia ada.. Huhu.



Bersama kak Parizan and Halim Brothers.. 1st time jumpa.. Tapi boleh masuk kepala.. Seronok dapat brknln dgn senior2 blog.

Back to the topic.

Aku ni memang kaki steamboat.. sangat! Sebelum ni aku ada try steamboat kat kawasan sg buloh sana tu. Tapi last2 sakit tekak, tak tau pasal apa.. Last2 kalau ngidam steamboat je aku akan makan kat Johnys.. tapi tak berapa nak puas sebab set hidang. Tak boleh pilih apa kita suka.. and kalau pilih yg sedap je harga dia mahal sikit. Tapi pape pun still layan~

Tapi sekarang tak risau dah.. Sebab aku dah tau kat mana Best Steamboat in KL.. Rasa 5 bintang tapi harga tepi jalan. Sapa taknak? Rugi kalau tak try..

Sebelum cerita lagi banyak, meh nak bagi tau dulu Pak John Steamboat & BBQ ni ada kat mana je.


Tempat :
1.      WANGSA WALK, WANGSA MAJU
2.      eCurve Mall, Mutiara Damansara


Tapi aku pergi dekat eCurve sebab kat sana berkonsepkan Buffet.. Makan sampai puas tapi satu harga shj. Kalau  nak tau Pak John Steamboat hidangkan lebih daripada 100 pelbagai sayur sayuran, daging, makanan laut yang berkualiti tinggi and korang boleh makan semuanya... Semuanya ok! 

Siap ada manisan lagi mcm jelly, buah-buahan, aiskrim, kaya ball, waffle, dim sum, makanan bergoreng pun hado. Ok, aku rasa menyesal tak makan semua-semua sekali.. argghhh~ sambil menaip telan air liurrr...

Harga :

1.      Isnin – Khamis = RM36++
2.      Jumaat – Ahad = RM39++
3.      Kanak-kanak : Bawah ketinggian 90 cm adalah free. Atas 90cm separuh harga orang dewasa.

Waktu operasi dari jam 10am – 10pm.



Pada hujung minggu korang akan dihiburkan muzik2 akustik oleh kumpulan Voxsape dari jam petang 6 petang sehingga jam 10 malam.




Sampai-sampai je, macam biasalah diorang akan tanya, nak sup apa.. Ada 6 pilihan sup ok.. Biasanya ada dua pilihan je kan ? tapi ni ada 6 pilihan sup .


1.      Beaf bone soup
2.      Chicken Soup
3.      Miso Soup
4.      Curry Soup
5.      And sup paling istimewa TOMYAM SOUP
6.      And PRAWN SOUP


And of course la aku pilih yang istimewa kan.. TomYam Soup and Prawn Soup.. Layan~




Yang aku boleh perhatikan dari segi kebersihan memang boleh bagi A++++. Plus plus ok.. Sebab memang bersih sangat and selesa kalau nak bawak ahli family ramai-ramai datang sini ke, nak celebrate birthday ke dekat sini. Ada bilik VIP siap! Kalau nak sambut birthday, orang yang sambut birthday tu FREE! Tak payah bayar.. Contoh 6 orang.. korang bayar untuk 5 orang je... Paham kan..

Jum tengok makanan..



I love thisss!! Rasa nak tercabut mata boleh tengok macam-macam jenis makanan. Bukan sembarangan makanan yang murah2 tu ok.. Ni semua jenis2 yang mahal... 

Fish ball macam2 bentuk ada.. Rase macam2 rasa.. Macam-macam jenis fishball ada! daripada fishball pernah makan sampailah yang jenis tak pernah makan pun ada. Alhamdulillah memang banyak sangat pilihan. Lagi best kalau isi dia cheese.. walaweyhhh.. Nikmat sangat makan. Rasa macam urghhh nikmatnye.





Dekat sini ada macam-macam pilihan daging, ayam, sotong, ketam, ikan, udang, kerang,  kambing, daging itik pun ada jugak! And Siput Buluh pun ada... Memang teringin sangat2 nak try.. Dan semua jenis fresh-fresh and yessss menyelerakan!

And paling istimewa ialah ada 4 jenis Premium Item. Korang mesti cuba :

1.      Abalone slides
2.      New zealand lamb slices
3.      Australia beef slice
4.      Smoke duck Breast


Premium item ni korang kena order dengan chef di dapur tau. Sebab tak boleh terdedah di kawasan luar. Akan cepat kering and kualitinya boleh terjejas. Pak John sangat mementingkan kualiti makanannya terjamin.



Nak rasa pedas2.. Boleh cicah bersama sama HOMEMADE PAK JOHN STEAMBOAT SIGNATURE SAUCE. 

Untuk sos, ada macam-macam jenis sos! Memang sendiri makan rasa x puas sebab sedap sangat sos campuran ni. And paling xboleh bla.. ambik sos pakai mangkuk besar.. Jawabnya memang kuantiti sos yang aku ambik memang banyak la kan. Ada 7 jenis sauce korang kena try :

Thai sauce, belacan sauce, sweet sauce, thai green chili, soya sauce, garlic chili sauce.. And sauce terbaru mesti korang try Pineapple sauce.... Sos nenas weyhh..






Saje nak letak banyak-banyak gambar yang sama!! hahahah nak kasi terpengaruh!korang wajib pegi ok !! Honestly, Alhamdulillah memang sedap. boleh bagi 5 bintang :) trust me.




Paling best adalah ni! Kaum wanita, kita sangat beruntung tau, sebab ada ladies day... gilalah macam ladies night dah... hahahahha! sayang pak john ! Student pun jangan nak sedih sangat, korang punya lagi best! Diskaun 30%... Sila menangis.. Jealous aii ngn student2 ni.. Rasa macam nak p study balik...

Kalau teringin sangat nak bersteamboat, janganlah lupa singgah Restoran Pak John seperti di alamat yang tertera di bawah ni haaa...Aku first time pergi dan InshaAllah akan repeat lagi nanti. Harga sangat reasonable and tempat best tahap 5 bintang. Korang jangan lupa try k ! Selamat bersteamboat! 


KUALA LUMPUR
Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa Walk Mall

Lot GL-02 & FL-02,Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue,
No.9,Jalan Wangsa Perdana 1,
Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Tel: 03-4141 8898


SELANGOR
Restaurant Pak John Steamboat & BBQ eCurve

Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor,eCurve
No.2A,Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya.

Tel: 03-7733 3913


More details:
Website: www.pakjohn.com



Thanks halim brothers and mekonie sebab jemput ai ni... terima kasih bnyak..

Korang dialu2kan untuk share entry ini untuk suggestkan dekat kawan2 tentang restoran ni. 


-Best steamboat in KL
-Best steamboat in PJ
-Best steamboat in PJ
-Steamboat Buffet In PJ
-Halal Steamboat


Love, SEE YOU IN MY NEXT POST!
Hannah Sytieh, Muuaaahhhhx! 



5 comments:

  1. Assalamualaikum hana, sheila scroll gambar je. hahaha kemain laju scroll.. terliur sangat oiii. hahaha ehh makin berseri la pengantin baru ni. hihiiii ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. sebab tu la hana letak gambar je bnyk. sebab gambar pun boleh bercerita. haha..

      pengantin lama la. haha .. berseri seri sebb dapat mkn bnyak kot. ngeh2

      Delete
  2. Ala kita dapat untuk esok punya tapi itulah dia , tak dapat nak attend. T_T

    ReplyDelete
  3. Hey...dah up dah....hehehehe...nice knowing you dear...

    ReplyDelete

© Hannah Sytieh | Design By MH