Home Idea Kahwin Product Review Food Review Contact Me

Tuesday, April 29, 2014

Macam mana nak kahwin muda ? Sini sini sini ..



Hi, Assalammualaikum




Nak update entry kawen mude. I’uolss tak mude dah. Hahaha. Time umur sekarang memang patut kawen dah. Mak pak dah bising da. Wakakakaka. Tapi aku je bajet2 mude *kelip2 mate*. Tapi InsyaAllah me bride to be 2014. Paling lambat pun 2015. Doakan moge berjalan lancar deh… Tak larat da nak gado nak elok nak gado.. HAHA! Kasi kawen terus… HAHA!

Tapi kalau korang perasan sekarang ni musim org yang da kawen POPULAR.. kan kan kan… Tak caye ? ce tgok FB, INSTAGRAM, TWITTER. Sape yg popular…. Irine Nadia, Dena Bahrin, NurulBadiah, Amoi Heaxa, Atitaharis, Namee. Sape lagi sape lagi ? Gua tak ingat… Huhu. KOrang tambah sendiri k.. Masing2 comel dgn gaye tersendiri.. Geram I u’olss. Macam nak kawen sekarang jugak! Bukan sebb nak popular eh. NO NO NO NO. Sebab nak gak baby comel mcm dorg tu. Ops’ jgn pk bukan2… Tutup cite.

Sekarang dah macam musim untuk kahwin muda kan. Seronok tengok ramai remaja-remaja kat luar sana lebih cenderung untuk memilih hubungan yang halal berbanding sebelumnya. Jum bace berikan tips-tips untuk korang remaja kat luar sana yang pening2 and tidak tahu cara untuk minta kebenaran berkahwin muda.




Hei, ibu bapa mane yg tak syg kan anak2. Ibu bapa mane yg nak lepaskan anak mereka berkahwin time usia mude… Dia org mesti nak tau details mcm mane korang nak hidup nanti. Dari mane dtg duet untuk sare hidup korg bile kawen nanti and mcm2 lagi la dorg akn fikir and pertimbangkan… Mereka lgi sanggup membanting tulang empat kerat, bekerja, menyediakan makan pakai kepada anak-anak sebab nak pastikan anak-anak mereka hidup senang dan bahagia. Mungkin pada mulanya akan berlaku kesukaran untuk menyuarakan keinginan, tetapi kalau kaorang ikut tips2 ni InsyaAllah Berjaya.

Tips yang pertama , tunjukkan sikap matang korang. Matang dalam tingkah laku, membuat keputusan serta berbicara. Kadang2 ibu bapa ni bimbang jikalau anak mereka membuat keputusan ikut rasa. Bak kata pepatah ikut rasa binasa. Pamerkan sikap matang supaya ibu bapa korang yakin bahawa korang sudah yakin dengan keputusan dan bukannya keputusan yang hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Hormat orang tua, tunjukkan sikap, akhlak, serta budi pekerti yang baik. Bukan untuk sehari dua, tetapi praktikkan dalam diri supaya jadi amalan.

Tips yang kedua adalah pada mereka yang masih menuntut atau belajar. Dahulukan lah pelajaran. Janjikan pada orang tua anda bahawa korang akan jadikan pembelajaran korang sebagai keutamaan. Hanya selepas korang tamat belajar barulah rumahtangga itu menjadi keutamaan. Bincang dengan pasangan, tidak akan timbul masalah jika korang berdua sepakat dan saling memahami antara satu sama lain. Tahu tanggungjawab masing-masing.

Sebagai orang islam, jika korang ni lelaki, berat tanggungjawab yg kaum lelaki ni kena pikul. Lelaki ni bakal menjadi ketua keluarga. Ketua yang menggerakkan keluarga korang. Adalah penting untuk anda kaum lelaki ni menjaga rapi ibadah anda. Bukan sahaja untuk bakal suami, turut serta bakal-bakal isteri di luar sana. Banyakkan amal, dekatkan diri kepadaNya. Perkahwinan bukanlah atas dasar kata nafsu semata-mata. Dengan menjadi ketua keluarga, membawa mereka ke jalan yang lurus dan diredhai. Bukannya pula hanya untuk dunia.

Tips ketiga ini memerlukan korang untuk lebih menitikberatkkan keredhaan di sisi Allah swt. Muda bukan dijadikan alasan korang untuk melebihkan dunia. Seimbangkan dengan akhirat, patuh pada arahanNya, insyaAllah itu akan membuatkan mereka percaya bahawa korang boleh membimbing walaupun diusia muda.




Tips terakhir adalah bincanglah dari hati ke hati. Kenalkan calon bakal suami/isteri tersebut pada ibu bapa korang. Nyatakan kenapa korang  ingin tamatkan zaman bujang korang di usia yang muda, di mana sumber wang yang bakal menanggung rumahtangga korang nanti, dan yakinkan bahawa korang sudah bersedia. Jangan berkasar dan jangan bicara dengan nada mendesak. Bincang dengan lemah lembut dan sopan. Nada yang rendah supaya tidak mengecilkan hati mana-mana pihak. Seperti sedia maklum bahawa hati orang tua ini mudah terasa. Bicaralah sehabis baik. Harap tips2 ni Berjaya. Semoga Berjaya kepada engkorang yg nak kawen awal k. Tak mudah.. so, fikirlah sebaik mungkin. Peace J


Thanks Reading,
Hannah Sytieh






3 comments:

© Hannah Sytieh | Design By MH