Assalammualaikum
Hi, kite dapat anak buah perempuan. Da dua perempuan sebelum ni. ECAH and SARAH.
Pastu kalini dapat lagi perempuan. Tiga beradik perempuan.. Kali ni Maya. Sofea
Aisyah, Sarah Jasmin, Sumayyah Nur Iman . Takpe semua perempuan, ramai geng ramai anak
dara nanti. Hehe ;)
Sabda Rasulullah :
"Barangsiapa yang mempunyai tiga
anak perempuan, lalu dipeliharanya dengan baik, dididiknya dan dikasihinya ,
pastilah ia masuk syurga. Orang ramai bertanya: Kalau dua? Jawab baginda,
begitu juga dengan dua".
Amin Ya Rob..
So, ape kate kite kongsi ape yang patut
kite buat and tak patut buat time pregnant. Aku tak kawen lg, tapi saje timbe ilmu
dari kakak2. Tak salah pun. Ilmu kan… So, dengar je la… Untuk melahirkan anak yang sihat dan bijak kite
harus memulainya ketika dari dalam kandungan lagi. Ni melalui pengalaman2
kakak2 ofis and kakak2 time pregnant and dlam blog2 lain :
- Amalkan makan limpa dan hati lembu untuk tambah darah.
- Amalkan makan ikan untuk mendapat anak yang bijak.
- Amalkan makan kacang hijau agar anak berambut lebat.
- Amalkan makan kacang soya dan buah oren agar anak berkulit cerah.
- Minum banyak susu untuk tulang yang kuat.
- Kurangkan makan lobak kerana khuatir anak menghidap jaundice.
- Kurangkan minum air kelapa kerana khuatir anak mendapat lelah.
- Makan nenas dan tapai hanya setelah kandungan mencapai 5 bulan.
- Makan folic asid dan obimin seperti yang diarah oleh doktor.
- Elakkan mengupas kulit buah-buahan dari arah bawah ke atas kerana khuatir melahirkan anak songsang.
- Elakkan memukul memarahi binatang waima mengata sebarang makhluk Allah s.w.t kerana khuatir anak terkenan.
- Elakkan melawan cakap ibu mahupun suami.
- Yang paling penting untuk dapatkan anak yang cantik, amalkan mana-mana surah Maryam, anak yang kacak, surah nabi Yusof, dan ayat-ayat lazim Al-Qur'an.
- Sentiasa jaga diri agar tidak melanggar pantang orang tua-tua. Salah satu daripadanya seperti, jangan duduk ditengah-tengah bendul pintu iaitu ke dalam tidak ke luar pun tidak kerana dikhuatiri bila melahirkan, anak tersangkut di pintu rahim antara ke luar tidak dan ke dalam pun tidak. Kelahiran begini harus dibantu dengan penggunaan forcep atau vakum. Orang kate memang banyak terjadi kelahiran yang begitu akibat langgar pantang, walaupun itu semua adalah kebetulan sahaja. Tapi kalau ada petua mengelakkannya. 'why not?' Bukankah Allah Maha Kaya. Mungkin Dia nak tunjuk atas kedegilan kita. Allahualam.
Insyallah, Allah Maha Kaya lagi Maha
Mendengar, apa sahaja doa dan harapan kita terhadap anak-anak yang bakal
dilahirkan, pasti akan termakbul.
Ameen.. Bile aku da kahwin and pregnant, aku akan
bace balik semua tips ni. Harap membantu J
Sayang Maya sangat2. Semoga jadi anak solehah ye Maya. Kak Ana doa yang baik2 je untuk Maya. ( nanti tukar KAK ANA jd MAK LANG eh, tunggu sampai mase nanti) Hehe, Ameeennn :)
Thanks Reading,
Regards, Hana
No comments:
Post a Comment