Hi, haritu
aku bercuti sakan 2 hari.. Ade TEST. So, after balik TEST ade mase banyak kat
umah.. Then godek2 buku resepi yg ade. Ternmpk satu resepi ni. So, ape lagi..
jum buat tapi tukar sikit disebabkan barang2 kat dapur tak cukup . Jum tengok resepi :
TAUHU SUMBAT KENTANG
BAHAN-BAHAN
Tauhu
kering secukupnya
(tahu
utk tahu bakar)
4-5
biji kentang
Lobak,
Kacang Panjang, Sayur Sawi
2-3
ulas bawang putih
1
cawan air
2-3
biji telur
lada
sulah
CARA MENYEDIAKAN:-
1.
Kupas kulit kentang dan potong dadu.
2.
Tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila dah kekuningan
masukkan air dan ubi kentang.
3.
Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kentang empuk. Tambahkan air
jika perlu.
4.
Apabila hampir kering airnya, masukkan lobak dan kacang panjang yg dah
dipotong dadu dan gaul rata. Taburkan sedikit lada sulah.Masak sehingga air
agak kering. Then masukkan sayur sawi yg dipotong halus (xnak letak pun xpe)
5.
Angkat dan sejukkan sebelum di sumbat kedalam tahu kering.
Jadilah mcm ni after selesai step diatas
Bahan dah sejuk, sile sumbatkan dalam tauhu kering korunk
6.
Untuk menggoreng tahu, pecahkan telur. Perasakan dengan sedikit garam dan lada
sulah. Kacau sedikit telur.
7.
Celupkan tahu dan goreng di dalam minyak penuh yang cukup panasnya sehingga
garing.
8.
Angkat dan toskan minyak nya.
Tarrraa... Siap...
Kalau korunk nak lagi sedap boleh... Buat kuah die... Tapi haritu aku tak sempat nak buat dah habes.. LAKU nokksss..
# Kalau nak sedap lagi tuang kuah atas die plus bawang goreng, Kuah Tauhu ni hampir serupa kuah Yong Tau foo tapi kuah die just ringan-ringan je tak pekat sgt. Lain kali aku masukkan resepi kuah die ok... Memang sedap... menjilat jari :) Tapi aku makan sebijik je.. yg lain family aku rembat. Alhamdullillah. Habes .
Health dinner Apple Juice. These are perfect weekday dinner on the go.
Aku dah mule jage makan.. InsyaALLAH berterusan.. Amin..
Nanti aku buat entry macam mana nak keep health and lose weight ok. Mungkin membantu ..
Terima kasih atas mase anda.
XOXO, HannahSytieh
kirim skit kat sini.. :(
ReplyDeletebg alamat . hoho~
Delete